Saturday, August 20, 2011

what shoes are you?


Wanita dan kasut ibarat isi dan kuku yang tak dapat dipisahkan. Kalau cuba dipisahkan jugak, maka meranalah diri mereka dan keluarga mereka. Begitulah metafora antara kasut dan perempuan.

Orait peeps. Memang tak dinafikan, perempuan memang sukakan kasut. Ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit bahkan ribuan ringgit untuk perbelanjaan kasut. Kebanyakan perempuan suka untuk mengumpul kasut dan percayalah cakap aku bahawa ada sesetengah perempuan yang mengumpul kasut sehingga boleh memenuhi sebuah bilik suite! Gile tu. Berapa ratus ribu duit habis untuk kasut semata. Tsk. No, not me! Aku tak seobses itu dalam mengumpul kasut. Pakai mana yang ada saje. Kalau dah lunyai baru aku beli yang baru. Hidup mesti berjimat, bak kata orang tua aku. Hehe.

Tahukah anda bahawa jenis kasut yang anda pilih sebenarnya menggambarkan siapa anda? Personaliti seseorang boleh dilihat dari jenis kasut yang biasa dipakainya. So, berhati-hati dalam memilih kasut agar personaliti anda tidak boleh diketahui orang. Haha, tipu! Tipu! Kau tipu aa. Mana boleh kau cuba nak sorok personaliti kau. Kita pakai kasut pun based on our own comfort kan? Mostly, even when someone wears heel for style, kalau mende tu tak sesuai ngan jiwa dan keselesaan dia, sure-sure lambat-laun dia akan tukar heel tu ke flat. Ha, tak caye? Lantak lah nak caya ke tak. Haha.

Heels:


Heels atau kasut tumit tinggi dikatakan terbahagi kepada 3 jenis yakni Stilettos, Platforms dan Wedges. Nak tau apa jenis personaliti wanita berkasut tumit tinggi? Sila scroll ke bawah.


Stillettos

Stiletto mempamerkan gaya yang ekstrem dan penuh glamor. Wanita yang suka memakai stiletto biasanya dikaitkan dengan keyakinan yang tinggi. Kebanyakan dari mereka suka melihat dan merasa dirinya  lebih 'tinggi' berbanding  orang lain (yelah da nama pun heels). Dalam erti kata lain mereka merasakan diri mereka lebih superior dalam banyak hal berbanding rakan-rakan atau teman sekerja (antara kelebihan memakai stiletto ialah anda boleh jadikannya sebagai satu senjata di kala anda mengalami keadaan yang berbahaya). Stiletto mempamerkan gaya yang penuh elegan dan moden bagi wanita yang memakainya. Adakah anda seorang Stiletto? 

Stiletto inspired car

Platforms

Seperti stiletto, platforms juga mempamerkan gaya ekstrem tapi dengan sedikit elemen keselesaan. Dikatakan gabungan antara wedges dan stilettos, platforms lebih selesa berbanding stilettos namun lebih bergaya berbanding wedges. Personaliti si pemakai bervariasi antara si pemakai wedges dan stilettos; selesa dan bergaya. So see you at Platform 9 and three quarters!

Wedges
Si pemakai wedges menampakkan personaliti seseorang yang sangat merendah diri. Mereka ini ialah orang yang mementingkan gaya dan bukannya status. Gaya itu memanglah penting bagi mereka, namun keselesaan didahulukan. Keselesaan memakai wedges tidak akan menghalang si pemakainya daripada melakukan apa jua aktiviti. Kesimpulannya, wedges ialah pelengkap gaya untuk mereka yang mementingkan keselesaan di samping penampilan yang  menawan.


Flats:
Mereka yang sukakan kasut jenis ini dikatakan mempunyai sifat merendah diri, produktif dan aktif. Kasut tumit rata atau flats adalah jenis kasut yang membolehkan si pemakai melakukan apa jua aktiviti lasak tanpa sebarang halangan. Mereka tidak perlu merasa bimbang akan keselamatan ankle (buku lali) semasa melakukan sebarang aktiviti dalam kehidupan seharian. So checkidout on people who love flats, folks!


Sneakers
Sneakers mempamerkan gaya sporty. Si pemakai akan kelihatan bergaya dan selesa dengannya. Wanita yang suka memakai sneakers dikatakan aktif dan suka bersukan. Selain itu, jenis kasut ini juga dikatakan sesuai untuk kaum Adam.



Rubber shoes




Kasut getah biasanya direka khas untuk sukan. Ia selesa dipakai dan sesuai untuk keperluan sukan tertentu (contohnya sukan bola sepak). Kasut getah adalah kuat dan tahan lama dan penggunanya boleh melakukan aktiviti lasak dengan memakai kasut getah. Tambahan pula, ia direka untuk kedua-dua jantina; lelaki dan wanita.


Doll shoes
Comel dan bergaya. Doll shoes atau flats biasanya dipakai oleh wanita yang feminin dan juga aktif. Ia dipakai oleh mereka yang mementingkan gaya dan juga keselesaan. Personaliti si pemakai jenis kasut ini adalah sama dengan si pemakai wedges, namun mereka punyai lebih keselesaan dan keyakinan.


Ha, pilih, pilih mana satu idaman kalbu (nak yang nombor 8!)


Namun, jenis kasut yang dipakai seseorang mungkin dipengaruhi oleh faktor persepsi orang ramai terhadap si pemakai. Dalam erti kata lainnya, seseorang mungkin memakai kasut tumit tinggi kerana dia mahu dilihat sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi. Jadi bukan senang untuk kita menilai seseorang berdasarkan pemakaian kasutnya melainkan kita mengenalinya dengan dekat ataupun kita selalu melihatnya di kawasan kejiranan kita.


And as for me, I am the flat type. Sometimes I opt for wedges if I look for some confidence. Stilettos? No stilettos for me coz I will be non-stable major wearing it. Haha!


That's all. Buh bye.


sumber

6 comments:

DeaDay said...

wedges & flats for me..tp sandal lg selesa la..kuhuhuhu

fnaMaya said...

kdg2 flats, kdg2 wedges. ikut tempat =)

Jαnnαhツ said...

erm, saya pun suke flat ngan wedges. hehe~

N4D♥R4H said...

oddie...?
cuba teka mana kasut I?
I ni jenis berkeyakinan tau;P

eencyweency said...

Ske pki mcm2 kasut..maknenye mcm2 personaliti? :-P

Jαnnαhツ said...

wawa, tak semestinya sker pkai banyak kasut tu ada banyak personaliti. cube tgok mana satu kasut yg slalu pakai. yang tu la personaliti wawa.

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers