Thursday, March 31, 2011

THESIS PROPOSAL PRESENTATION: DAY 2


En Qaiyum bersemangat sekali membentangkan thesis presentation-nya yang berkisar tentang penggunaan kojic acid dalam kosmetik. Walaupun dalam sesi soal jawab dia dilontarkan dengan berbagai soalan yang 'membunuh' a.k.a. killer questions oleh Dr Siti Salhah dan Dr Salina, dia masih mampu menepisnya dengan jawapan-jawapan yang bernas beserta dengan hujah-hujah yang meyakinkan. Syabas Qaiyum! 

En Qaiyum berjaya menyelesaikan presentation-nya dengan baik walaupun dia dijadikan isu hangat di Facebook disebabkan oleh satu statement-nya yang dipostkan di wall IChemTech group mengenai kehadirannya pada hari pertama presentation sebagai external evaluator. Syabas kali kedua Qaiyum!


Antara yang lain yang turut present ialah Nurin, Atul, Seha, Syahir, Imran, Peja, Kumay dan Ema. Tak sempat nak snap semua orang yang present sebab dalam pukul 11 Dr Aziz meminta kami ke biliknya. Di sana, berlakulah sebuah perbincangan mengenai pertanyaan-pertanyaan dari evaluator semasa pembentangan kami semalam. Alhamdulillah. Semua sudah selesai. Thumbs up to all!

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers