Thursday, August 25, 2011

cemburu.

Salam.

Ehem. Entri kali ni pasal kucing.


Ololololo, comeynya kucing ni! Siap tidur atas katil lagi. Mcm baby pulak aku tengok.



Tapi aku bukan nak citer pasal comelnya kucing. Sayugia aku bercerita tentang sifat cemburu yang ada pada kucing atas sebab tanggungjawab kita sesama makhluk. You all jangan ingat you all jer yang boleh rase jealous. Kucing pun same jugak tau? Mereka juga punyai perasaan sama macam manusia. 



Kucing atau nama saintifiknya felis catus  akan cemburu apabila kawasannya diceroboh. Kalau kita bela        kucing sekor, then tibe-tibe kita bawak balik sekor lagi kucing, nescaya kucing kita akan merasa jealous dengan kehadiran kucing baru itu. Bukan kucing baru je. Kadang-kadang kalau ada kelahiran baby manusia yang baru pun kucing boleh jealous. How do you know? Ada tanda-tandanya.



Antara tanda kucing itu cemburu ialah dia akan merajuk dan tidak mahu makan, Kadang-kadang ade yang 'memberontak' dengan cara kencing/berak merata-rata. Kucing juga boleh menyerang kucing lain dek rasa cemburu itu. Pernah dengar tak kucing jantan makan anaknya sendiri? Kucing tu jealous kat anaknya sendiri sampai sanggup membunuh darah dagingnya. Dasyat kan kesan cemburu kucing?



Yang paling teruk sekali bile kucing tu jealous sampai lari dari rumah. Tu yang berlaku kat kucing kitorang. Goldie namanya. Goldie ni kucing jantan berbulu oren putih. Sudah berbulan-bulan Goldie tak balik rumah *sob sob*. Maybe sebab kitorang larang dia dan kucing-kucing  lain daripada masuk ke dalam rumah. Before ni, dia dilayan bak raja dalam rumah nie; tidur kat mana-mana dia suka, makan yang best-best and main ngan sofa-sofa sampai carik cokang cemaking jadinya. Dia bebas. Namun kami tidak mampu memberikan kebebasan total kepada kucing-kucing kami (yela takkan nak biar dia cakar sofa sampai hancur, tak beraya la nampak gayanya). That's why kucing tu dilarang keras dari masuk rumah. That's why dia menderhaka lalu terus lari dari rumah.







Ironinya, Goldie je yang lari. Bubu, AT, Kola ngan Didi tak de lah pulak lari-lari nie (Dido and Blackie dah meninggal sebab dibaham musang di malam hari *sob sob*). Dorang still setia ngan kami dan rumah kami. Sedih jugak la dengan keputusan Goldie untuk meninggalkan rumah. Hari tu adikku si Zikri bawak balik Goldie yang dijumpainya merayau-rayau tanpa arah tuju di kawasan kedai runcit kejiranan kami. Namun sampai sahaja di rumah, dia merengus setelah melihat kelibat Didi, anak kepada kakaknya si Bubu. Didi ni kucing jantan yang makin besar. Bulunya jugak oren macam Goldie. Goldie pun jantan. So ada perasaan tak puas hati kat situ. Macam ade pesaing.  Jiwa pun jadi kacau.






Kola yang selalu kool. Kola ni kucing pertama kat rumah nie.
Kira dia ni King of Cats ah walopun dia betina




Kola suka main henset (?) sampai enset tu hilang entah ke mana 
(eh tipu, enset tu adik aku yang hilangkan)



Bubu dan Goldie suatu ketika dulu




Bubu yang sangat comel dan manja. Sesal dengan tindakan aku yang mengakibatkan ekornya putus suatu ketika dulu (hujung ekor kucing ni terkepit pintu masa dia kecik. ouch!). Bubu ni mak orang dah pun. Ada 3 babies namely Didi, Dido wa Blackie. But sayang giler coz dua da arwah kena baham ngan musang berperisa pandan




Blackie dan Didi



Actually sebelum kelahiran kembar tiga tu (Didi, Dido and Blackie) dah ade penceroboh kat rumah kitorang nie. Well, rumah ni dah kira territory Goldie and the rest of the cats. Bila tetibe je ada kucing lain yang 'menyibuk' kat rumah nie, Goldie pun naik angin lah. Tu lah dia Badut si kucing ekor kontot budak penyibuk. Badut ni kucing jantan jugak. Dia ni minat kat Bubu. Kembar tiga tu anak dia lah rasenya. Rasenya lah. At first, Goldie got along well with Badut but at the end he ended being mad with Badut (over something I'm not sure about). That's why he left the house dengan hati yang lara.


The intruder punca Goldie merajuk. Pui!




Goldie yang sehingga kini enggan pulang ke rumah kerana sifat
territorial-nya yang wujud hasil daripada prasaan cemburu terlampau
Status kewarganegaraan terkini: REFUGEE 



So hingga sekarang nie Goldie still merajuk. Dia dilihat seakan mempunyai rasa benci kalau ade kucing lain yang dilihat menceroboh kawasannya. Yelah, just imagine yourself being in his shoes (walo kucing takde kasut, kih kih). Kita anak tunggal duduk senang-lenang kene layan macam raja and tetiba lahir adik baru mestilah mama and papa lebihkan perhatian pada adik baru yang buat kita rase jeles kan? Tipu ah kalau korang tak pernah jealous. Memang da nature Allah buat manusia ada feeling macam itu. Don't blame yourself. It's a common trait every human has.





I'm gonna kill this white cat. He's intruding me territoreh.....!


p/s: mujur Goldie tak jeles sampai berak/kencing merata-rata cam kucing lain.  wuhu.

we heart Goldie!

8 comments:

RONALDHRAH WISELY said...

REFUGEE
tu apa?

henset tu kan kola wak lari masa aku taekwondo...
putih is the king of 9329 cat, not cola...you better fix it...

or...eat slug!

SALAM EIDULFITRI from RON

Jαnnαhツ said...

eat slug? nope, before that i'll make sure you forget what i'd written.

OBLIVIATE! (nada gilderoy lockhart)

Jαnnαhツ said...

ops, by the way bebeyh, REFUGEE means pelarian. lebey kurang cam PATI ah (pendatang tanpa izin)

RONALDHRAH WISELY said...

@gilderoylockhart

oooww...baru tahu refugee tu apa..

before you could say obliviate, i will say expelliarmus first....

Jαnnαhツ said...

i'll say no mayo?

♥ nana i am ♥ said...

alolololo~ comelnyeeee picture yang dalam kasut tu dik ;) sukaaaa sangat!

Jαnnαhツ said...

huhu. yg pic dalam kasut tu adik saya yg amik. comey kan?

Lulu Mangkona said...

Kucing orang sebelah berak kat dalam mesin basuh aku penuh dgn baju2 nak basuh pulak tu...itu kes apa pulak yer sib baik aku perasan kalo x memang berkecai taik dalm mesin basuh bweeeek

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers