Saturday, June 18, 2011

Robocon Final

Lets get robotic!

Petang tadi semua tengah duk bersiap-siap pegi stadium untuk perlawanan akhir Robocon. Cuma tinggal sorang je makhluk Allah ni cam liat sket nak bangun lepas short nap. Nak tak nak, kena bangun jugak coz seme nak pergi. Takkan nak duduk sengsorang iye dok? Dah la esok dah nak balik kampung, at least hari ni pergi la keluar jalan-jalan ngan kawan-kawan hosmet tersayang buat kali terakhir. Tak ke gitu?

Kitorang pun set off dalam pukul 3.30 ptg. Cuaca agak panas, macam biase. It's Nilai okay? Pernah ke Nilai ni turun salji? Kat sana, banyak gile keta dan ramai giler orang! Lagi ramai dari hari itu. Penuh seat stadium. Bergema satu stadium bile audience tepuk tangan. Hari ni perlawanan memang sengit sebab dah sampai final dah, so team yang masuk final mesti yang gempak-gempak punyalah wa cakap sama lu. Jadi amatlah rugi kuasa 4 ribu kalu anda tidak menyaksikan perlawanan berprestij ini. ehehe...

Untuk final Robocon 2011 kali ini, gelanggang menyaksikan perlawanan antara dua saudara iaitu Team UTM B dan UTM C (skema ke ayat aku?). Memang. Memang UTM conquer habis lah tournament ni. Team UTM yang datang nak sokong pun cam gempak je bagi semangat kat kawan-kawan diorang. Siapa yang menang? Agak-agak sape ye? Ce teka, ce teka. Mestilah UTM! Gane-gane pun UTM gak lah yang menang lol. Ngiahahaha!

Keputusannya adalah, UTM B yang menjadi johan dan membawa hadiah bernilai RM10,000. Banyak tu. Boleh makan steamboat berapa kali agaknya tu ye? (udoh-udoh la tu makan steamboat) Team dari UTM bawak pulang RM20,000 kalau tak silap la. Sebab diorang menang 3 awards. Tiga! They really were awesome, seriously. Ahjushi pengacara tu pun cakap UTM memang otai lam sukan robotic nih (by the way, otai means old timer, macam 'orang lama' dalam arena robot lah).

Team UTM B (merah) melawan UTM C (biru)

Pentas bertemakan Bunga Raya

Mengail apa tu pakcik? Nampak cam best je pakcik cameraman ni amek gambar 
guna 'joran' tu. Cool la ahjusshi, cool~

Persembahan kebudayaan daripada penari-penari Sarawak

So many people ma...

Persembahan lagi....

Peserta-peserta bersedia di garisan merah dengan robot masing-masing

At last, majlis pun tamat. Kitorang pun balik dengan tenang sebab dah tahu pemenang pertandingan tu. Esok dah nak balik Ganu. Hm, nak buat apa ye dalam jangka masa 2 bulan nie? Ada apa-apa cadangan bernas dop? Bosan kot duk  umah jek. Wuhuhu.

p?s: Tahniah kepada team UTM!

4 comments:

KAMIHIDUP said...

Assalamualaikum. :)

Jαnnαhツ said...

waalaikumsalam. terima kasih kerana singgah... (>_<)

daznyte said...

whoa!! bestnye.. nop gop g ctu kali.. nk tengok robot2 comey.. haha

Khin Hooi Ng said...

thanks for posting this. This really means a lot to me.

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers