Sunday, January 30, 2011

Oh Tidak! Ade orang menyamar kat Chatbox aku!

Kepada sapa-sapa yang dah baca chatbox aku yang dah macam dewan debat peringkat kebangsaan tu, sila ambil perhatian bahawa aku TIDAK PERNAH menggunakan perkataan sebegitu kasar. Aku rase orang yang menyamar tu memang sengaja nak tabur fitnah dan mengenakan aku. Kenapa? Hanya kerana secebis nasihat yang kuberi kepada seorang blogger feymes tanpa ada langsung rasa dengki apatah lagi unsur benci. Aku menasihati atas dasar seorang manusia seagama dengannya. Yang menyamar tu pulak bukan tuan punya blog, tapi orang lain yang tak ade kena mengena pun dengan blogger tu. Sabar je lah. 

Maka di sini, aku bersumpah dengan nama Allah, aku tak pernah kata kat sapa-sapa macam tu. Kepada sesiapa yang berniat melaga-lagakan aku dengan pihak yang tertentu, insaflah. Orang yang mengadu domba dan yang menabur fitnah akan terima azab pedih dari Allah s.w.t. dan aku sebagai orang yang teraniaya, memohon agar Allah mengenakan balasan yang setimpal kepada orang-orang yang cuba melaga-lagakan kami saudara sesama Islam ini. Ingatlah, azab Allah sangatlah pedih!!!








p/s: inilah 'balasan' kepada orang yang cuba menasihati orang lain. Bagai melepaskan anjing yang tersepit. Betul apa dikata orang, sesungguhnya dakwah ke jalan Allah sangatlah mencabar dan pahit....

p/s/s: untuk mengelakkan kecelaruan dan salah faham (dan untuk mengelakkan pertengkaran ini berlarutan), aku mengambil langkah bijak dengan men-delete chatbox aku. Ya Allah, tunjukkanlah balasan-Mu yang setimpal kepada orang yang menganiayai hamba-Mu ini. Ameen~ 

2 comments:

Erma Fatiha said...

aku xfahamla jannah....

aku xpernah baca chatbox mung.nak tahu jugak!

sape yg menyamar?sape blogger femes tuh?

Jαnnαhツ said...
This comment has been removed by the author.

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers