Friday, September 18, 2009

SeLaMat PuLang BerHari Raya



Petang tu, lepas lab di aras 4 yang memeningkan (di mana kekecohan dan kekalutan berlaku) aku kembali ke lab aras 5. Kami berkumpul lalu sama2 menyiapkan report Ana & Orga. Keadaan sangat tegang. Then, kami menuju ke bilik Puan Ju ad Dr Salina nak submit report la katakan. Aku sungguh penat. Entah kenapa. Lepas tu, dalam kelas kat BTS, aku masuk join kengkawan group A utk kelas Halaqah.

Huh, malasnya nak belajar Halaqah. Penat buat lab pun tak hilang lagi. Next, Qayum came in and said, "Err, ustazah tak dapat datang sebab road jam," OOh, aku mengangguk tanda faham. Kami menarik nafas lega. Phu, alhamdulillah. Kami pun bersiap2 nak balik Acacia. "Jannah, kita da nak balik ni," terdengar suara kecil Ira and kawan2 yang lain tengah bersalaman. Aku terus join diorang. Wuwuwuwu, jealous betul rasanya. Semua dah nak balik kampung. Aku cuma menangis dalam hati. Merintih-rintih. PErih dan jerih rasanya.

Al maklumlah kami bertiga balik 1 hari sebelum raya. Terasa macam betul2 duk jauh di perantauan. Sayu, pilu, sedih. Tapi bak kata dua orang kawan aku tu, "Bersabarlah Janah. Kita mesti redha." Hmmm. Sabar. Aku cuma bisa menahan sebak di dada mengenangkan kampungku di Kuala Terengganu sana(hehehe, terlebih jiwang plak). Ya ALLah ya KaRim, permudahkanlah perjalanan kami agar selamat pergi dan kembali. Ameen.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA! Jangan main mercun. p/s: mercun bawang takpe kot.Hehehe

Jangan Main Mercun Pictures, Images and Photos

2 comments:

princess_charming1989 said...

selamat hari raya jannah..oghe dah ader kat pasir mas niii

datnag aaa umahh

JAnnAh said...

Ya Allah, seronoknya dah sampai umah!! Tahniah. InsyaAllah kalau sempat saya singgah le kat Pasir Mas. Raya kedua rasanya nak balik Klate.

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers