Friday, November 12, 2010

dugaan musim exam

Skang ni, aku kena demam. Demam ringan. Walaupun demam ringan, tapi cukup untuk membuat aku sakit kepala ngan sakit belakang. Selesema sekali. Duk achoom, achoom. Petang tadi tidur je. Rase bersalah pulak bile tido, habis mase study aku. Tapi bak kata kawan aku, baik rehat. Demam2 cenggini manalah nak masuk mende yang nak kena studi tu. Hm, betul jugak. Tapi aku sebenarnya hepi. Jauh di sudut hati, walaupun rase guilty gila sebab takleh nak guna masa petang tadi untuk stadi, aku rase relax sebab bleh rehat. Aku rase cool sket sebab at least ade alasan tak nak stadi; demam. Hehehe. Huhuhu. Hohho.

Selalu je kalu dah dekat ngan exam, mesti ade dugaan. Mesti ade something yang berlaku. Macam semester aritu, masa sem 1, aku demam teruk gile sampai terbaring atas katil je. Demam panas. Aku rase tak larat sangat2. Macam nak mati pun ade (melampau betul emosi mase tue). Yelah, bile time sakit teruk-teruk cenggitu baru ingat nak mati. Kawan-kawan datang melawat, aku tak tengok pun muka diorang. Sori la kawan-kawan, keadaan tak mengizinkan. Darurat betul aku mase tue. Nak gerakkan badan pun susah, sakit kuasa seribu dua. Aku memang kene teruk gile sampai kena jaga ngan Aten. Aten da macam doc da mase tu (thanks Aten for your concern). Mase tu musim demam denggi tapi mase gi jumpa doc aku tak cakap aku ade sakit-sakit badan. Lupa plak. Bila kena denggi memang sakit sendi ngan otot. Tapi, kalu nak kate denggi kene tunggu 2 minggu baru boleh nak cek darah. Time tu baru nak dekat seminggu...Hm...

Tadi dah jumpa doc Hana kat Klinik Hana. Mesra doc Hana tue. Suka layanan dia. Yang tak tahan bile dia tanya aku ni dah semester berapa. Aku jawab entah ape-ape sampai dia kata "Hai, keliru ngan semester sendiri ke?" Hahaha. Aku gelakkan diri sendiri lam hati. Malu pulak rase bila orang kate gitu. ehe~

Aku pening-pening sket tadi. Otak cam tak leh nak fikir ngan betul. Hm, apalah nak jadi ngan aku ni ea? Harap-harap, demam aku ni akan kebah dengan cepat. Nak final dah nie. Tak nak jawab exam dalam keadaan demam. Takut~

3 comments:

kucingred said...

syafakillah jannah..
semoga dipermudahkan urusan
sakit time exam mmg sgt menguji

pape pun all d best k

Jαnnαhツ said...

thanks, pa'a. pa'a, dr nik norma ade ajar korang kan. best x ye ngajo. dr nik ajor kitorang nanotech kat sini.

kucingred said...

yup..ok la..basically if nak score paper dy mmg based on dy pny lecture note la..kire lecture note dy tu mmg da lengkap la..

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers