Wednesday, August 18, 2010

Berbuka ramai-ramai, seronok!

Hari Selasa ialah hari yang paling memenatkan bagi seorang aku. Kelas yang bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 1 ptg tanpa henti dan disambung pula pada jam 2 ptg membawa ke kelas Thermodynamic hatta 10 malam telah menyumbang kepada punca lenguh sendi, bahu dan pinggang. Ditambah lagi dengan sakit kepala dek terkena hujan yang lebat berserta guruh dan kilat menyambar-nyambar. Sumpah, memang sah2 dapat migraine tahap semi-kronik. Mana taknya, semalam mata aku sampai macam tak bleh nak buka sebab sakit. Berdenyut-denyut. Tulah dia, simptom migraine. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini. Ameen~

Namun, keletihan itu terhapus seketika ketika tibanya waktu berbuka. Kami berbuka ramai2. Best sangat-sangat. Bombastic. Menu, nasi putih + ayam masak merah = kenyang tak terkata. Memang seronok. Makan dalam talam lagi. Hihi, seronok....... Tu je lah yang bleh dikata. 

1 comment:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers