Saturday, December 17, 2011

tadabbur

Ada satu cabaran untuk anda. Cuba bergerak dengan kelajuan 1670 kilometer per jam tanpa menaiki apa-apa kenderaan seperti kapal terbang, kereta lumba mahupun bullet train. Anda rasa mustahil? Fikirkan sekali lagi.



Aaaah, I don't think I can think

Kalau kita kaji pergerakan bumi pada paksinya, kita akan mengetahui bahawa kelajuan pergerakan bumi dalam sehari boleh mencapai kelajuan sehingga 1670 kilometer per jam. So, apa-apa yang ada di bumi kita nie, tak kiralah manusia ke, gunung ke, bangunan ke, haiwan ke, akan turut sama bergerak dengan halaju yang same. Anda sebenarnya sedang bergerak dengan kelajuan kira-kira 1670 kilometer per jam sekarang, walaupun anda hanyalah sekadar berbaring-baring atas katil sambil main Fesbuk. Kita tak dapat merasai halaju tersebut memandangkan bumi ini adalah satu makhluk yang sangat besar maka pergerakan selaju itu tidak mungkin kita sedari. Disebabkan pergerakan bumi jugalah kita merasai siang dan malam. 

Sebenarnya post kali nie nak cite pasal wonder of Quran. Salah satunya ialah tentang pergerakan gunung-ganang yang diceritakan dalam surah an-Naml ayat 88 yang bermaksud:

"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangka ia tetap membeku, padahal ia bergerak seperti bergeraknya awan (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan..."






Sebenarnya gunung-ganang yang kita sangka statik dan tidak bergerak itu sebenarnya bergerak laju selaju pergerakan awan. Seorang saintis German telah memberi teori tentang pergerakan kerak bumi ataupun benua-benua bumi yang berlaku satu masa dahulu. Kira-kira 500 juta tahun dahulu, benua-benua di muka bumi ini adalah bercantum dan merupakan jasad yang satu yang dinamakan Pangea. Lama-kelamaan, pergerakan kerak bumi menjadikan benua yang satu ini hanyut ke arah yang berbeza, lalu menghasilkan plak-plak yang lebih kecil dan terpisah. Benua-benua inilah yang dapat kita lihat sehingga sekarang. Namun sehingga kini, pergerakan plak bumi masih berlaku setiap tahun dan peristiwa ini menyebabkan perubahan nisbah luas kawasan daratan kepada luas lautan. Benarlah apa yang termaktub dalam Quran al Kareem. Benarlah Allah itu Maha Halus, Maha Bijaksana!

Ilmu yang ada dalam Quran sebenarnya cukup untuk membuat kita bertambah keimanan dengan kekuasaan Allahu azza wa jalla. Kita hanya tinggal mengkaji dan merenungi apa yang tertulis dalam kitab suci ini. Sudah banyak kajian sains yang dilakukan oleh saintis Barat yang telah membuktikan kebenaran dan mukjizat al-Quran. Sesetengah pengkaji malah memeluk Islam selepas mengetahui kebenaran al-Quran melalui kajian yang dibuat.


1) Penemuan sungai air tawar dalam lautan di Cenote Angelita, Mexico

Sungguh membingungkan apabila seorang penyelam menemui sebuah anak sungai yang segar dan tawar airnya di perairan Cenote Angelita, Mexico. Fenomena itu sangatlah menakjubkan kerana air laut yang masin dan air tawar itu langsung tidak bercampur. Seolah-olah ada batasan yang menghalangi mereka daripada bercampur.




“ Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Fenomena air laut dan air sungai yang tidak bercampur sudahpun diceritakan oleh al-Quran. Kajian ini telah membuktikan bahawa al-Quran adalah kitab yang benar. Pengkajinya iaitu Jean Jacques Costeau, seorang saintis Perancis terkenal yang juga seorang penyelam, dikatakan telah memeluk Islam selepas mendengar ayat ini.  Walaupun ada dakwaan yang menafikan beliau telah memeluk Islam, penemuannya tetap membuktikan kebenaran al-Quran dan ini merupakan sesuatu yang jelas lagi nyata. Bagi saya sendiri, ada kemungkinan besar beliau sudahpun memeluk Islam, dan dakwaan bahawa beliau tidak pernah memeluk Islam hanyalah sekadar propaganda yang direkayasa oleh pihak tertentu. Wallahuallam.


Cousteau.jpg


2) Kajian firaun Ramsess II membawa kepada pengislaman Prof Dr Maurice Bucaille




"Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." 
(Yunus: 92)

Dr Maurice Bucaille merasa takjub apabila kajiannya menunjukkan mumia Firaun Ramses mengandungi sisa garam yang banyak dalam tubuhnya. Namun, yang masih menjadi tanda tanya ialah bagaimana mayat Ramses tidak hancur dimamah usia berbanding dengan mumia-mumia yang lain. Apabila beliau merujuk kitab Injil dan Taurat, tidak pula disebutkan tentang bagaimana mayatnya diselamatkan. Namun apabila beliau merujuk kepada ilmuan Islam, beliau ditunjukkan ayat 92 Surah Yunus yang menunjukkan bagaimana Allah yang telah menyelamatkan tubuh Ramses untuk dijadikan pengajaran kepada manusia.

Dr Bucaille merasa takjub bagaimana Rasulullah saw mengetahui kisah yang berlaku ribuan tahun sebelum zaman baginda mengenai terselamatnya mayat Ramses, pemerintah Mesir yang kufur. Baginya, mustahil bagi seseorang yang berada pada zaman Rasulullah di mana tiada alat-alat yang canggih untuk mengetahui dan mendalami tentang perkara ini. Semestinya ayat itu datang dari sang Pencipta. Alhamdulillah, Dr Bucaille pun mengucap syahadah dan memeluk Islam.


3) Professor dari Thai masuk Islam selepas kaji kulit manusia

Daripada surah an-Nisa' ayat 56 yang bermaksud:

"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami, Kami akan campakkan mereka dalam api, berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. Kami akan ganti  kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka merasakan azab, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana..."



Mahu tahu macam mana pengkaji dari Thailand ni masuk Islam? Nantikan sambungannya.


Subhanallah, hebat kuasa Allah!

*tengok kucing pun tau nak memuji Allah. kite????*



4 comments:

erma fatiha said...

macam mana ye garam boleh ada dalam tubh ramses tu?

Ronaldhrah Wisely said...

kucing saja, gambor..

mm, best kalu dpat hidayah...Alhamdulillah, bertuah org non muslim masuk islam..

artis western, mostly lelaki yg masuk islam dn mungkin jdi ikutan para peminat cam MJ

Kan, western music industry kurang glamor, dan beralih kat korea skang ni...aku harap ngat ad salah seorang dri artis kpop yg berppengaruh atau semua masuk islam, insyaAllah peminat pun cuba mencari islam jugak...kan

Ain Atika Zailani said...

kagum =) nak tahu sambungannya.

Anonymous said...

masyaAllah,, proud to be a muslim..

-abu-

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers