Sunday, December 12, 2010

berangan nak makan buah berangan

Haha, bukan berangan lagi lah namanya kalau memang dah makan dua packet buah berangan sampai gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suke hati. Macam magik pulak rasanya. Baru petang tadi duk terbayang-bayang dalam kepala otak nie nak makan buah berangan. Tiba-tiba, muncul dua peket buah berangan depan mata (magik apenya dah memang kau dah bising dari semalam nak makan berangan). Haha, memang la. Mana ade magik-magik ni. Syirikkkkkqqq. Penekanan dengan qalqalah kubro di situ. Anyway abahku lah yang belikan berangan tu tadi sebab aku dah nyanyi-nyanyi nak makan buah berangan. Huhu... Kalau ade yang tanya, sedap bebenor ke berangan ni sampai nak kena kecoh-kecoh lam blog? Jawapannya, memang dan semestinya sedap!

Korang pernah ke makan buah berangan?(pertanyaan dari budak jakun yang excited dapat makan berangan setelah sekian lama). Buah berangan ni ialah sejenis chestnut jugak lah sebenarnya. Well, nama saintifiknya sendiri ialah malayan chestnut. Rupa dia ni, pada fikiran aku la kan, boleh lah kot nak kata macam kacang hazel, tapi gemuk skit. I tell you what, memang sedap gila buah berangan nie, sampai jadi gila aku dibuatnya (hehe). Sekali makan, mesti nak lagi. Kalau makan mase dia tengah panas lagi sedap, memang the boom! Mesti makan hingga menjilat jari dan gusi. Berangan yang abah beli kat hock kee seng wholesale emporium ni dimasak dengan coffee beans so, berganda-gandalah kesedapannya.

Anyway, jangan bimbang, though name tempat tu hock kee seng yang namanya cam china-china gitu (memang owner dia cina pun), yang masak  kacang tu orang melayu Islam. Ditanggung halal. Don't worry babe, chill, chill. Walau apa pun, I lap you forever buah berangan. Dah la manis, berlemak pulak tu. To all my friends out there, never say never to chestnut. It is one of the tastiest nuts in the universe!! (ceyt, macam iklan honey star plak duk promote berangan nih). Cuba sekali, pasti nak lagi. 

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers