Friday, September 02, 2011

my doodle: NAIVE

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku yang dah bersawang nie. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Maaf kalau ada tersilap kata atau terkasar bahasa. Terima kasih daun keladi sebab sudi menjenguk blog JH yang dah lama tak update nih. Yelah, petang tadi baru jer sampai rumah lepas raya kat Kampung Machang Gojoh, Pasir Mas. Letih tak abih lagi. Huhu.

Best kan raya? Boleh jumpa saudara -mara yang dah lama tak jumpa. Selama ni masing-masing duk sibuk ngan urusan kerja sampai takde masa nak bersua muka, apatah lagi bertukar-tukar cerita. Dahla masing-masing duduk jauh-jauh. Time-time raya nilah kita nak jumpa ngan saudara mara sepupu sepapam kan? Masa ni jelah boleh dikatakan hampir semua ahli keluarga berkumpul kat kampung. 

Em. Aku teringat satu kisah yang mencuit hati dan menggeletek perut masa hari raya pertama. Macam bese, tiap-tiap tahun lepas smayang sunat raya kat masjid UNISZA, kitorang akan pergi beraya kat rumah Mak Long. Yang tak tahannya bila si budak kecik Damia (cucu Mak Long aku) tu buat statement yang sangatlah kelakar sampai semua orang kat situ ketawa terbahak-bahak. 



Bhaha!

Entah kenapa aku rasa kelakar giler bile anak sepupu aku cakap macam tu after maknya cakap adik laki aku hensem. Aku gelak macam tak hengat dunia time tu. Punyelah exaggerated statement budak tu.  Perlu ke sampai pengsan bila nampak laki encem? Hahaha. Macam kartun jepun dah gaya dialog budak nie. Comel giler kot!




mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers