Saturday, September 05, 2009

Da pegang stereng!!

Wuhuhu... hari ni aku gi akademi lagi. Da masuk bengkel. Bawak keta sikit2. Blajar yang asas. Hm, agak malang dapat cikgu bekeng gitu mme. Garang sungguh. Aku silap sikit dia da melenting. Siap perli2 lagi bila aku pulas stereng. "Wah, hebat pulas stereng, macam nak buat roti canai," Woh, pedas dow. Aku mampu tersengih jer. Memang teruk gak cara aku memulas stereng. Macam gaya memerah baju pun ade. Hahaha. Pahtu masa buat pusingan 8. Aku tak berapa nak paham. Setahu aku yang buat 8 ni motorcyclists aje. Tak pasal2 aku kena buat pusingan lapan. Pening kpala. Entah2 cikgu tu sengaja nak kenakan aku kot. Masalah aku tak banyak pun. Cuma time nak balas balik stereng tu lah sukar sedikit. PAsal gear bley la tebeng2 skit. Tapi macam tak puas je aku memandu tadi. Tak sampai 3 jam pun. Tunggu nak thumb-print jer lama. Lama bebenor. Sampai mengantuk mata dibuatnya. Masa naik bukit syiook! Laju gila aku bawak time tu. Da ye suh aku press minyak aku press je la sesuka ati. Ahaks.

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers