Sunday, June 27, 2010

UiTM Seri Iskandar, Bota, Perak ツ

Pada 24 hb Jun 2010, aku dan keluarga ter-chenta telah bertolak dari Kuala Terengganu menuju ke Bota Perak. Al-maklumlah, adik lelaki kesayangan ku telah mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya di sane dalam course pilihannya sendiri. Dalam pada waktu yang sama, dapat gak kami sekeluarga berkumpul bersama dan aku pun dapat lupakan seketika result exam semester lepas yang menjerut dan menchekik leher ini (phuh, bisa bebenor).

Setibanya di Jeli, Kelantan, kami menginap di Jeli Inn semalaman. Keesokannya barulah kami bertolak ke Perak melalui Gerik. Kami sebenarnya bersyukur kerana telah membuat perancangan yang bijak, tepat, tulus lagi mulus untuk mendaftar sehari lebih awal, iaitu pada 25 hb. Pada 26 hb tu, jalan menuju ke UiTM Seri Iskandar amatlah sesak! Traffic jam yang sangat teruk. Kereta-kereta dari seluruh pelosok negara membanjiri kampus UiTM Bota. Alhamdulillah, dek kerana sudah pun awal2 lagi mendaftar, urusan kami menjadi lebih smooth dan cepat. Hari Sabtu 26 hb Jun tu, di kala umat-umat manusia berpusu-pusu menuju ke kampus cawangan UiTM Bota, kami sekeluarga keluar slow2 dari perkarangan kampus lalu ke kedai makan, sarapan.

Di restoran yang menyediakan masakan timur itu, aku makan nasi lemak sambal belacan (phuh, mesti penat duk bersin la pas ni). Walau bagaimana pun, tak kunafikan kelazatannya. Sedap! Ditambah pulak ngan seketul drumstick goreng celop tepung spicy. Hm, terangkat. Then, kami menuju ke kedai serbaneka untuk membeli perkakas yang tertinggal untuk adik lelaki aku tu. Em, tengah-tengah duk syok membeli-belah, aku tengok muka dia dari jauh. Memang nampak macam sedih. Aku apa lagi, mengusik la dia ni sket. "Nangis ah tu, nak kena tinggal," Dia pun berubah muka, kesat air mata. "Aku rindu ke Alia," Hoh, duk rindu ke gewe pulok doh.

Ingat kan rindu ke ma aboh. Isk2. Sebelum meninggalkan Bota, kami sekeluarga bergambar sakan la. Adik aku nampak happy je. Tak sedih pun. Doh orang dah bese pegi kem2 time skolah dulu memang la supposed to be tough and rough. Hahaha. Lepas tu, kami bersalam-salam tanda perpisahan. "Awal nye balik, tunggu gok petang," Adik aku tu merungut selepas hajat untuk bertolak pulang disampaikan oleh ma aku pada jam 10.45 a.m.. "Bukan mende balik awa Din. Takut malam je dekat Gerik nati.'' Ma menjelaskan dengan panjang lebar. Kami pun berangkat pulang. On the way home, kami singgah sebentar di Tasik Banding dan Bukit Bunga. Shopping buah salak ngan nenas. Dalam perjalanan balik, abang Long aku yang bawak keta. Laju lebih dari aboh agi. Debor aku. Tapi sedap gok naik keta laju. Dok ngattok ngat katenyer.

Alhamdulillah, sampai la kat Terengganu pada pukul 9.35 malam. Dek keletihan wa kelaparan yang menyucuk-cuk perot masing2, kami singgah la di Norsiah Restaurant. Makan minum pape yang patot, kami pulang ke rumah, lalu disambut tiga makhluk tuhan yang berbulu peliharaan kami. Siapakah mereka yakni makhluk tuhan yang berbulu?? Merekalah kucing2 kesayangan kami; Bubu, Kelabu dan Goldie namenye. Nama yang diberi pun bersandarkan warna bulu2 masing-masing.


Menginap di Jeli Inn

Ber-posing di hadapan Kolej Teratai


Excited nampak budak baju putih tu

...

Tekun memandu nampaknya

Right after filling our bellies

Membeli dan membelah di Bukit Bunga


Ha, serangan hantu cekik. Hiargh!☠


Adik bongsuku, Mat Z di balik Tasik Banding

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers