Saturday, November 27, 2010

bimbang rasa hati

skang ni tengah exam final semester. dan aku rasa sangat berdebar-debar. sebab? sebab paper-paper yang aku dah jawab macam hampeh je. hampeh sebab kalau fikir dari segala segi, aku rase aku tak jawab dengan sepenuh hati. well, preparation pun cam cukup-cukup makan jer. semalam, paper business susah jugak, merangkak-rangkak jawab soalan tu. bajet masuk promotion strategy, yang masuknye marketing strategy! mana tak geram. dah lah markahnya banyak. wargh, habis la aku. uh, uh, marah ni, marah.

tu semalam punyer citer. hari ni? hari ni aku jawab paper principle of chemical technology a.k.a prinsip teknologi kimia. 3 jam bertapa dalam stadium. mula-mula macam best je bila belek soalan, "Nampak senang, hihi," aku mengomel sorang-sorang. aku siap sengih lagi sebab soalan macam best je nak jawab. ok, aku pun jawablah.

soalan awal-awal macam boleh jer jawab. masuk yang belakang tu stat dah pening kepala. constant R dia tak bagi. bengangnyer! hari tu dalam test ade jer table R tu. nape final takde pulak??? argh! pahtu bile qayum tanya pengawas, dia kata rumus tu memang kene hafal. duh!

memang senak otak aku duk pikir soalan pasal enthalpy tu. rumus da ade, tapi nak convert unit tu pulak satu hal. aku lupa unit R yang 8.314 J/mol. yang o.o8206 L atm / mol K tu ingat pulek. sah-sah jawapan tak dapat sebab constant tak ade. nak hentam? hentam boleh, tapi aku tak pandai hentam-hentam ni. memang akan salah punye kalu dah memang tak ingat rumus tu. memang salah diri sendiri.

overall, memang ade je yang aku bleh jawab, tapi marks untuk soalan yang aku blurred tu banyak gak. bimbang rase hati. takpelah, sem depan la baru terkejut beruk tengok result sendiri. wuhuhu....




aku yang blurred


2 comments:

Anonymous said...

da check da result? dapat brape

Jαnnαhツ said...

alhamdulilah, dapat 3.51

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers