Saturday, February 26, 2011

'k' square

                               









semalam, kami berlima berkumpul dalam 'bilik wayang' dalam pukul 11.45 mlm untuk menonton wayang. kitorang memang macam ni. biasanya kalau lepas study hour yang start around 9 a.m. , ain si tokey wayang akan buka panggung dan farah & izah akan menyediakan seat untuk para vips lol (vip nye ialah aku dan 2 lagi hosmet lain). best weyh. dan macam bese kitorang akan layan cerita hantu. malam-malam sebelum ni, kitorang besenya tengok citer hantu korea/jepun. tp kali ni je la nk layan citer melayu. mmg la citer 'KHURAFAT' ni dah lama kuar panggung tp cm bese ah, kitorang suker tengok kat umah je. huhu. malas lol nak pegi wayang kat seremban tuh. takde allocation for money and time.

bagi aku la, citer ni memang best. plot dia pun kemas je. tapi satu je (ade jugak tapinya tu). dia punya ligthing memang tak berapa best. memang lah citer hantu tapi takkan sepanjang masa nak bergelap. yang lawaknya, kitorang sesuka hati je buat assumption tentang sapa yang hantar hantu kat si Johan (Shamsul Yusuf). sekejap makcik cleaner, pastu jap lagi si Anna (Sabrina Ali) tu pulak yang jadi mangsa. last2 kawan baik si Johan pun kena tuduh jugak. haha. alih-alih, rupanya si Johan yang menjadi penyebab ke atas gangguan tu sebab memang dia sendiri yang bomohkan si Anna tu dari awal.  

citer KHURAFAT ni aku boleh bagi 4 bintang la. kalau lighting dia okay sikit je lagi, memang aku kasi 5 bintang la brader. mmg kelas ah citer nie. cerita horror anak melayu yang terbaik setakat ni. aku siap hampir nak nangis tyme dia pegi peluk jenazah dia sendiri yang pada asalnya dia ingat jenazah mak dia. sedih. siyes citer ni memang sedih. overall, memang salah Johan la sebab buat perjanjian ngan syaitan. sampai mati pun mende tu masih ikut. kan naya. masuk kubur mesti kena bedal ngan malaikat sebab berkawan ngan setan laknatullah. nauzubillah min zalikkkk..!

lepas je disajikan ngan wayang yang best tu, aku pun melangkah keluar nak ke bilik air. then aku buat muka cam nampak hantu. "aaah, katak!!" hosmet aku pun terkejut badak la sebab dengar aku sebut katak. bayangkan punyalah gile si katak tu siap boleh panjat tangga (lebih kurang 10-11 anak tangga) nak naik kat tingkat dua semata-mata nak tengok wayang dengan kitorang. giler! kitorang pun menjerit-jerit la, sekejap menjerit sebab  takut, sekejap ketawa sebab rasa cam kelakar macam mana lah si katak boleh ada wawasan setinggi tu nak daki tangga tu. geli owh. mujur sedar awal, kalau tak maunya dia masuk bilik air ataupun bilik kitorang. alhamdulillah, berkat penangan farah si frog-fetcher, the katak was finally got rid of.  lega....

                              
katak bukan lagi di bawah tempurung... katak sudah pandai naik anak tangga.....

p/s: meremang habis bulu roma tyme jenazah si Johan dibaringkan dalam liang lahad. takutnya. macam tulah  bila kita semua mati nanti. beristighfarlah memohon keampunan Allah. 

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers