Thursday, May 05, 2011

morning glories

Assalamualaikum...

Wah, bahagia betul la rase hati sebab exam final dah habis. Sekarang ni kita enjoy! Campak notes tu jauh-jauh dan lupakan saja tentang exam papers yang dah lepas tuh. Tawakkal je la skang nie. Nak wat camne lagi?  Wuwu.... (-_-') 

Hari ni aku nak cite pasal aktiviti pagi kitorang satu rumah. Awal-awal pagi lagi (dalam pukul 7.30 macam tu), kitorang bertujuh melangkah keluar dengan semangat yang menebal. Semua bersemangat gila nak jogging, siap berkasut sukan lagi. Aku dengan roommate je berkaki ayam (eh, takdelah kaki ayam pun, pakai sandal la jugak). 

We actually got a sudden will to change our lifestyle. Yelah, selama ni asyik berkurung dan terkepam je kat dalam rumah tu. Asyik makan tidur, makan tidur, mana badan nak sihat? (speak for yourself la Jannah). Hehe. Yang tak tahannya, aku tak tidur pun lepas Subuh, semata-mata sebab nak join diorang jogging. Selama ni, lepas Subuh mesti bantai tidur punya lah, even minggu exam pun aku tidur pagi, konon nak kasi energy lepas bangun. Ni, nak jogging punya pasal, boleh pulak tak tidur lepas Subuh. Punyalah semangat. Dari mana datangnya semangat tu pun aku tak tau. (Semangat apanya kalau dah tau diri sendiri tu jenis liat nak bangun).

We actually walked our way to Pavilion USIM. It was fun walking together and having light conversation along the way. The weather was quite hot and I could feel the blazing sun striking my face. Very hot even early in the morning! It's NILAI, NEGERI SEMBILAN. What do you expect, dude?  The neighborhood was so quiet by the way. I wonder why????

Ehem-ehem, Farah mesej sape tu??

Isu serius antara aku dan rumet


Jalan punya jalan, akhirnya sampailah ke perkarangan USIM. See that blue building? That's our CANSELORI! Cantik kan? Megah kan? Hebat kan?
Proud to be USIMian...

Nilah dia padang rekreasi USIM. Ada macam-macam jenis sukan yang kau boleh main; memanah, netball, basketball, soccer, tennis, futsal- you name it. Tapi kitorang main apa yang ade je lah. Nak main netball, ball nye takde, net je yang ade. 

Antara equipment bersenam yang paling 'tough' di situ.


Pesona hijau padang rumput (ni padang bola lah wey)

Teringat pulak time kitorang join MASUM dulu-dulu. Mase tu, seme kena kerah improve stamina masing- masing kat padang ni la. Semput aku dibuatnya sebab kena lari 8 lap!  Hehe, actually tak sampai lapan pun, 3 lap je pun aku dah rase cam nak tercabut jantung. 

Pavilion USIM 

Bilik senaman a.k.a GYM. Semangat diorang nih exercise. Masuk-masuk je, terus kayuh beskal. 

Ain yang tak lekang dengan senyuman, even ketika bersenam.

Cuba bayangkan kepantasan kaki Dzilal. 

Semangat depa bertiga ni workout. Aku plak semangat ambik gambar.

Dzilal: Jom kita makan kat Mannusalwa. 
Athirah: Jom!

Lepas tu, kitorang makan kat restoran mamak di Acasia Avenue. Tak ramai sangat orang. Cam best gile makan nasi kandar lepas jogging. Phuh, memang terbaik! Tapi sayangnya, aku makan nasi tak habis pun. Buat bazir duit je. Aku pun tak tau nape jadi kenyang tetiba. Makan separuh perut cam dah penuh gile. 

p/s: Lepas ni nak jogging lagi la ngan housemates aku nie. Best oi!
(credit to Ira for awesome pics, and some goes to me as well. hehe)

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers