Wednesday, July 13, 2011

Of Roses and Alamanda de Putrajaya


Hye you all!

 Setuju tak bila orang kata perempuan dan bunga ni memang tak dapat dipisahkan? Mestilah setuju kan? So, atas dasar inilah kami membuat keputusan untuk ke Putrajaya bersempena karnival flora di sana. Tema pesta bunga kali ni ialah "ROSES ARE FOREVER", jadi banyaklah tanaman pokok bunga ros kat sana. Wangi betul bau ros-ros tu, colorful lagi. Kalau pompuan yang datang tempat cenggini memang seronok la. Tapi rasanya kalu datang ngan ayah ataupun pakwe, mesti diorang balik awal coz orang laki mana ada nak minat benda-benda bunga ni. Iye dop? Lainlah kalau mereka suke berkebun dan ada niat nak cari anak pokok bunga. Huhu.

Cantik nian orkid-orkid kat sana. Segar-bugar.


Ha, anak pokok strawberi pun ade! Korang rasa apa agaknya depa buat kalau depa (kawan-kawan hangpa) nampak buah strawberi yang anggun segar berjuntaian macam ni?

Ni lah jadinya. Siap nganga lagi tuh.

Teringat zaman kecik-kecik dulu, petang-petang ajak kawan-kawan main buaian kat playground. Main punya syok sampai terjatuh. Balik nangis-nangis, tapi esok datang balik naik buai. Tak serik-serik. Itulah dia, kedegilan sebuah zaman kecil yang bernama childhood.


Bergambar dengan replika angsa di tepi kolam

Peace one Malaysia

Ahha!




Ni dalam dewan pameran. Macam-macam jenis gubahan ada, dari pelbagai negara lak tu. Memang wonderful and colourful.

Macam duduk dalam frame gambar pulak rasanya

This is KENYA style. Creepy woh patung voodoo ni.

Creepy but roommate still ada mood nak pose ngan si voodoo

Merah membara semangat waja. Hiasan bunga ros merah memenuhi meja makan pengantin. Creative dan innovative but still a little bit too much for me. Ye la, nak makan je pun, perlu ke letak pasu bunga tinggi-tinggi cam gitu? Tak obstruct view ke? (pengkritik tak bertauliah)

Ni antara gubahan untuk halaman rumah

Siyes tak tau apa motif diorang letak kaki palsu kat celah-celah gubahan bunga tu. Artistik barangkali?

Gubahan bunga untuk pelamin pun ade. Cantik-cantik belaka.

Gubahan bunga yang kreatif

Asal ada landscape best je nak amik gambar, asal ada landscape best je nak amik gambar. Korang ni memang aa..

Ni best nih kalau boleh rehat cenggini petang-petang sambil pekena kopi panas.


Buluh-buluh dalam ponds yang macam Japanese style punya landscape. I loike!

Seha: Ah, penat la amik gamba!

Dalam hati ada taman bunga tu....

Colourful flowers

Bergambar di atas jambatan kaca


Wow, what a beautiful bunch of tulips! Teka berapa RM satu kuntum? RM12 sekuntum. Mahal cam bedil.


Berbanggalah  kamu semua dengan fountain buatan Malaysia

Lepas isi perut masing-masing, kami bergerak ke Masjid Putra whose both interior and exterior design berwarna PINK! Sukanya warna PINK. Sebelum masuk waktu Zuhur, kitorang ronda-ronda la area masjid tu. Ada beberapa gerai jualan kat sana. Ada jubah, perfume, kraftangan, beg, dan macam-macam lagi. Aku pegilah tengok-tengok barang-barang kat situ. Kat kedai jual jubah tu, ada sehelai jubah abaya yang fuhlamak, cantik sangat! Tapi harga nya sangatlah mahal! Ternganga aku bila tengok harga. Cepat-cepat lari sebab nak elak perasaan sedih dan terkilan sebab tak dapat beli jubah Dubai yang lawa gile tapi mahal gile tu. 


Beraksi ala-ala orang yang pakai tak sopan tapi nak masuk masjid pastu kena sarung jubah tapi semangat nak amik gambar punya pasal pakai jubah pun boleh lah! Padahal semuanya lulus periksa masuk masjid sebab baju da sedia sopan wa santun. Sebab tengok orang luar nampak cam style je pakai jubah PINK masuk masjid PINK, relalah pula hati mereka meminta izin meminjam jubah di kaunter untuk digayakan depan kamera. Namun, sebagai rakan seperjuangan haruslah aku join skali. Itu yang patut dilakukan. 


Comey je mereka bertiga ini. Kiut dengan jubah pink berposing depan Masjid Putra

Pintu masuk ke Masjid Putra

Cantik hiasan dalaman masjid ni. PINK


Lepas solat Zuhur dan menenangkan diri di masjid, kami bergerak ke Alamanda Putrajaya. Shopping sakan woo. Er, pembetulan, window shopping yang sakan. Bhahaha. Aku beli bag tangan je, ala bag nak pegi kuliah. Beg aku tu da nyawa-nyawa ikan da. Tunggu masa je nak putus tali tu. So, terpaksa aku berputih mata melihat duitku terbang begitu sahaja demi sebijik beg tangan kaler coklat bata. Wuwuwu. Taste orang tua   matang la katakan. 

Tapi apa yang paling aku benci dengan shopping ialah kaki akan menjadi cramp setelah ianya lama digunakan untuk berjalan-jalan. Yelah, area shopping complex tu luas gile, memang semput kalau nak explore habis-habisan. Lagi-lagi kalau yang jenis indecisive macam aku nie. Punyelah lama masa aku guna untuk pilih beg pilihan hati. Dengan rambang mata lagi. Parah, parah. Tu baru shopping satu barang. Kalau beberapa barang? Tak ke patah kaki?

Untuk mengurangkan ketegangan urat kaki dan urat perut yang sudah berkeroncongan, kami singgah di Pizza Hut untuk makan malam. Menu spesial, MEATBALL BOLOGNAISE. Why special? Sebab separuh harga pada hari Selasa. Untunglah kebetulan datang hari Selasa (cakap sambil tangan atas bahu).

Tired of waiting for meat ball bolognaise yang mengambil masa setahun masihi untuk sampai ke meja kami yang sememangnya sedang menggeletar kelaparan (exaggerated statement).

Lupakan sejenak perasaan lapar itu dengan bergambar tanpa segan silu di hadapan khalayak ramai.

Wallah, at last meat ball bolognaise da sampai! Wallah! 

Semua duk pakat order meat ball bolognaise tuh sebab hari Selasa ada offer 50% discount. Melepas nak merasa Creamy Carbonara yang lazat tu sebab yang tu offer hari Jumaat je kot. Wuwu. Pizza regular size yang bagi aku sangatlah kecik *tuwweek tu ialah Thai Seafood. Sedap? Sedap la jugak.(*tuwweek tu macam perkataan untuk sedapkan ayat, digunakan oleh orang Terengganu untuk gambarkan betapa kecilnya sesuatu benda tu - ensiklopedia bebas terengganu kiter)



Wajah-wajah riang menanti waktu berbuka puasa. Jannah Rahman je yang puasa tapi kitorang memang saja nak meraikan dia, so semua pakat-pakat menunggu dengan sabar hingga jam menunjukkan pukul 7.30 malam.

Sekian kisah happening bersama kawan yang happening.

6 comments:

KAMIHIDUP said...

nak pergi, tapi takde masa nak pergi, sedih.

bestiepeaceout!! said...

hey rumet!! why all those words turn into malay?? it`s so once in a blue moon done by u... but ur writing is still nice...

ur words told us everything. i was imagining all the moments we were there while reading it.

p/s: cume some captions la ada y xboley blah!! hahaha

Jαnnαhツ said...

entah, sesekali mood aku menulis dalam bahasa melayu.

Erma Fatiha said...

wallah, xajak aku.

Listener said...

wooooooooooooooohhhh
bakpe best ngat mee tu?
balik umah nanti buat la yer?? kihkih
pa cerah jalan jalan...student high skul taklerh nak wak cm ni pown...

Jαnnαhツ said...

sedap la jugak. wey aku kan da buat hari tu, siap ngan meatball lagi. tapi x sesedap yang ni la...

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers