Monday, November 29, 2010

car tuck

hari ni semua tengah tekun stadi thermo. aku tengah pening tengok rumus Q ngan W thermo yang contradict ngan chem tech. tetiba pulak muncul imej katak puru dalam kepala (tibe-tibe je). semalam tengah-tengah duk nak mop lantai dapur, aku nampak katak dekat celah almari dapur. waaargh! pompuan, ape lagi, menjerit la jawabnya. jeritan aku tu mengakibatkan seorang sahabat lari ketakutan hingga tergelincir atas lantai. ye la, lantai licin. rase bersalah pulek sebab aku jerit kuat sangat sampai dia terkejut begitu skali. huhu, aku heran jugak, nape si car tuck tu suke masuk umah kitorang. if i'm not mistaken dah kali ke-5. malam-malam dia masuk entah dari mane entah, pahtu bertapa kat celah-celah almari, takpun kat celah stor yang banyak beg tue. geli~

fokus stadi aku terganggu seketika sebab terpikir-pikir ape sebab that disgusting creature masuk rumah kami. kami dah tak larat daa layan makhluk-makhluk cenggini. time-time nak exam ni pulak dia buat hal masuk umah orang tak tentu pasal. bukannya rumah ni dalam paya pun. aku pun surf la tenet nie. aku jumpe satu web namenya PRIMBON yang cakap pasal katak masuk umah. macam kelakar je. aku pun macam tak berapa pasti nak caye ke tak. kepada ahli rumah ku pt5651 khususnya, silalah ke link ini, tengok kat bawah2 sket...

ok, sambung thermodynamics!

Sunday, November 28, 2010

stuck at here getting nowhere...

right now, i'm sitting by this wooden japanese desk of mine, reading the notes of metals & alloys. there are still 5 chapters to go. i repeat, five! so onerous, so boring. though i know saying boring to something very benevolent such as seeking knowledge is not good. hm, what to do to kill this boredom? two of my friends are downstairs, having late night supper. i usually would join them at this kind of moment, having those tantalizing toasts and drinking hot milk/coffee to feed the hunger. but tonight, the mood to eat (or simply appetite) just didn't come. the mood seemed to be dead here. i just don't know why.

Image and video hosting by TinyPic
....

i better continue reading, don't wanna make the same mistake again like before...ngeee~

Saturday, November 27, 2010

bimbang rasa hati

skang ni tengah exam final semester. dan aku rasa sangat berdebar-debar. sebab? sebab paper-paper yang aku dah jawab macam hampeh je. hampeh sebab kalau fikir dari segala segi, aku rase aku tak jawab dengan sepenuh hati. well, preparation pun cam cukup-cukup makan jer. semalam, paper business susah jugak, merangkak-rangkak jawab soalan tu. bajet masuk promotion strategy, yang masuknye marketing strategy! mana tak geram. dah lah markahnya banyak. wargh, habis la aku. uh, uh, marah ni, marah.

tu semalam punyer citer. hari ni? hari ni aku jawab paper principle of chemical technology a.k.a prinsip teknologi kimia. 3 jam bertapa dalam stadium. mula-mula macam best je bila belek soalan, "Nampak senang, hihi," aku mengomel sorang-sorang. aku siap sengih lagi sebab soalan macam best je nak jawab. ok, aku pun jawablah.

soalan awal-awal macam boleh jer jawab. masuk yang belakang tu stat dah pening kepala. constant R dia tak bagi. bengangnyer! hari tu dalam test ade jer table R tu. nape final takde pulak??? argh! pahtu bile qayum tanya pengawas, dia kata rumus tu memang kene hafal. duh!

memang senak otak aku duk pikir soalan pasal enthalpy tu. rumus da ade, tapi nak convert unit tu pulak satu hal. aku lupa unit R yang 8.314 J/mol. yang o.o8206 L atm / mol K tu ingat pulek. sah-sah jawapan tak dapat sebab constant tak ade. nak hentam? hentam boleh, tapi aku tak pandai hentam-hentam ni. memang akan salah punye kalu dah memang tak ingat rumus tu. memang salah diri sendiri.

overall, memang ade je yang aku bleh jawab, tapi marks untuk soalan yang aku blurred tu banyak gak. bimbang rase hati. takpelah, sem depan la baru terkejut beruk tengok result sendiri. wuhuhu....




aku yang blurred


Sunday, November 21, 2010

Exam oh exam

Now, I feel so congested. I feel so suffocated with notes reading and understanding things. It happened because of my own mistake. I procrastinate. Now I'm facing the consequences, the consequences that make me feel like crying. I feel so cornered because I have to read so many things in this very limited time. Am I gonna make it? O'Lord, help me going through this ordeal. I'm at my wit's end.

Friday, November 12, 2010

dugaan musim exam

Skang ni, aku kena demam. Demam ringan. Walaupun demam ringan, tapi cukup untuk membuat aku sakit kepala ngan sakit belakang. Selesema sekali. Duk achoom, achoom. Petang tadi tidur je. Rase bersalah pulak bile tido, habis mase study aku. Tapi bak kata kawan aku, baik rehat. Demam2 cenggini manalah nak masuk mende yang nak kena studi tu. Hm, betul jugak. Tapi aku sebenarnya hepi. Jauh di sudut hati, walaupun rase guilty gila sebab takleh nak guna masa petang tadi untuk stadi, aku rase relax sebab bleh rehat. Aku rase cool sket sebab at least ade alasan tak nak stadi; demam. Hehehe. Huhuhu. Hohho.

Selalu je kalu dah dekat ngan exam, mesti ade dugaan. Mesti ade something yang berlaku. Macam semester aritu, masa sem 1, aku demam teruk gile sampai terbaring atas katil je. Demam panas. Aku rase tak larat sangat2. Macam nak mati pun ade (melampau betul emosi mase tue). Yelah, bile time sakit teruk-teruk cenggitu baru ingat nak mati. Kawan-kawan datang melawat, aku tak tengok pun muka diorang. Sori la kawan-kawan, keadaan tak mengizinkan. Darurat betul aku mase tue. Nak gerakkan badan pun susah, sakit kuasa seribu dua. Aku memang kene teruk gile sampai kena jaga ngan Aten. Aten da macam doc da mase tu (thanks Aten for your concern). Mase tu musim demam denggi tapi mase gi jumpa doc aku tak cakap aku ade sakit-sakit badan. Lupa plak. Bila kena denggi memang sakit sendi ngan otot. Tapi, kalu nak kate denggi kene tunggu 2 minggu baru boleh nak cek darah. Time tu baru nak dekat seminggu...Hm...

Tadi dah jumpa doc Hana kat Klinik Hana. Mesra doc Hana tue. Suka layanan dia. Yang tak tahan bile dia tanya aku ni dah semester berapa. Aku jawab entah ape-ape sampai dia kata "Hai, keliru ngan semester sendiri ke?" Hahaha. Aku gelakkan diri sendiri lam hati. Malu pulak rase bila orang kate gitu. ehe~

Aku pening-pening sket tadi. Otak cam tak leh nak fikir ngan betul. Hm, apalah nak jadi ngan aku ni ea? Harap-harap, demam aku ni akan kebah dengan cepat. Nak final dah nie. Tak nak jawab exam dalam keadaan demam. Takut~

Thursday, November 11, 2010

Somniloquy a.k.a mengigau

sape lah yang tak pernah mengigau dalam tido. i bet most of us have experienced such mysterious phenomenon at least once in our life, right? Sleep talking is a disturbing sleep phenomenon which occurs mostly among young children. 4% cases were reported among adults. And I am among that 4%. Which means, I am also a sleep talker. Do you guys ever sleep talk?

Sleep talking or somniloquy referred to talking aloud in one's sleep. It either can or cannot be understood by others. Somniloquy is often associated with fever. But how about those who sleep talk without fever? There are several reasons. Sometimes, those who had nightmares would sleep talk out of the extreme fright.  Sometimes, those who sleep talk may have thought about so much things before he/she goes to sleep, prompting the brain to rewind the memory cycle, and causing the person to speak out loud during the sleep. It was kind of spooky (and sometimes funny) when you find your friend suddenly woke up in the middle of the night and deliver some speech.



ngeh, ngeh, sedapnye tido...

Monday, November 08, 2010

mood exam


Sometimes, when you put yourself at the lowest level, you can achieve more. The state of being drifted off from others can be a great motivation to yourself. It is somehow a kind of drive for you to move on and put more efforts into what you do in order to accomplish what you wish for. We wish something, and we wish the wish will come true. We aim for good grade and we do things to get it. Once you set your mind to succeed in things you want, you'll succeed. And never be demotivated so easily just because of one failure. Instead, learn from it coz you'll earn something positive in return.

Saturday, November 06, 2010

Tremor?

Right now, I should be focusing on this Monday's test. Tapi kan, when I was writing, I realized that my right hand shakes involuntarily. It was shaking like it always does. I had once asked this question to a pal since I'm worried about myself. "What can cause a hand shaking? I experience that thing quite often," then she answered sturdily, "Parkinson." Parkinson? What da heck..? Isn't parkinson supposed to be experienced by old folks? I'm still young dude. Young and Dangerous. Dangerous ke? Haha... 

Ok, back to the topic. Getaran atau dalam istilah english-nya ''tremor'' biasanya berlaku pada anggota badan, seperti tangan dan jari. Berkemungkinan besar disebabkan oleh Parkinson, tapi that is not the only reason. Lega jugak bukan semata-mata sebab penyakit tu. Bimbang aku. Huhu..... 

Among the causes for minor tremor are natural aging, tiredness, caffeine, alcohol, excitement, anger, and hypoglycemic attack (or simply low sugar content in blood). Aku agak terganggu dengan faktor caffeine (common reaction for those who are bound to drink coffee everyday for self indulgence). I think it does make sense since aku stat minum kopi dari tamhidi sebab belajar tough kenmain sampai kena cari soothing element (dalam kopi tu la kononnya ade elemen penenang) sebab otak selalu bengkak, dengan jadual yang packed gile, kena stay up je memanjang... Last-last, tension. Bila da minum kopi plak, memanglah rase cool sekejap sebab element soothing dalam kopi tu. Tapi lepas tu, migrain pula datang. Tang, tang, tang.... In fact, aku da stat tremor ni since tamhidi la. Mase sek men takde plak. Sek men dulu, tension SPM pun takde lah sampai tremor-tremor ni. Istilah tremor pun tak tau kot time tu (ala, skang ni tau pun sebab baru jek surf tadi. pergh....). Bila dah masuk uni ni, macam-macam penyakit aku ade. Migrain, sakit perut, sakit kepala, sakit jiwa.... Sampai ari tu skali, berdarah-darah aku dibuatnya. Dasat kan? Dasat dasat.

Maybe antara faktor terbesarnya ialah stress a.k.a tension.

"Stressnya aku!"

"Individuals with hand tremors might have problems in writing and drawing or they may have hard time using utensils like fork. Other factors such as stress or strong emotions can also cause tremors."

Name pun student life, tension ngan student ni da macam aur ngan tebing; da ibarat lumut ngan longkang. memang best friend. Bile dah tension, otak pun dah takleh function. In fact, stress is common in our life, but the way we handle it will make differences. Aku memang tak nafi aku slalu gak tension and aku tak pandai nak control tension. Tu yang tremor tu. Maybe tu faktornya jugak selain kopi tadi. Tapi, aku tremor yang minor je. Tak ade lah sampai susah nak menulis/ pegang garpu sudu. Tu kes berat tu. Kalu kena kat aku, tak tidur malam dibuatnya. Nauzubillah...

So, after this, please Jannah, please, please avoid caffeine though it is among the hardest things to do. Yes, indeed, coffee is my must-have drink, like twice a day. Twice a day is quite a dangerous amount. It should be once a day, in fact zero per day is most encouraged. Your health is at stake Jannah. Wake up!

Care for some coffee  anyone?



it should be called tremor-induced drug, I guess...

dare to accept the challenge? you'd be experience nothing but the cumbersome
 hand tremor just like me:

oooh, we got  a hand tremor right here!

p/s: jangan jadi macam budak ini yang suka jeopardize kesihatan diri sendiri. kalu diri sendiri tak jaga kesihatan, sape yang nak jaga? ha? ha?  

Friday, November 05, 2010

jadual final exam semester 2 sesi 2010/2011

STEAMBOAT

Tadi petang, kami ke Hajah Maznah Steambot dekat MARDI. Konvoi 3 buah kereta. Satu Getz, satu Gen 2 dan satu Kelisa. Konon-konon nak bagi reward sebab dah abis test Nanotech pada sebelah siangnya, kitorang pun plan lah nak makan steamboat. Seronok weyh. Makan buffet dalam RM20 je. Berbaloi sekali. Air pun free. Agaknya dalam 3-4 gelas teh tarik aku minum masa tu (hiperbola melampau). Hehe. 


Aku ambik je pape yang aku sempat rembat. Namakan saja: sotong, udang, ketam, ikan, kerang, ayam, daging, tauhu -semua ade. Tapi aku avoid la kerang tu sebab tu musuh ketat aku yang kuat resdung nie. NAnti tak pasal-pasal dapat mata bengkak dan hidung gatal dek alergik. Sebenarnya seafood memang tak kena ngan aku punyer immune system (tak kira lah udang ke, ketam ke, kepah ke) coz asal makan je mesti bersin dan gatal-gatal hidung. 


Bak kata doctor hafez, histamine la punca allergy sebenarnya. Untuk pengetahuan semua, histamine ni akan di’release’ bila body detect the presence of seafood and histamine nilah yang bertanggugjawab dalam memberi sensasi alergik seperti bersin and gatal-gatal itchy gitu (Haha. Macam lecture plok dos). Tapi sebab dah lama kempunan nak makan seafood, aku pun bantai je la. Bukan selalu kan dapat outing ngan geng-geng cenggini. Makan steamboat lagi. Hm, i love it. Really love it.   Love y’all. 


bermacam jenis seafood ada. ambik la banyak mana pun, 
harga tetap same... mmg the bomb!


Campak je segala macam jenis lauk. gerenti sodap.

all-time favourite 

rojaks buahs

emm, my favourite lagi

best nye makan ramai-ramai
bestnya dapat makan ramai-ramai macam nie









ha... cedok lagi farah, cedok


Hm, second time makan wapbot, tapi first time pekena wapbot kat Mardi nie. Memang da best wa cakap sama lu. Kalau pergi Serdang, rugi if tak singgah Hajah Maznah Steamboat nih. Berbaloi-baloi...

p/s: wapbot ialah steamboat okay?

Wednesday, November 03, 2010

Industrial Visit to Terengganu

Masa kitorang pergi ke Terengganu untuk lawatan industri, banyak aktiviti yang menarik yang disediakan. And the most memorable one is fireflies sightseeing a.k.a tengok kelip-kelip. The location was at Yak Yah River. Memang best sangat-sangat. Rase takjub gile la tengok kelip-kelip. Kelip-kelip atau kunang-kunang suka duduk kat pokok-pokok kat tepi sungai. Nampak macam pokok krismas. Kitorang naik bot sampai ke tengah hutan.Gelap. Wuu... kind of spooky. Yelah, takkan nak pasang lampu, nanti tak nampak ler kelip-kelip.




comel kan kelip-kelip?

Gambar dari internet. Sebenarnya, kelip-kelip
 tak boleh diambil gambarnya. 
Ni photoshop kot.

Sebelum naik bot di Jeti Sungai Yak Yah


Sehari sebelumnya, kami ke MAA, Malaysian Aluminum and Alloys.Sdn. Bhd dekat Beranang. So many inputs we got here. Disitulah aku melihat dengan dekat aluminum ingots, furnace and banyak lagi. MAA ni company yang recycle besi buruk tapi income bulanan kalu tak silap 6.7 juta. Hm, not bad huh? 


MAA 

Finished product, aluminum ingots yang disusun dalam bundle. 
Antara customer tetap alloy MAA ialah Honda untuk dibuat 
komponen kereta. Yeah, berbanggalah wahai rakyat Malaysia kerana
 company MAA adalah exporter alloy ke luar negara. Syabas MAA!

Product yang cater to customer's order 

Seorang pelawat dari USIM yang tidak diketahui
identitinya. Mungkinkah dia seorang ninja assassin?

Rehat-rehat dan makan-makan

Selain MAA, kami juga ke Perwaja Steel Sdn Bhd dan Petronas Onshore Gas Terminal di Kerteh. Yang seronok kat Petronas ialah dapat makan lunch yang sangat sedap sampai menjilat gusi. Hahaha. Tak sempat nak amik gambar. Sempat makan jer. Kat Perwaja Steel, dek keletihan yang sangat sebab dah berkejar-kejar ke Petronas, ramai yang lentok. Aku pun tak terkecuali lah. Tidur-tidur ayam je. Aku sempat gak tanya soalan "Where does the ore come from?" Pegawai tu jawablah, ore(bijih) Fe diimport dari Chille, Afrika. Ada jugak sumber from M'Sia, especially those from Pahang area but the Fe content is low. So maknanya, bijih besi banyak yang import. Hm....

On the way home, pakcik drebar yang agak grumpy tu berenti kat gerai keropok. Bebudak ni macam obsess giler ngan keropok2 tu. Haaha, seronok tengok dorang borong keropok berguni-guni. Petang tu kami bertolak pulang ke Nilai. Sampai dalam pukul 11.00 malam. The journey was exhausting though. Aku tido je sepanjang mase. Hahaha. Kahkahkah. Sampai pusing-pusing kepala. Alhamdulillah, selamat sampai. Sukanya saya lawatan nie. Lain kali meh gi lagi ganung. Ganung kiter....


mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers