Friday, November 05, 2010

STEAMBOAT

Tadi petang, kami ke Hajah Maznah Steambot dekat MARDI. Konvoi 3 buah kereta. Satu Getz, satu Gen 2 dan satu Kelisa. Konon-konon nak bagi reward sebab dah abis test Nanotech pada sebelah siangnya, kitorang pun plan lah nak makan steamboat. Seronok weyh. Makan buffet dalam RM20 je. Berbaloi sekali. Air pun free. Agaknya dalam 3-4 gelas teh tarik aku minum masa tu (hiperbola melampau). Hehe. 


Aku ambik je pape yang aku sempat rembat. Namakan saja: sotong, udang, ketam, ikan, kerang, ayam, daging, tauhu -semua ade. Tapi aku avoid la kerang tu sebab tu musuh ketat aku yang kuat resdung nie. NAnti tak pasal-pasal dapat mata bengkak dan hidung gatal dek alergik. Sebenarnya seafood memang tak kena ngan aku punyer immune system (tak kira lah udang ke, ketam ke, kepah ke) coz asal makan je mesti bersin dan gatal-gatal hidung. 


Bak kata doctor hafez, histamine la punca allergy sebenarnya. Untuk pengetahuan semua, histamine ni akan di’release’ bila body detect the presence of seafood and histamine nilah yang bertanggugjawab dalam memberi sensasi alergik seperti bersin and gatal-gatal itchy gitu (Haha. Macam lecture plok dos). Tapi sebab dah lama kempunan nak makan seafood, aku pun bantai je la. Bukan selalu kan dapat outing ngan geng-geng cenggini. Makan steamboat lagi. Hm, i love it. Really love it.   Love y’all. 


bermacam jenis seafood ada. ambik la banyak mana pun, 
harga tetap same... mmg the bomb!


Campak je segala macam jenis lauk. gerenti sodap.

all-time favourite 

rojaks buahs

emm, my favourite lagi

best nye makan ramai-ramai
bestnya dapat makan ramai-ramai macam nie









ha... cedok lagi farah, cedok


Hm, second time makan wapbot, tapi first time pekena wapbot kat Mardi nie. Memang da best wa cakap sama lu. Kalau pergi Serdang, rugi if tak singgah Hajah Maznah Steamboat nih. Berbaloi-baloi...

p/s: wapbot ialah steamboat okay?

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers