Sunday, August 29, 2010

Berbuka Puasa bersama MB Terengganu



Pada 28 Ogos 2010, Sabtu, kami ke PWTC untuk berbuka bersama MB Terengganu. Seawal 4 petang kami menunggu di perkarangan Acasia Avenue sambil menunggu bas USIM tiba. 4.30 baru bas sampai. Ade 2 bijik bas semua skali. Then sejam kemudian baru sampai kat PWTC. Majlis ni khas untuk anak ganu sekitar W. Persekutuan dengan Selangor, tapi USIM pun termasuk skali lah. Bukan student jer yang ade, Datuk, Datin, Puan Seri etc pun ade jugak. Memang ramai. 


Wajah-wajah kegembiraan 
sebelum berbuka. Peace slalu. 
Sengih ngeh2x.



Bebudak dari pelbagai universiti.



Sesekali candid ape salahnye
kan? kan? kan?



Nasi ngan pudding 
ngan pengat pisang 
ngan hot coffee ngan 
soy juice 
ngan mango juice 
ngan kuih muih......
Kenyang betul. Burp..!



3 anak perantauan.



Ni time balik. Dek kerana tak cukup seat,
kami bertiga duduk atas 2 seat. Hebat kan?


* Kitorang balik umah pukul 10.20 malam. Sampai lam pukul 11.15. Penat, tapi berbaloi.Best betul. Nanti 2 Syawal ada jamuan raya plak kat Primula Beach H0tel, KT.

Friday, August 20, 2010

Kenangan Terindah MASUM

VenuE : PuTraJayA
EveNt : MaSUm ToURnaMent; RoWinG
Weather : Burning hEat...


Rowing a.k.a mendayung. Dayung sampan, dayung-dayung sampan dayung....



Segerombolan anak hitam (NO OFFENSE) bergambar di tengah2 panas . Hahaha. Yang depan skali paling kanan tu lah yang paling burn. Burn betul. Da jadi macam arang kot.



Kontinjen USIM yang bersemangat kental dan membara.





Sesi karaoke sebelum balik. Macam2 gaya daaa........



muka2 penat dan sedih sebab muka da hitam... HUHU........

Wednesday, August 18, 2010

Berbuka ramai-ramai, seronok!

Hari Selasa ialah hari yang paling memenatkan bagi seorang aku. Kelas yang bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 1 ptg tanpa henti dan disambung pula pada jam 2 ptg membawa ke kelas Thermodynamic hatta 10 malam telah menyumbang kepada punca lenguh sendi, bahu dan pinggang. Ditambah lagi dengan sakit kepala dek terkena hujan yang lebat berserta guruh dan kilat menyambar-nyambar. Sumpah, memang sah2 dapat migraine tahap semi-kronik. Mana taknya, semalam mata aku sampai macam tak bleh nak buka sebab sakit. Berdenyut-denyut. Tulah dia, simptom migraine. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini. Ameen~

Namun, keletihan itu terhapus seketika ketika tibanya waktu berbuka. Kami berbuka ramai2. Best sangat-sangat. Bombastic. Menu, nasi putih + ayam masak merah = kenyang tak terkata. Memang seronok. Makan dalam talam lagi. Hihi, seronok....... Tu je lah yang bleh dikata. 

Friday, August 13, 2010

Sibuknya saya!

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Memandangkan dua kelas dah dipindahkan ke hari Isnin dan Khamis, hari ni memang free gilerrr... Bahagie rase...

Namun, kebahagiaan itu bukanlah kebahagiaan sejati. Kenapa yer? Hmm, let me think. Memanglah cuti hari ni, tapi kerja rumah berlambak. Banyak owh. Dari pagi tadi aku sudah menghadap laptop Acer-ku sampai lenguh sendi ngan bahu demi menyiapkan research proposal ngan honors seminar ini (ala, bukan siap pun. Setakat cari references ngan citations je...) Huh, mengeluh lagi. 

Al-maklumlah, proposal yang bakal aku submit ni menuntut aku untuk 'memburu' segala macam jenis journal and artikel dalam internet nih sampai letih mata hitamku. Well, kalau nak tahu, tajuk proposal aku itu ialah "The effects of gamma irradiation on chitosan". Apa itu ''chitosan''? Haha, aku sendiri blurred giler time mula-mula dapat tajuk ni. Bukan blur yang biasa, tapi blur giler. Tapi, dah nama pun research, kalau dah tahu buat apa nak buat research. Tak ke gitu? Itulah sedikit intipati dari kuliah Prof Jalil yang dapat aku ekstrakkan di laman ini. Huhu (aku kalau dah mengarut ginilah jadinya).

Tu baru sebut pasal Hons. Seminar ngan Research Methodology. Tak sebut lagi pasal Nanotech. Kami semua kena buat satu assignment pasal nanotech ni. Hm, tadi aku macam tension giler time nak surf. Dahla laptop ni tak detect Strawberi'S wiFi ni, kena pinjam member nyer. Cam bengang ngan laptop busuk ni. Mujur petang sikit baru bleh access Internet. Hahaha, bahagia kembali. Bagai kera mendapat bunga, begitu lah seorang aku mendapat wiFi. Sebut pasal assignment ni, aku pun masih ada group assignment yang mesti disiapkan, yakni tutorial muamalat. Tajuk pun tak berapa nak settle lagi. Ya Allah, sabarkan lah hatiku. 

Bulan puasa memang banyak dugaan. Bulan ramadhan ini juga membawa seribu pengertian bagi mereka yang ingin mengambil erti dan perngajaran daripadanya. Insya-Allah, sama-samalah kita berpuasa, sama-samalah kita berbuka, sama-sama kita berterawih dan sama-sama mengejar amalan-amalan yang diredhai Allah s.w.t. Ameen~

Hari ni kitorang berlima beli lauk kat Bazaar Ramadhan di UIA. Ramai? Tak ramai. Gerai yang ada cuma satu line sahaja. Makanan yang ada, boleh tahan. Hmm. Tak sabar pulak rasanya nak balik kampung. 3 hb September ni kitorang naik bas balik kampung. HApPY HOliDay!

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers