Saturday, October 29, 2011

Jangan Gosok Gigi!

Hi, assalamualaikum!

Selamat pagi semua. Dah mandi gosok gigi belum? Ha, kalau belum, baguslah. Jangan gosok gigi lagi! Sebab hari ni aku nak cakap pasal apa yang ada dalam syampu, sabun, ubat gigi, detergent dan lain-lain bahan pencuci yang ade di rumah anda. 


Hoh, apasal ko tak bagi aku goshok gigi plak?


The other day when I was doing some reckless blogwalking, I stumbled upon an article regarding Sodium Laureth Sulfate (SLES). SLES ini adalah sejenis bahan kimia yang biasa digunakan dalam sabun. Ia bersifat surface active, maka dia dikategorikan sebagai surfactant. SLES berupaya menghasilkan buih lalu sifat pembuih SLES ini membolehkannya menjadi agen pencuci yang hebat. Namun, menurut artikel berkenaan, bahan kimia ni dikatakan sangatlah berbahaya, toxic malah boleh menyebabkan KANSER! And I was so shocked. I was wondering, betulkah ini? Benarkah ini? Kerana ini hal serius.  


Hah? Bahaya? Camne nak mandi kalau takde sabun??


Then I did some reading in the Internet and what I found was quite disappointing. Indeed, this chemical is really hazardous. Malah, apa yang membuatkan aku lebih kechewa gundah gulana adalah apabila mengetahui bahan kimia tersebut digunakan dengan meluasnya dalam kebanyakan produk harian kita. Antara produk tersebut ialah:

Sabun
Syampu
Mandian buih
Ubat gigi
Pembasuh pinggan
Syampu kanak-kanak
Pencuci karpet
Sabun pencuci pakaian
Gam fabrik
Mandian badan
Krim pencukur
Maskara
Pembersih muka
Krim pelembab
Losyen badan/muka


Sungguh banyak sekali produk harian yang menggunakan SLES. Sedih ah macam nie. Aku pun tak sure betul ke tak agent pencuci ni benar-benar bahaya ke tak tapi banyak artikel kat Internet yang cakap SLES memang bahaya. SLES boleh menyebabkan kulit menjadi kering kerana ia berupaya me'larut'kan minyak pada kulit. Kulit yang terhidrasi akan lebih terdedah dengan agen-agen pencemar dari udara sekeliling lalu memberi iritasi pada kulit kita *ingat lagi tak iklan Lifebuoy pasal kulit kering tu?*


Macam-macam lah dakwaan yang berlegar kat laman web pasal toxicity SLES ni. Aku pun jadi bingung. Kalau mende tu bahaya, kenapa still manufacturers guna bahan cam tu untuk formulasi produk mereka? Persoalan itu terjawab saat mata tertangkap satu ayat dalam laman web itu yang mengatakan bahawa SLES adalah agent pembuih yang murah (oh I see...).


Maka tidak hairanlah kebanyakan pembekal produk menggunakan SLES dalam penghasilan barang-barang harian tersebut. Kebanyakan industri pikir nak untung je. Tak kira mende tu bahaya ke tak. Yang jadi mangsa adalah kita; CONSUMERS. Tapi kita pun kena reflect jugak, mungkin itu semua adalah kerana demand pengguna sendiri dalam memilih kualiti barangan. Kalau aku la, aku memang suka basuh baju sampai berbuih-buih baldi tu masa nak rendam baju. Rasa cam best kan kalau basuh baju ada buih banyak. Baru baju tu betul-betul bersih. Tak ke gitu? SLES lah yang bertanggungjawab untuk menghasilkan buih tu. Ha, banyak buih tu la bahaya sebenarnya.


So lepas nie, marilah kita sama-sama bertukar kepada produk yang bebas SLES. Cek label syampu atau sabun sebelum membelinya. Berhati-hati dengan dakwaan "100% Herbal" atau "100% Natural" kerana tidak semestinya bahan yang berlabel sedemikian adalah benar-benar BEBAS dengan kandungan SLES. Sesetengah produk sedemikian masih lagi menggunakan SLES sebagai kandungan utamanya.





footnote: aku ni macam cakap tak serupa bikin jer. stok syampu aku tu still tak pakai lagi. nak buang membazir. nak pakai cam bahaya. ambivalent jadinya. aah, tak suke ah camni! aku cakap tak suka, tak suka arh! *aik cam kenal je ayat tu*


RUJUKAN:


7 comments:

Erma Fatiha said...

wei..

aku memang ade dengar lama dah pasal SLS ni..tapi....

sepanjang pengetahuan dan pembacaan aku, SLS xdelah merbahaya pon sebab quantity/composition dlm products tu xmelebihi limit yang dihadkan,mcam chemicals lain jugak kan, kalau concentration rendah, ia tetap tidak merbahayakan pada manusia kecuali chemicals yang benar2 diiktiraf merbahaya cthnya chemicals yg bercarcnogen.

lagi satu, bukan ke SLS tak diserap?

dan satu lagi, aku rase yg ni pon ko tahu...

setiap kilang ada dyeorg punyer QA/QC yang mengawasi keselamatan setiap products yang dihasilkan. So, aku rase xde masalah..

sekadar pendapat dan pengetahuan drpd pencarianku ketika waktu dahulu.

Jαnnαhツ said...

wah wah. mujur la kalau macam tue. aku pun boleh la pakai sabun dengan tenang. hahahahah!!!

knot knot said...

haha. cam knl je ayt last tu???

SLS, ak kate bahaya, bahaya la!!!

Jαnnαhツ said...

kau nak aku tadah ngan baldi ke?????!!! *nada bengang*

Ronaldhrah Wisely said...

ooooho...hoii..

aku suka sabun yg banyk buih....

2 botol lifebuoy terperap lam umah kita...membazir je

pakai kyu sugi la kita

yang tu kump boyfriend ke smash ke hitz?

Jαnnαhツ said...

ohho ahoy. itu kumpulan BOYFRIEND lah. huhu. hensem cam kim hyun joong kan? hihi. dala umur baru 16 tahun. cute!

Nuraini An-Nisa' said...

Sekarang nie dah banyak produk yang berasaskan herbal dan natural life... Lebih selamat... Serius suka mandi buih banyak2... huhu... =)

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers