Monday, March 29, 2010
Turunkan berat badan
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
Sunday, March 28, 2010
Saturday, March 27, 2010
Thursday, March 18, 2010
Hey, it's Agilent



Today we went to do the practical on the usage of GC-MS(Gas chromatograpy mass spectrometer). The instrument is so sensitive and so sophisticated that I became so drowsy till the end of the class. Hehehehe. Well, today's class was so packed that I can barely breathe. Hahahah! Instead of paying attention to the explanation, we in turn did some unreasonable posing in front of the frantic paparazzi. I'm very exhausted and my legs felt like they were gonna collapse. Haha, the end of my pointless chatterings.
Sunday, March 14, 2010
Kembara Ke Tanah Tinggi Genting; GO GENTING!
Hari Sabtu yang lalu kami berenam bersepakat dan nekad untuk menghabiskan percutian hujung minggu di Genting Highland. Kami bertolak pada awal jam 8 ke rumah Farah Azmi untuk menyempurnakan dasar penjimatan kami, iaitu menyediakan bekal sendiri di sana. Maklumlah, makanan di tempat tinggi; harga pun tinggi lah kan? Berbekalkan semangat kental dan seplastik mihun goreng dan beberapa keping roti sandwich, kami menuju ke KTM Nilai lalu ke UKM. Di sana, jumpalah dengan si pembeli tiket; Fahmi. Di sana, kami mengambil teksi untuk ke STESEN KAJANG.
Cuaca agak panas apabila aku mula berasa peluh memercik-mercik di muka. Phuh, pemanasan global yang tak sudah. Kami sampai sejam awal dari masa berlepas ke Genting. Pada jam 11.30 pagi, bas mula bergerak. Pukul 1 petang, kami tiba di Genting. Telingaku mula terasa berdengung. Sakit nyer! Yelah dah nama pun kat tempat tinggi. Sememangnya ramailah orang ramai mengerumuni tempat itu. Maka bermulalah sebuah pengembaraan yang mendebarkan.
Kami punyer tiket ada pakej SKYWAY. Bermakna kena naik cabel car. Ya Allah, rasa nak tercabut jantung bila kereta tu terawang-awang di udara. Kus semangat! Agak lama juga masa yang diperlukan untuk cabel car tersebut menyempurnakan laluannya. Maka kami berenam berasa sangatlah gayat tatkala kereta kabel itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah laluannya, lalu membuatkan kami tergantung di tgh2 hutan gunung yang lebat, tebal lagi menggerunkan.
Sampai ke seberang sana, kami menuju ke OUTDOOR WORLD. Banyak manusia bertebaran di sana. Dari sekecil-kecil kanak2 hingga ke setua2 mak bapak. First game yang kitorang main ialah apa yang dinamakan sebagai SPACE SHOT. Subhanallah, hanya Allah yang tahu perasaan dilambung ke udara dengan sebegitu kuat. Macam nak mati je. Dah la seatnye loose giler, maunye rasa nak tercabut tulang-belulang. Rasa macam jatuh dari kapal terbang yang terhempas(er, memang bunyi macam hiperbola tapi kalau tak caye, silalah tempah tiket dan rasai sendiri gegarannya). Mak aih. Bunyi jeritan tok sah nak citer lah. Laki pompuan, semua melalak tak sedar diri. Berdebar giler, Aku siap nangis2 lagi lepas naik menda tu. Yang tak tahan bile operator tu kata “Sekali lagi ye?”. Sekali lagi? Argh, matilah aku! Dala tinggi giler SPACE SHOT tu, dilambungnya kitorang naik turun, naik turun sampai rasa macam tak sempat nak bernafas pun kat atas tuh. Sumpah aku tak nak naik dah game tu. Wallahi, gerun woh!
Then, kitorang berjalan selamba ke barisan panjang CORKSCREW. Ni macam roller coaster la. Lagi syio-o-k..! Berpusing-pusing. Tapi lagi best dari SPACE SHOT yang rasa macam nak mati. Ya Allah, berputar2 aku punyer organ dalaman. Seronok la jugak main game nih. Lepas tu main FUN KART plak. Best! Betul2 best, gua cakap sama lu. Aku main dalam 3-4 lap. Seronok berlumba ngan Furah. Hum... Memang mengujakan. Then, sebelum balik, sempat lagi main MERRY-GO-ROUND. Memanglah macam kanak2 tapi layan je lah.
Lepas tu, kami bersiap2 untuk pulang. Cuaca makin sejuk dek hujan yang renyai2. Sekali lagi terpaksa menempuh kereta kabel. Woh, gayat nyer! 7.30 malam dan bas bertolak pulang ke stesen kajang. Kepenatan, semua bantai tidur. Penat sebab kena berjalan jauh. Yelah, kawasan bapak punyer luas. Lenguh sendi ngan urat kaki aku. Sampai, diorang jamak maghrib isyak. Pastu, singgah ADAM makan malam. Pekena nasi goring kampong ngan teh tarik. Sedap.
Memang sangat seronok la percutian kali ni. Plan awal nak pegi hari Jumaat tapi memandangkan tiba2 je kelas diadakan, terpaksalah cancel. Cumanyer Sabtu orang ramai lah. Beselah, theme park memang leh penuh hujung minggu. Hanging out with you guys really rocks me to my bone marrow. Thanx guys!
Scary cabel car
Monday, March 08, 2010
Ku cuba menahan, tapi...
Thursday, March 04, 2010
Hari yang penat


Pas lab aku mula pening kepala. Tapi sempat lagi shopping barang sikit. Ni T-SHIRT SUMAYYAH ngan TUDUNG PINK.... For my sister actually. Tapi lawa la jugak. Rasa macam nak pakai pulak. HEHEHHE...


