Friday, October 14, 2011

patutkah aku stress?

Semalam dan hari ini aku sangat tension. Aku spend dalam dua hari nak synthesize activated carbon guna zinc chloride. First day, after timbang pape yang patut, aku impregnate lah coconut powder ngan solution zinc tu. Biar lam oven semalaman.



Impregnation of coconut shell dalam larutan zinc chloride. Ni adalah step before dehydration (aku dehydrate menda ni untuk 24 jam guna suhu 110 degree celcius). Berani mau celup tangan dalam larutan panas nie? Nehi hey....




After dehydration. Dah jadi macam tar dah. 


Esoknya, aku ambik la mende tu dari oven. Pekat. Lalu dengan pantas dan nervousnya aku tuang larutan pekat berwarna hitam likat tu (pitch black bak kata omputeh) dalam alundum boat yang diperbuat daripada stainless steel tu. Entah kenapa, aku rasa gaya aku semalam dah macam orang tengah buat coklat plak. Apekejadahnye kau buat coklat dalam makmal kimia? Nak mati ke ape? 


Okay. Tengah-tengah duk syok tuang tu, aku baru perasan tak cukup bekas untuk habiskan kesemua pregnant solution yang ala-ala coklat tu. Aku pun menjadi sedikit panik. Cepat-cepat aku capai handset sony ericsson ku yang juga kaler hitam tu dalam beg, lantas jari-jemari biruku (dek pakai gelov biru) menekan butang call number Dzilal untuk tanya mana dia letak boat tu. Malangnya Dzilal tidak mengangkat panggilan aku. Mujur aku terjumpa boat itu dalam laci Dzilal. Pantas aku menyambung proses menuang tadi. Malang lagi apabila sedikit daripada solution itu tumpah!!! Ottokaji? 


Aku berhenti seketika, berfikir. Camne ngan solution yang tertumpah itu? Perlukah ku kutip? Ah, persetankan aje! Aku pun teruskan je tuang menda alah tu. Then, aku pegi tengok tube furnace, setting yang mana patut. Dengan berhati-hati, aku angkat boat-boat yang penuh berisi pregnant solution tu ke tube furnace. Aku pening. Pening. How am I going to put all the five boats into the tube??? Dahlah mende tu tak berapa nak  panjang sangat. Ottokaji??? 


Dengan berhati-hati dan penuh teliti (teliti ke?) aku tolak boat yang teramatlah sarat dengan pregnant solution itu ke dalam tube furnace guna rod besi. Penat dow nak kasi dia masuk slow-slow, tak nak kasi dia capsize (capsize? ini bukan boat 4- rowing masum yuoolss). Then, aku seal la bukaan tube tuh. Pastu aku set suhu 600 degree, bukak gas nitrogen, bukak air paip biar sejuk sistem tube tu, and run the sample. Phuh. Penat.





Mister tube furnace yang memerlukan kesabaran dan kewibawaan untuk dikendalikan. 


Tunggu punyer tunggu, sejam berlalu. Aku pun off kan temperature controller tu. Tunggu tube sejuk jap. Then bila buka, aku amat terkejut. What de?? Boat yang paling terjojol (terkeluar) tu basah  sama macam masa baru masuk. Tergezut la jugak. Apekejadahnya lepas bakar pun same jugak? Baik takyah bakar. Buat penat aku je. Harap asap je berkepul-kepul.  Then, dalam banyak-banyak boat yang masuk tube tu, hanya 3 je yang betul betul ho liawww. Eh, bukan ho liaw. Yang betul-betul terbakar hingga kering. At the same time, ada warna kuning kehijauan sket dalam campuran activated carbon tu. Disebabkan 2 boat lagi tak terbakar habis, maknanya boleh disimpulkan eksperimen itu GAGAL! Kenapa? Yelah, mende tak homogenous camne aku nak timbang untuk kira yielddddddddd??? Argh, tension!


Maka, ke sink la jawabnya kesemua sample itu tadi. Berputih mata aku jadinya apabila Dzilal tolong aku mencuci boat-boat berisi activated carbon itu. Wa wa wa wa! Nak nangis lah macam nie. Penat aku buat last-last tak menjadi pulak. Wuwu. Bukan sahaja tak menjadi, tube furnace pun jadi hitam sangat sebab carbon tu terbakar macam arang! Penat la pulak tangan aku yang lemah longlai ni nak tonyoh, tenyeh dan gonyoh tube yang sangat kotor giler. Dahla suhu 600 degree. 600!! ENAM RATUS okay? Habis terbakar kain GOOD MORNING lab tu. Nasib Encik Naza takde. Kalau ada, mampus aku kena sembur sebab buat rosak barang makmal. Huhu.


Dek kerana suhu panas tu tak turun-turun, aku ambik keputusan nak basuh esoknye. Esoknye, yakni hari ni, aku terkejut bila tengok ada mendakan dalam tube tu. Susah nak korek keluar sebab dia da mengeras dek ditinggalkan semalaman. Dekat dua jam aku bertungkus-lumus duk korek deposit hitam tu. Mujur muka aku tak jadi hitam penangan eksperimen sendiri. Jadi merah ade ler, merah padam sebab tension buat menda tu tak siap-siap.


Nasib badan. Dahlah zinc chloride tu corrosive. Patutla tangah aku gatal-gatal je semalam and hari ni. Tulah, sape suh tak bacer MSDS? Kata chemist. Heh *tau malu*. Glove pulak pakai sekejap je coz tangan cepat berpeluh, lama-lama pakai aku jadi kurang selesa lalu aku buang je gelov itu.



Sekarang nie masa makin suntuk. Bulan doblas nie dah nak kena viva. Aku punye part synthesis ni pun tak siap-siap lagi. Analysis nanti pun akan ambik masa. Nak hantar kat universiti lain pun kena ade prosedur itu ini. Leceh.





Korang rasa patutkah aku seteres (ejaan 'hebat' untuk stress)


Aku harap sempat lah nak habiskan semua tu. Barulah aku dapat selesaikan thesis and pegi LI dengan gumbira. HAHAHAHA!


7 comments:

Erma Fatiha said...

owh..speechless..

sabar ekkk janah comel

Jαnnαhツ said...

aku tak kesah kene ulang balik. masalahnye ema, kita da kesuntukan masa skang nie. tu yg bimbang bin risau nie.

Ronaldhrah Wisely said...

???????????????????

Jαnnαhツ said...

to ronaldhrah wisely:

why did you write like that?

Adean said...

?????????????????
WHAT ur Problem??im not understand

hamzah ian said...

rilek2 ya... jgn stress sngt

aku tgk gmbr tu rasa mcm cool pun ada..

Jαnnαhツ said...

cool ke? wuhu. vexing ade le. ngee!

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers