Saturday, December 03, 2011

of PD and Malacca

Hye and assalamualaikum my lovely readers.

Haha, tajuk pasal PD ngan Melaka tapi gambar semua kat Melaka je kot. Well, kita merancang, Allah yang menentukan iya dop? Mulanya, kitorang plan nak mandi laut kat PD sekali ngan naik banana boat. Namun apakan daya, cuaca tidak mengizinkan kami untuk main banana boat. Angin tersangatlah kuat dan air tersangatlah deras. So, takde sebab untuk kami turun ke laut. Alas, ruginya. Melepas lah aku nak merasa naik bot pisang tu. Dalah seme cakap seronok. Bukan rezeki kami la tuh. Alahai..... *lament*

Okay. Oleh sebab plan A tak jadi, maka ke plan B la kita jawabnya. Kami kemudian bersepakat untuk jalan-jalan ke Melaka. Woh, dari Nilai ke PD lalu ke Melaka. Memang berjalan sakan lah korang. 

Ada rase cam duk kat *obersea dop?? (*oversea)



Eh, silap la. Before jalan-jalan, kitorang sebenarnya singgah kat rumah auntie Athirah jap. Huhu.

Ni masa singgah kat umah Mak Long Athirah. Dapatlah minum petang sekali ngan makan kuih. Heaven woh. 


Bergambar kenangan dengan Mak Long Athirah yang tersangatlah peramah dan selamba


Then barulah kitorang pegi jalan-jalan di Bandaraya Melaka bersejarah. Happy moments with these happy peoples were captured for memories. Dang, you all are too delicious lah!



Camwhoring dengan keretapi zaman British *amboih, hepi bebenor*

Kami pramugari handalan sedia berkhidmat untuk anda!! *cuba cari ibu mengandung XD*

Water mill yang very the huge and very the beautiful lah

Hepinya engkau Jah


Please jangan ditiru aksi kami yang sempoi bersiar-siar sakan hanya dengan memakai selipar rumah je. Hahaha.


Masa kitorang lalu satu gerai yang jual topi, kitorang pandang-pandang je sambil bisik-bisik "Eh, jom amik gambar ngan topi," walaupun kitorang tahu mustahil la kan vendor tu nak bagi pinjam topi-topi tu untuk ambik gambar. Tapi dengan tak semena-mena dan tiba-tiba je, abang tu pun perasan pastu cakap "Nak amik gambar ke? Boleh je," Waaaaaaaaah, mestilah nak!! Apa lagi, seme pun cepat-cepat amik topi and laju je amik posisi masing-masing untuk bergambar. Hahaha, funny LOL.

Smile~

Gyeopta. Neomu yippo miinaahh!
(You are all beautiful ladies)


Menara Taming Sari. Rupa da macam Space Shot yang sangatlah terrifying and horrible kat Genting tu. Melepas nak merasa tengok pemandangan dari atas menara nie coz kitorang kejar masa nak makan malam pulak. Huhu. 

Punyelah ralit berjalan-jalan, sedar-sedar dah Maghrib. Tak elok anak-anak perempuan duduk luar time senja-senja ni. Banyak setan, bak kata orang tua-tua. Maka, ke suraulah kami semua untuk solat Maghrib.



Lepas solat Maghrib, kitorang plan nak gi naik cruise. Mulanya aku cam tak nak join tapi dah semua dah pakat nak ikut aku pun join je la skali *elemen consensus di situ*. Bak kata Ira, bila lagi nak merasa kan? Betul jugak ye.



Akhirnya dapatlah merasa naik cruise di sepanjang Sungai Melaka tu. Bayaran RM10 sekepala. Berbaloi la jugak sebab dia pusing 2 round. Dalam 40 minit cam tu la kitorang dapat enjoy pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Best lol. I tot at first macam bese-bese je cruise nie. Last-last kau sendiri yang takjub ngan view kat situ. Haha. Yang paling cantik aku rase la, bangunan yang bercat putih yang ade tangga berpusing tu. Memang nampak unik and classic. Dala dia punya lukisan cam real giler. Ternganga la sekejap. Ngehehe.

Cantik la gambar ni Ema. Give a clap peeps, give a clap.

Pemandangan malam kat Melaka River Cruise ni memang cantik. Dengan limpahan cahaya neon dan juga LED, suasana memang meriah sangat-sangat. Sukenye. I loikee (credit to Ema)



Kami yang di-compressed and di-squeezed


Best la jugak dapat naik cruise ngan kawan-kawan yang happening cam korang. Thanks korang. XOXO

Dah lepas naik daratan pun boleh pulak nak mintak abang bot tu tolong amikkan gambar kat jeti. 
Memang sempoi.

Lepas semua dah penat amik gambar dan jalan-jalan, perut semua dah berkeroncongan. Maka bermulalah satu misi dan ekspedisi untuk mencari makanan. Actually kitorang dah plan nak makan ikan bakar kat Melaka nie coz ramai yang cakap sodap. Disebabkan masa dah dihabiskan di cruise, kami makan malam pun memang agak lewat la. Perut pun da masuk angin da.


Menikmati makan malam (ikan bakar) di Restoran Muara Duyong 



Sedap betul ikan bakar tu. Meleleh air liur. Pergh!


Lepas makan-makan, kitorang pun bertolak pulang. Unexpectedly, pukul 1 pagi baru sampai rumah! Semua kepenatan. Semua cepat-cepat mandi pastu cepat-cepat masuk tidur. Berakhirlah sebuah perjalanan 10 gadis daripada Nilai ke PD lalu ke Melaka. Syukur dapat pergi dan pulang dengan selamat. Thanks to Dzilal dan Farah yang memandu dengan sabar. And thanks to Athirah and Ema for capturing such wonderful memories. And thanks also to Farahiyah for the sweet and sour asam that cured the queasy me along the way to Melaka. Thanks a lot for that really had controlled that squeamish nature of mine. Huhu. I heart you all bebeh. Muah!

5 comments:

Ronaldhrah Wisely said...

NEOMU YEPPEUN MIINAH? ~ ayat Siwon tuw^^
jalan tak ajak kitorang~
best nyer, dapat bergambar kat jet tu...kalau boleh aku nak bergambar sambil pegang senapang ngan topi askar.

seha ayob said...

pas abis present tesis, nk itot g jln2..

Erma Fatiha said...

wowo..best2.jom pegi pulau lakkkk

Jαnnαhツ said...

yeah, we are neomu yippeo miinaah (org korea pun sebut pompuan tu minah LOL).kami memang minah-minah yg cantik. hehehe.

seha, nak ikot ke? boleh je. huhu


erma: pulau redang yook!! *excited tetibe*

erma said...

It has been 4 years ago. Cepat betul masa berlalu. Kita mendekati 30-an jannah!

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers