Friday, November 04, 2011

awas! kucing mengamuk


Hi semua!

Tadi aku terjumpa satu video yang very the kelakar. Video ni pasal kucing marah kat babysitter yang tengah babysit anak tuan kucing itu. Ceritanya macam nie. 


Ada sorang babysitter tengah main bola dengan sorang budak. Masa tu diorang ada kat ruang tamu. Then tiba-tiba bola tu terkena sebuah gelas kaca kat atas meja. Pang! Bunyi kaca yang pecah tu telah mengejutkan budak kecik tu lantas budak tu menangis. Kucing tu pulak, lepas dengar je bunyi kaca pecah yang disertai dengan bunyi tangisan budak kecik tu, dia bergegas lari ke tempat kejadian. Masa tu, babysitter tu tengah tenangkan budak yang nangis sambil mengutip serpihan kaca yang bertaburan. Then, dengan tak semena-mena si kucing tadi menyerang babysitter tu! Tiba-tiba si kucing menjadi ganas dan agresif, sampai babysitter tu pun jadi takut. Tapi dia hanya mampu kuis dengan kaki je lah, nak tendang kuat-kuat nanti kena pocat den. Ha, nak tau cam ne, tengok video nie.



Aku pun tak faham nape si kucing 'bengang' gila ngan babysitter tu. Adakah dia marah sebab si babysitter pecahkan barang tuan dia, ataupun adakah dia marah sebab ingat babysitter buli budak tu sampai budak tu menangis? Tapi seriously menakutkan bila dia serang pompuan tu. But at the same time, tindakan sang kucing tu sangat cute sebab dia nak mempertahankan anak tuan dia. Maybe kucing tu ingat si babysitter tu orang yang nak pecah rumah tuan dia babtu dia marah. Yang paling kelakar bila ada sekor lagi kucing yang cuba menenangkan kawannya yang tengah marah. Haha, cute!

2 comments:

Ronaldhrah Wisely said...

lol~ ye doh or...kucing tu ingat pompuan tu buli the "lttle man"

suam,i isteri kut 2 kucin tu

Erma Fatiha said...

hahahah.aku tahu knape..wakakakaka...

kucing yang bengang tu tengah tido kan? betul x?

dy terkejut tu dengar bunyi tu then dengan tidak semena2 bengang dengan bunyi terbabit sampaikan terbengang dengan babysitter tu jugak.

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers