Monday, November 29, 2010

car tuck

hari ni semua tengah tekun stadi thermo. aku tengah pening tengok rumus Q ngan W thermo yang contradict ngan chem tech. tetiba pulak muncul imej katak puru dalam kepala (tibe-tibe je). semalam tengah-tengah duk nak mop lantai dapur, aku nampak katak dekat celah almari dapur. waaargh! pompuan, ape lagi, menjerit la jawabnya. jeritan aku tu mengakibatkan seorang sahabat lari ketakutan hingga tergelincir atas lantai. ye la, lantai licin. rase bersalah pulek sebab aku jerit kuat sangat sampai dia terkejut begitu skali. huhu, aku heran jugak, nape si car tuck tu suke masuk umah kitorang. if i'm not mistaken dah kali ke-5. malam-malam dia masuk entah dari mane entah, pahtu bertapa kat celah-celah almari, takpun kat celah stor yang banyak beg tue. geli~

fokus stadi aku terganggu seketika sebab terpikir-pikir ape sebab that disgusting creature masuk rumah kami. kami dah tak larat daa layan makhluk-makhluk cenggini. time-time nak exam ni pulak dia buat hal masuk umah orang tak tentu pasal. bukannya rumah ni dalam paya pun. aku pun surf la tenet nie. aku jumpe satu web namenya PRIMBON yang cakap pasal katak masuk umah. macam kelakar je. aku pun macam tak berapa pasti nak caye ke tak. kepada ahli rumah ku pt5651 khususnya, silalah ke link ini, tengok kat bawah2 sket...

ok, sambung thermodynamics!

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers