Sunday, May 22, 2011

Hukuman



Bubu si ibu kucing yang prihatin tatkala anak-anaknya 'meraung' minta dilepaskan keluar untuk menyusu






Dan tetiba je kucing Badut ni interframe. Entah dari mana entah datangnya. Macam magik la pulak.








 


Nampaknya, kucing Badut pun tak nak melepaskan peluang bergambar bersama dengan keluarganya.
Bubu pula selamba memberikan pose tanpa menghiraukan 'jeritan' anak-anaknya yang kelaparan.


Awal pagi tadi, sebelum aku menyentuh sarapan pagi iaitu nasi lemak dan roti khamart (sejenis kuih tempatan yang dohnya seperti doh kuih char koy), aku menyelak daun pintu bilik dongseng aku (dongseng= adik dalam bahasa Korea). Tetibe je aku nie cakap Korea. What the shell?

Okay, kembali ke cerita asal. Ehem. Bila aku selak pintu bilik adik aku tu, aku ternampak kelibat tiga ekor makhluk berbulu belaan kami sekeluarga. Apakah makhluk itu? Kenapa dikatakan berbulu? Itulah dia makhluk kesayangan Abu Hurairah, sahabat nabi junjungan besar, Muhammad s.a.w.. Makhluk itu dikenali ramai dengan istilah 'kucing' dalam kalangan umat Melayu, ataupun lebih dikenali dengan nama cat di kalangan mat saleh dan juga mereka yang bajet mat saleh. Sejurus sahaja mereka bertiga melihat kelibatku yang berdiri tegak di muka pintu, mereka terus mengeluarkan sejenis bunyi yang tak dapat ditafsirkan maksudnya. "miow, miow," Begitulah bunyinya.

Dengan pantas, salah seekor daripada tiga adik-beradik kucing itu iaitu Rocky si anak kucing jantan berbulu hitam cuba mendapatkanku, seperti ingin memberitahuku sesuatu. Dengan badannya yang kecil dan montok itu, dia menghampiriku dengan gerak-gerinya yang sungguh comel. Yelah, bayangkan keadaan baby kucing yang baru sahaja pandai belajar berjalan. Mestilah pergerakannya tak berapa stabil, macam baby baru berjalan la jugak kan? Serentak dengan itu, kulihat ada kesan kotoran di atas lantai kayu bilik adikku itu. Kucuba meneliti kesan itu dalam pada Rocky sedang merangkak ke arahku. Oh, kesan airkah itu? Air apa agaknya ye? Ku berbisik dalam hati, sedikit kebingungan. Aku pun tertanya-tanya, adakah itu air susu ibu mereka yang tumpah ketika mereka sedang breastfeeding? Ah, tidak mungkin! Tidak mungkin air susu berwarna jernih seperti itu. Barulah aku terfikir, mungkin itu adalah AIR KENCING. Ya, AIR KENCING!

Oh, no! I got to tell my brother about this! Aku pun cepat-cepat menutup pintu itu bagi mengelakkan anak-anak kucing itu merayau-rayau dalam rumah dengan keadaan air kencing itu yang tidak berbasuh. Di ruang keluarga itulah, aku melihat adik lelakiku itu sedang khusyuk men'download' sesuatu di komputer. Aku dengan cemasnya berkata, "Din, kucing kencing. Kena mop lantai bilik tu," Adikku tidak memberikan sebarang reaksi, malah dia seakan-akan tidak menghiraukan kata-kataku. Aku agak tercengang. Aku mengulangi ayatku berulang kali, "Din, kucing kencing tu, pegilah basuh. Mop lantai bilik mu tu," Barulah adikku memberi perhatian. "Okay kakakku, nanti aku cuci," Mendengar jawapan adikku, aku lega. Kalaulah dia tidak sudi membersihkan kesan kotoran itu, maka akulah yang akan menjadi mangsanya. Hehe. Mujur aku terselamat. Hahaha! (gelak keji).

Disebabkan insiden itu, kami bersepakat untuk menghukum anak-anak kucing itu dengan memindahkannya ke luar rumah. Adik perempuanku, Rah lah yang meletakkan kucing-kucing itu ke dalam bakul oren yang agak lusuh setelah sekian lama mengalami proses kimia yang dikenali sebagai oxidation semenjak ia terdedah dengan agent pengoksida iaitu uv rays, lalu ia mengalami deterioration, yellowing dan juga brittleness. (berkat ajaran subjek Polimer oleh Dr Siti).

Bakul itu diletakkan di halaman rumah kami, iaitu di anjung rumah. Apabila mengetahui anak-anaknya dipindahkan keluar rumah, ibunya si Bubu menjadi tak keruan. Dia asyik bising-bising saja, minta anaknya dipindahkan semula ke bilik Din. Sorilah Bubu, anak kau dah mula kencing merata-rata nampaknya. Kami tak sanggup nak cuci kesan urine yang semestinya najis tu setiap kali that little kittens of yours kencing atas lantai. Oh, memang kesian! Tapi nak buat macam mana. Nasib badan kaulah anak-anak kucing oi. Lain kali, mind your bladder. Tehee!

p/s: mungkin lepas adik aku ukur ekor kat bawah rumah baru kucing tak kencing atas rumah. Hem apa itu ukur ekor kucing? Lets cekidout! Surf kat tenet la. Hahaha. 

4 comments:

kwn bilek said...

dats y i dont like any pet.. once da tgok njis ak jd lmh ttibe.. sorry i cant accept u in my life...

rumet said...

sorry..

Adean said...

ooohh.kucing badut.i hate that cats.hurg,

Kebahagiaan Hidupku said...

u shoulldn't hate Badut..he had already dead...i miss him

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers