Saturday, July 18, 2009

La Hijaz del Gardenero a.k.a. The Gardener's Daughter

Time cuti hari tu aku ngan famili pegi kebun kat ceruk sana. Hahaha, banyak gile nyamuk! Hm, kitorang pegi pun sebab nak 'clear' kan kawasan je sebab nak 'cultivate' pepokok sayur. Aku tak tolong sangat pom. Cuma duk bertenggek je kat tepi semak, tgok adik2 aku bakar sampah. Ma ngan aboh tgh dating bawah pokok kat tempat 'explicit burning' tadi. Nak kacau rasa bersalah plak. Hahaha(takdop kaitang!) Sesekala terdengar bunyi kambing2 pak usop bersahut-sahutan dari ladang sebelah. Mula2 aku sampai, aku ingatkan tu bunyi manusia memanggil2 dari jauh, rupanya bunyi kambing di pagi hari. Hahaha, jauh beza kambing ngan manusia. Yelah, bunyi dari jauh, dibawa bayu yang sepoi2 bahasa. Hm, dengan tiupan angin pagi yang lembut, membuaiku ke alam yang sungguh menenangkan (pesal jiwang sangat ni...)

Kat sana ada alur sungai. Sejuk air dia. Adik aku yg kecik tu cakap "Kak nor, jom mandi!" sambil lompat2 dalam air. "Dik Mat, jangan lompat, basah kaknor kekgi," Aku mencubit telinganya. Tanpa segan silu dia terus terjun lam air yang cuma paras buku lali tu. Aku ngan adikku sorang lagi cuma mmerhati dengan tenang. Mulanya ingatkan ada air terjun macam kat Sekayu, tapi last2 anak sungai je. Kalu tak bleh aku join skali main air. Hm, teringat masa zaman kecik2 aku dulu mandi sungai kat Kampung Pulai Manis. Tok aku cakap ada buaya. Tapi macam tak cayer je. Sebab kalau ye, takkan dia ajak aku ngan abang aku sekali ngan sepupu aku mandi sungai. Tak logik, tak logik..

Ni plak adik aku yg form 5 tu. Sempat lagi ber'jiwang' kat tengah2 hutan belantara sambil telinga bersumbat earphone Sony Ericcson dia tu. Hmm, mesti tgh pikir pasal makwe dia. Bukannya nak tolong ma ngan aboh tebas2 pokok. Adik aku ni suka sangat melukis. Hari2 kerja dia melukis je. Sampai aboh aku cakap "Dia ingat SPM ada paper lukisan je agoknya," Kadang2 aku setuju gak ngan ayah aku. Memang dia ni 'pelik' dan degil skit tapi kreatif orangnya. Lukis gambar ape2 pun, mesti nampak 'real'. Well, tengoklah adik sape kan? Hehe.

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers