Saturday, October 02, 2010

Zuhud


Zuhudnya seorang hamba Allah, hanya Allah yang mengetahui. Terngiang-ngiang kata-kata ustazah hari tu. Zuhud ni, salah satu sifat orang zuhud ialah tidak marah tatkala menerima cemuhan  dan tidak gembira apabila dipuji. Maksudnye, tak kiralah dia ni dipuji ke, dihina ke, dia redha je. Kalau kena kutuk ngan orang, dia tak sedih/marah, apatah lagi berdendam kesumat di dalam hati. Kalau kena puji lak, dia pun tak lah kembang kempiskan hidung tanda bangga. Tak kiralah masa orang ada ke, masa orang dah tak de ke. Nilah sifat yang sangat susah dicari sekarang nie. Manusia biasa kalau kena kutuk memang melenting, marah, tak puas hati, makan dalam. Tapi kalau sekali dah kena puji, macam berada di awang-awangan. Betul tak?


Begitulah manusia biasa, aku pun tak terkecuali lah. Susah kan nak capai sifat zuhud ni? Aku fikir-fikir balik, memang sangat susah. Dah nama pun manusia biasa, bukan wali @ sufi. Namun, kita sebagai pencari redha Ilahi, marilah kita sama-sama memupuk sifat ini yang semakin luput di zaman serba moden ni. Aku pun bukan menulis sebab nak nasihatkan orang saja, tapi aku juga ingin menasihati diriku sendiri yang saban hari semakin lemah dengan dugaan hidupku. Seharusnya, dugaan hidup yang Allah swt bagi kat kita, mematangkan kita dan menguatkan iman kita kepada tuhan sekalian alam. Namun, hidup tak selalunya indah, awan tak selalunya cerah, hati kadang-kadang gundah. Aku harap Allah akan sama-sama menguatkan batin kita semua supaya kita akan menjadi lebih tough, kuat, kental, gagah, hebat, dan tahan rintangan dari segala penjuru seperti besi yang tahan karat. Tak kira apa jenis angin, ribut, hujan taufan puting beliung yang melanda, kita tetap berdiri teguh tanpa sedikitpun tercalar.


Sekian, mari kita sama-sama menguatkan hati dan nurani kita.... Wallahuallam. 

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers