Wednesday, February 02, 2011

sick

Hachoom! Kutenyeh hidungku yang terasa amat gatal. Dengan pantas kakiku melangkah dari kamar bujangku ke ruang tengah rumah untuk mencapai sekotak tisu. Belum sempat tisu dicapai, sekali lagi aku bersin,


  "HA..CHOOM!!"


Kuat betul bunyinya. Terasa bergegar otakku. Kadang-kadang terasa seronok bila bunyi bersin sengaja dikuatkan. Walaupun aku tahu, pompuan ni tak elok bersin kuat-kuat. Tak sopan kata orang-orang. Kalau tercabut hidung, tak ke naya. Bukan saja boleh tercabut hidung, malah boleh mengganggu-gugat ketenteraman jiran tetangga (toksah kata tetangga, famili kau pun boleh bengang ngan bunyi bersin kau yang kuat tuh).

Entah kenapa, sehari dua ni, badanku tak berapa sihat. Sakit kepalalah, sakit perutlah, sakit belakanglah, sakit dadalah (macam orang tua dah jadinya). Banyak benar sakitnya. Tu belum fikir sakit otak lagi, nak kena fikir pasal thesis dan seminar. Ya Allah, kuatkanlah hamba-Mu.

Tengah-tengah duk tulis entri ni pun aku dah berapa kali dah bersin. Tak tau apa sebabnya. Yang aku ingat, malam masa aku naik bas balik dari Nilai ke KT tu aku da stat rase berdenyut kepala aku time tidur. Once my head hits the front seat (ye lah aku ni kalu tidur memang terhantuk sana terhantuk sini), aku rase kepala aku cam nak tercabut. Sakit siot. Hanya Allah yg tahu. Lepas je terjaga dek sakit kepala yang menggila, aku terus hilang 'selera' tidur. 

Balik rumah, aku asyik baring je atas katil. Adik aku pun hairan la tengok perubahan pada kakaknya yang selama ni kecoh ngan perangai gila-gilanya tiba-tiba jadi monyok semacam, tak energetic, tak ceria. Dia pun memberanikan diri lalu bertanya,


  "Bakpe mu monyok ni? Demam ke?"

Aduhai, demam barangkali. Yg pasti kepala aku memang berdenyut-denyut. Banyak angin barangkali. Terlintas juga di fikiran ingin berbekam, namun apabila ku mengenangkan 'sensasi' berbekam tempoh hari, aku membatalkan niatku. Serik rasa hati. Sakit tau bekam, lagi-lagi kalau memang jenis kepala angin (kepala banyak angin/gas) macam aku ni. Rase mcm kena siat-siat kulit kepala. Terrible gile perasaan sakit tu. Tak terjangkau dek akalmu.

Now, aku sedang amik satu jenis medication ni. Maybe sebab ubat tu kot aku terkesan dengan bersin-bersin dan sakit kepala ni. Sabar, sabar. Bukan salah ubat tu, tapi salah aku kot. Mana taknya, dek tabiat makanku yg tak menentu langsung  lah aku terpaksa makan ubat herba kangkung tuh. Bila dah makan ubat pulak, lambat dapat efek yg diharapkan. Sebaliknya, efek yang lain pulak timbul. Aneh.

Skang ni aku susah nak berhenti bersin. It keeps coming and I can't even help myself from sneezing. You can call me Snezo for now (Yo Snezo!)

chow, miss Snezo is on duty...

3 comments:

cik EPAL said...

sorry off topic


emm lately i received komen from u yang i rasa out of nowhre and a lil bit shocked.


what happnd actually ea??


boleh u terangkan tak? i cam blur blur plak. fyi, ni pestime i jejak blog ni. and i tak paham dengan komen u yg u kata i marah semua tu.

boleh tak i nak tengok prt screen or apa apa prove pasal komen tu


http://cikepal06.blogspot.com/2011/02/tak-payah-lah-sampai-nak-menyamar.html

tht entry is for u. thanks n sorry

cik EPAL said...

sorry off topic


emm lately i received komen from u yang i rasa out of nowhre and a lil bit shocked.


what happnd actually ea??


boleh u terangkan tak? i cam blur blur plak. fyi, ni pestime i jejak blog ni. and i tak paham dengan komen u yg u kata i marah semua tu.

boleh tak i nak tengok prt screen or apa apa prove pasal komen tu


http://cikepal06.blogspot.com/2011/02/tak-payah-lah-sampai-nak-menyamar.html

tht entry is for u. thanks n sorry

jannah said...

salam cik epal. its me jannah.

well, maybe ada yg cuba burukkan name cik epal. awal2 ingat mmg cik epal yg komen cenggitu kat blog saya. saya ade bukti ttg someone yg guna nama cik epal utk menyamar lalu komen di blog saya. ingat nak emel kat cik epal tp ape emel cik epal saya tak tau pulak...

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers