Sunday, June 05, 2011

misteri rumah sewa yang ditinggalkan

Pernah dengar orang kata, mana-mana rumah kalau ditinggalkan tidak berpenghuni, akan ada ‘makhluk’ yang akan datang menumpang? Macam apa yang berlaku kat rumah sewa aku di Nilai ni la. Sebulan je pun rumah ni tak berpenghuni (sebab penghuninya semua balik kampong cuti sem) tapi dah pun dihuni oleh sejenis makhluk ciptaan Allah ni. Siap buat sarang lagi. Cuba teka kat mana dia buat sarang tu? Jeng, jeng, jeng. Anda barangkali terkejut. Barangkali tidak. Yang pastinya, aku dan room mate memang agak terkejut.

Mula–mula masuk bilik terkedu jugak bila nampak something yang berbonggol kat celah langsir. Aku juih mulut aku kata arah tingkat, “Ce tengok tu,” Room mate terkejut giler. DIa ingatkan rambut (rambut?).  Rupanya itu ialah sarang burung. Besar pulak tu. Yang tak tahannya, nape nak buat sarang kat celah langsir tepi tingkap? (macam burung bleh jawab soalan tu).

Aku pun amik la sarang burung tu lepas roommate pastikan takde telur burung lam tu. Takkan la kitorang nak tinggal sebumbung ngan burung iye dop? Kang dia membuang kan naya. Sebelum ni slalu gak sang burung bertenggek atas tingkap nako tuh, siap berak kat atas cermin tu lagi. Tapi tak sangka burung tu ada niat di hati nak buat sarang. Tsk, tsk, tsk.

Sarang burung tu terpaksa dipindahkan ke lokasi baru. Huhu.





Nilah dia rupa 'rambut' yang dikatakan room mate



Sarang burung yang menumpang tingkap bilik kami tanpa kebenaran,
 apatah lagi membayar sewa dan bil air dan letrik.









Kesian dia penat-penat buat rumah. Last-last kena alih ngan tuan rumah.
Ngeee~

2 comments:

Taec-ChanSung said...

pastu, buang kat mana?
o,O

Nichkhun Horvejkul said...

Dear Taec-Chansung Daebak Maknae, sarang burung itu diletakkan ke luar rumah. Sekian.

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers