Thursday, September 08, 2011

kehilangan.

"Sesungguhnya setiap yang bernyawa  pasti akan merasai mati"

Dari surah Al-A'raf, ayat 34 yang bermaksud:

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya




Pada kira-kira jam 10 pagi tadi, aku dikejutkan oleh berita tentang pemergian seorang pensyarah kimia USIM yang sangat kami kasihi. Dr Abdul Aziz bin Omar yang juga supervisor untuk projek final year kami telah menyambut seruan Ilahi setelah terkena serangan jantung awal pagi tadi. Jenazah allahyarham dikebumikan tengahari tadi di tanah kelahirannya di Melaka. Kami semua sangat merasai kehilangannya. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.




Terasa sangat kehilangan dengan pemergian Dr Aziz. Allahyarham sangatlah baik hati dan tidak lokek dengan senyuman. Beliau selalu berkongsi pengalaman hidupnya dengan kami semua pelajar jurusan Teknologi Kimia Industri sepanjang dia bekerja di USIM yang bermula awal sem lepas. Enam bulan bersama arwah dan kami sudah merasa satu ikatan kukuh sudah terjalin erat, seperti hubungan antara seorang ayah dengan anak-anaknya. Namun, Allah lebih menyayanginya. Dr Aziz terlebih dahulu meninggalkan kita. 


Arwah selalu berpesan kepada kami semua, jaga hati. Jaga hati, jaga hubungan dengan mak ayah, Insya-Allah, hidup akan jadi berkat. Arwah pun pernah cakap, money can't buy happiness. Kalau dalam hidup nie kita jaga hubungan kita sesama manusia dan hubungan dengan sang pencipta, hidup jadi lebih gembira dan lebih aman. Ramai yang cakap arwah Dr Aziz nampak lebih muda daripada usianya sebenar. Mungkin sebab dia selalu murah dengan senyuman, dirinya nampak muda dan ceria. So, pengajaran di sini, banyakkan senyuman supaya kita jadi lebih sihat. Kajian sains pun ada cakap senyuman dapat memberikan kesan positif kepada tubuh badan kita. Marilah kita senyum banyak-banyak lepas nie.


Apa yang aku peroleh daripada pemergian Allahyarham Dr Aziz ialah, ajal maut itu tiada siapa yang tahu. Hari ni mungkin kita bergelak ketawa dengan rakan-rakan, esok belum tentu lagi kita akan hidup dan mengecapi nikmat Allah di muka bumi-Nya ini. Hari ni mungkin kita sihat walafiat, siapa tahu esok kita mungkin akan jatuh sakit. Oleh itu, kita mesti senantiasa bersedia menghadapi mati. Orang yang bijak akan sentiasa mengingati mati. Sehebat mana pun seorang manusia, sekaya mana pun dia, sehensem/secantik mana pun seseorang itu, dirinya pasti akan mati dan akan kembali ke tanah. Kita tak tahu bila dan di mana kita akan menemui ajal kita. Banyakkan amalan baik dan ikhlaskan hati. Jangan berdendam dengan orang. Jangan sakitkan hati orang. Jangan membuka aib orang. Jangan mengumpat. Jangan derhaka kat mak ayah. Obey all the jangan's and Insya-Allah, kita akan terhindar dari melakukan dosa-dosa besar. 



Kenangan bersama arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Ameen~



FOOTNOTE: salam takziah untuk keluarga arwah....

3 comments:

kucingred said...

semoga roh arwah berada dalam rahmat dan kasihNya... insyaAllah, kita sama2 doakan semoga segala urusan arwah dipermudahkan Allah..


takziah pada semua yang terkesan dengan kehilangan arwah

miSS j said...

erm, gambar nie masa dr aziz nak belanja steamboat after seminar kimia 2011. rindunyer saat-saat itu...

Erma Fatiha said...

=(

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers