Monday, November 21, 2011

Seoul Garden @ KL Festival City

Assalamualaikum and ANNYEONGHASEYO!



Wahwahwah bukan main cakap Korea pulak. Ape citer?



Well, Korea tak Korea. Sebenarnya aku nak citer pasal outing kitorang semalam. Semalam kami bertujuh keluar makan-makan kat Seoul Garden di Kuala Lumpur Festival City kat Setapak. Tak payah pergi Korea dah kalau nak makan makanan Korea. Huhu. For your info, Seoul Garden nie baru je dibuka kat situ. Dek kerana sudah lama kempunan nak merasa barbeque ala Korea ni lah kami bersepakat untuk makan lunch kat sana. Actually, lagi best kalau makan malam tapi sebab harga untuk dinner agak mahal berbanding lunch, kitorang decided to have lunch. Dala kitorang pergi weekend, so memang tak dapat student price. Biarlah. 


Akhirnya, merasalah kami untuk jadi orang Korea! Haha. Best la jugak makan barbeque ngan mini steamboat kat Seoul Garden ni. Yelah dah berhabis RM 35.80 mestilah sedap iye dop? Kat sini korang boleh pilih macam-macam jenis daging yang diperap dengan pelbagai jenis rempah dan perasa. Even seafood pun ade yang marinated punye. Yang tak tahannya, ade jugak daging yang coffee marinated! Pelik bebenor lah rasa daging tuh even aku ni peminum kopi tegar. Daging kat sana tak sedap sangat lah bagi aku. Maybe lain tempat lain rasa. Izah cakap kat Gurney Plaza sedap. Kat sini cam so so je. Yang paling sedap pun sotong ngan ikan keli ke belut ke ape entah. Belut tu rase cam kari skit but I like. Lama-lama makan grilled food rasa  sebu pulak. Tak macam makan kat MARDI Steamboat. Even sebu pun boleh sumbat lagi.  




The famous Seoul Garden




The grill pan *before action*




Daging yang sudah diperap. Ce teka mane satu yang marinate ngan coffee




Ha, see what's boiling and grilling. Makan kat Seoul Garden memang amazing and fun coz kita boleh masak sendiri. Bagi yang malas nak masak tu baik jangan makan kat sini. Memang kena sabar sebab kena selalu balik-balikkan daging tu. Kalau tak, hangit lah daging kau mak nok *mode bapuk*



Banyak sekali makanan atas meja. 







Ha, inilah KIMCHI! Akhirnya dapat aku merasa kimchi, makanan harian orang Korea. Ye lah selama nie kalau tengok citer Korea, memang selalu tengok diorang makan kimchi. Hari-hari kimchi, hari-hari kimchi, sampai terliur mak noqq *aww bapuk kot kau*








Happy frens with happy smile. Lepas 3 jam lunch (tiga jam???!) kat Seoul Garden, kami pun berangkat pulang ke Nilai. Eh, tipu. Before pulang ke Nilai, kitorang singgah rumah Athirah kat Danau Kota. Makan-makan, minum-minum, ngobrol-ngobrol, barulah berpusu-pusu naik tren. Ho la mak, ramai orang la kat stesen KTM. Naik semput sebab kena berdiri lam tren. Haha, tipu lagi. Aku duduk la jugak half the way. Baguslah.




On the way pegi KL Sentral...




Buat-buat tidur pulok. Hahahahhaha.




Jom makan Ketam Steamboat Village plak? Cam best jek? *cakap sambil seluk purse-ku yang dah kosong*



hanya mampu mengeluh di situ~


*lastly, gambor super gedix*



Gumawo chingu!! *thank you my friends for creating such a wonderful memory! XOXO*

CREDIT:

athirah
dzilal
myself

for the photos.




Friends, you are irreplaceable!!!



7 comments:

Ronaldhrah Wisely said...

cis, gi korea makan kimchi tak ajak aku^^
seliur tengok kimchi lam cinderella sster...
takpe, kekgi konvoi gi lah sekeluarga kat soulgarden
ngobrol-ngobrol? sejak bila cakap bahasa sabah?
best tak kimchi? kawan aku kata tak sedap

Erma Fatiha said...

comel btol korang ni

eencyweency said...

laponyeee tgk!!!btw comey ngat gambo last skali tu!!!

madammondoq said...

amboii.. happeningnya u all!! best!!

Salam Singgah..

Jom Join Contest manarik di Blog Madam : CONTEST : Get The LOOK With MADAMMONDOQ

Ronaldhrah Wisely said...

aku perasan gambo snsd tu kat fb jer..intenet lambat kat komp ak..

jadi sooyoung dah kaknor kita...
tu snsd versi melayu kan?

ce tengok snsd versi aku lak hehehe..http://www.asianpopcorn.com/battle_images/2pm_s_Taecyeon_18122009214430.jpg

BFF said...

hye JAndi, Mardi sekali ag jom!!

Jαnnαhツ said...

rah, sedap je lah kimchi. aku siap ambik semangkuk agi. tapi tak habis pun. hahaha.


rumet, jom gi MARDI! tapi bukan lam masa terdekat la weyh.

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers