Friday, August 13, 2010

Sibuknya saya!

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Memandangkan dua kelas dah dipindahkan ke hari Isnin dan Khamis, hari ni memang free gilerrr... Bahagie rase...

Namun, kebahagiaan itu bukanlah kebahagiaan sejati. Kenapa yer? Hmm, let me think. Memanglah cuti hari ni, tapi kerja rumah berlambak. Banyak owh. Dari pagi tadi aku sudah menghadap laptop Acer-ku sampai lenguh sendi ngan bahu demi menyiapkan research proposal ngan honors seminar ini (ala, bukan siap pun. Setakat cari references ngan citations je...) Huh, mengeluh lagi. 

Al-maklumlah, proposal yang bakal aku submit ni menuntut aku untuk 'memburu' segala macam jenis journal and artikel dalam internet nih sampai letih mata hitamku. Well, kalau nak tahu, tajuk proposal aku itu ialah "The effects of gamma irradiation on chitosan". Apa itu ''chitosan''? Haha, aku sendiri blurred giler time mula-mula dapat tajuk ni. Bukan blur yang biasa, tapi blur giler. Tapi, dah nama pun research, kalau dah tahu buat apa nak buat research. Tak ke gitu? Itulah sedikit intipati dari kuliah Prof Jalil yang dapat aku ekstrakkan di laman ini. Huhu (aku kalau dah mengarut ginilah jadinya).

Tu baru sebut pasal Hons. Seminar ngan Research Methodology. Tak sebut lagi pasal Nanotech. Kami semua kena buat satu assignment pasal nanotech ni. Hm, tadi aku macam tension giler time nak surf. Dahla laptop ni tak detect Strawberi'S wiFi ni, kena pinjam member nyer. Cam bengang ngan laptop busuk ni. Mujur petang sikit baru bleh access Internet. Hahaha, bahagia kembali. Bagai kera mendapat bunga, begitu lah seorang aku mendapat wiFi. Sebut pasal assignment ni, aku pun masih ada group assignment yang mesti disiapkan, yakni tutorial muamalat. Tajuk pun tak berapa nak settle lagi. Ya Allah, sabarkan lah hatiku. 

Bulan puasa memang banyak dugaan. Bulan ramadhan ini juga membawa seribu pengertian bagi mereka yang ingin mengambil erti dan perngajaran daripadanya. Insya-Allah, sama-samalah kita berpuasa, sama-samalah kita berbuka, sama-sama kita berterawih dan sama-sama mengejar amalan-amalan yang diredhai Allah s.w.t. Ameen~

Hari ni kitorang berlima beli lauk kat Bazaar Ramadhan di UIA. Ramai? Tak ramai. Gerai yang ada cuma satu line sahaja. Makanan yang ada, boleh tahan. Hmm. Tak sabar pulak rasanya nak balik kampung. 3 hb September ni kitorang naik bas balik kampung. HApPY HOliDay!

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers