Tuesday, October 18, 2011

HOT

HOT KE?


Pagi tadi, kami telah berjaya menyelesaikan sebuah misi penting. Misi ni memerlukan 'kepakaran' tahap tinggi untuk diselesaikan dan alhamdulillah, dengan izin Allah, semuanya sudah selesai. Misi sudah sempurna, dan kami pun sudah boleh menarik nafas lega. Ada paham?



Ceritanya macam ni.


Thesis kitorang nie ada kena guna tube furnace. Tube furnace ni arwah Dr Aziz yang beli masa arwah buat pHd kat London dulu-dulu, guna duit beliau sendiri. Beratus riban jugaklah arwah spent untuk beli alat nie.  Thesis kami melibatkan proses di mana pembakaran tanpa oksigen berlaku, dan tube furnace adalah alat yang paling sesuai digunakan. Malah, arwah Dr sendiri yang menyarankan agar kami menggunakan instrumentnya itu.


Tube furnace tu sebenarnya berupaya membebaskan gas-gas berbahaya saat chemical reaction atau tindakbalas kimia berlaku sewaktu pembakaran (yakni calcination dan pyrolysis). Namun, dek kerana saiznya yang panjang, ianya tidak boleh dimuatkan di dalam fume hood. Kami hanya mampu menghalakan outlet gas ke luar tingkap sahaja instead of using fume hood. Fume hood ni ialah satu alat yang sangat efisien  bilamana gas-gas yang terbebas akan ditapis lalu gas yang ditapis bersih itu akan dibebaskan ke udara. Dengan itu, usah risau lagi dengan gas-gas yang bakal terbebas. Dijamin halal dan selamat untuk dihidu.


Bimbang dengan bahaya gas yang bakal melanda, kami bersepakat membawa berkat untuk mencipta atau mereka satu cara untuk memastikan gas terbebas akan betul-betul ke luar tingkap. Masalah sebelum ni timbul apabila angin dari luar bertiup, lalu gas yang terbebas semasa pembakaran akan berpusu-pusu masuk ke ruangan lab tempat kami bereksperimentasi lalu gas-gas itu menyesakkan pernafasan kami dengan baunya yang agak pungent. 


Setelah meluangkan masa selama beberapa jam (ye ker) berfikir dan mereka bentuk, inilah hasilnya. 




Cover guna plastik pembalut buku sudah. Jimat dan efisien. 


Furnace ini memang HOT. So jangan gatal-gatal nak sentuh dia. Nanti cair tangan tuh.


Hot and fiery tube furnace (unavoidable redundancy)


Nampak sangat tengah posing


Say FURRR-NACE!


Akhir kata, kami sayang tube furnace nie. 
Dear tube furnace, dikau inspirasiku (tetibe!)



Okay bebeh bebehku sekalian. Chow. 
Nak pegi basuh baju. Esok nak bangun 
awal nak bergelumang ngan acid plak kat lab. Huhu.



Salam. Thanks for reading.

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers