Tuesday, August 30, 2011

Raya Lagi!




Keluarga tersayang (>_<)

personal message: raya is nothing without embracing the feeling of BELONGINGNESS to each other


ciao for now~

Monday, August 29, 2011

~EID EVE~

"Esok raya! Esok raya! Yeay!!!"



Budak-budak. Hm...




Kalau orang dewasa macam kite-kite nie, takde lah nak jerit-jerit camtu sambil lompat-lompat sampai bergegar lantai kayu rumah nih. Huhu.



Esok raya. Hm. Aku tak rasa seronok pun. Tahun demi tahun, raya dirasakan makin hambar. Maybe sebab aku dah besar. Kalau budak-budak, memang patut diorang rase happy sebab dapat duit raya. Yang dah besar-besar ni bukannya tak dapat. Dapat tu dapat lah jugak. Tapi keseronokan tu tak sehebat masa kecik-kecik dulu.



Okay. Aktiviti malam ni semestinya mengemas rumah dan mengisi balang kuih dengan biskut raya. Tu memang mende wajib bagi anak-anak pompuan nih. Mesti nak kena ajak si Ahoyy buat skali ngan aku ni. Hehe.




p/s: jangan main mercun, especially mercun ketupat. makan ketupat takpe. ehehe.


adios amigos~

WANTED!


looking for the fugitive cat but ending up being like this:



ciao for now~



Sunday, August 28, 2011

the treat










Rumah nie dah jadi lebih kecoh dan kepoh dengan kepulangan adik dan abang lelaki aku. Ye lah, selama ni ade aku, adik pompuan aku si ahooyyy, ngan adik laki aku yang kecik tu je kat rumah. Memang tak berapa nak bising (walaupun aku selalu je gelak-gelak ayu ngan si ahoyy tu every time before lelap mata). Tapi bila balik je dua orang makhluk nie, memang bingit la rumah. Ade je bende yang dibualkan. Kadang-kadang volume sound  tetiba jer naik time awok-awok ni buat lawak. Lagi-lagi adik aku si Din tu. Ade je idea kreatif dia nak kasi kitorang sefamili gelak. I'm lovin it though. 

By the way, tadi diorang nie pegi shopping kat KT. Aku pesan awal-awal da kat abang aku suh beli Big Apple coz aku suke donut (mengidam punya pasal). Huhu. Last-last diorang bawak balik dua kotak! Sure-sure tak habis dow. Manis giler. Sedap tu memang tak payah nak cakap tapi dek kerana manis yang teramatlah sangat maka ade lah yang extra tu, terlebih sebab tak habis makan. Hm, nampak gaya, sahur makan donut ler jawabnyer. Anyway, thanks to my brother, Din, coz he gave us the treat. Orang baru masuk duit la katakan. Hahaha. Bagus, bagus. Lain kali boleh la belanja lagi (muka tak malu mintak penumbuk).





.
.
.
.
.

ciao for now~




Kucing busuk lupa jalan balik rumah... hahha!

mek.si.kembang

mexican bun (disebut mek si kembang)

suka sangat roti nih.

aku nak try masak, tapi...

oven rosak!

*disappointed*




sekian sesi lament kita hari ni.
.
.
.
.
.
.
.

bye bye, mek si kembang. 

bye bye peeps.

bye bye....
.
.
.
.
.
.
.
.
*ok sambung tongkat dagu sambil  tunggu azan Maghrib*

Saturday, August 27, 2011

ketupat sotong my favourite

pernah makan ketupat sotong tak? sedaaaap! ketupat sotong ni makanan orang terengganu tau? dah lama gile aku mengidam nak makan ketupat sotong nie. baru semalam mak aku cakap nak masak. dek kerana nak belajar buat makanan feveret aku ni, dengan rela hati aku mem-volunteer jadi tukang masak untuk menu ketupat sotong untuk bukak poser. ketupat sotong ni resepi mak aku. memang sedap weh. sedapyer....

 gambar ni ihsan google. Ihsan dari diri sendiri takde sebab tak sempat nak snap gambo.


erm. sedap betul ketupat sotong ni (berapa kali nak cakap daa). tapi kalau resepi lam tenet cakap kene rendam beras pulut tuh dalam santan. but the recipe given by my mom was not bad. in fact, it's freaking awesome! and as for today, i made puding koktel. comey la jugop puding nih. rase-rase sedap dop puding nie?




actually aku sedey coz puding ni keras wooh! terlebih serbuk agar-agar. huhu. buat malu je. dasar noob puding-maker! memang padan ah hasilnya noob je. haha. sabor je la dengan si noob nih (hish serba noob la ko nie).


p/s: sedih coz ketupat sotong tu aku sempat makan seketul jek. hajat nak makan lagi pas terawih tapi tertidur sampai jam 10. sebaik saja habis trawih, habis ketupat sotong tu sek-sek ni kedaroh masa moreh. kechiwa. wuwu. 

p/s: reason aku tertido ialah sebab aku sakit kepala a.k.a migraine. migraine sebab pegi shopping kat sabasun lama sangat. lama sebab ramai gile orang shopping coz tyme tu seme bleh gaji. memang beratur panjang sebab cashier buat kerja ayu gile. slow motion. maybe cashier nak jimat energy. bulan poser la katakan (husnu zzon)

k' bye.


merdeka di hari raya

Merdeka + raya


Meraya.


Merdekaraya.


Dekaraya.




Ah, lantaklah korang nak panggil ape pun. Yang penting semua tahu raya taun ni akan disambut skali ngan hari kemerdekaan. 


Hari raya aidulfitri = hari menyambut kemenangan setelah sebulan menahan lapar dahaga + mende-mende yg membatalkan puasa

Hari kemerdekaan = hari pembebasan negara dari cengkaman penjajah 


Dua-dua pun hari kemenangan. So kita akan celebrate dua kemenangan kali ni. Yahoo! (tapi rasenya aku lagi suker nak sambut raya kot sebab boleh melantak kuih muih nasi minyak nasi dagang sate bagai-bagai)



by the way, kemerdekaan sebenar bukanlah bererti bebas dari penjajah sahaja. ia juga bermaksud bebas dari segi kawalan minda. don't let your mind be controlled by others (betul ke ayat aku ni? cam caca marba jek). 


ok, till then.


peace YOW~


oh, inikah entri-ku yang ke-100 untuk tahun 2011?


Thursday, August 25, 2011

cemburu.

Salam.

Ehem. Entri kali ni pasal kucing.


Ololololo, comeynya kucing ni! Siap tidur atas katil lagi. Mcm baby pulak aku tengok.



Tapi aku bukan nak citer pasal comelnya kucing. Sayugia aku bercerita tentang sifat cemburu yang ada pada kucing atas sebab tanggungjawab kita sesama makhluk. You all jangan ingat you all jer yang boleh rase jealous. Kucing pun same jugak tau? Mereka juga punyai perasaan sama macam manusia. 



Kucing atau nama saintifiknya felis catus  akan cemburu apabila kawasannya diceroboh. Kalau kita bela        kucing sekor, then tibe-tibe kita bawak balik sekor lagi kucing, nescaya kucing kita akan merasa jealous dengan kehadiran kucing baru itu. Bukan kucing baru je. Kadang-kadang kalau ada kelahiran baby manusia yang baru pun kucing boleh jealous. How do you know? Ada tanda-tandanya.



Antara tanda kucing itu cemburu ialah dia akan merajuk dan tidak mahu makan, Kadang-kadang ade yang 'memberontak' dengan cara kencing/berak merata-rata. Kucing juga boleh menyerang kucing lain dek rasa cemburu itu. Pernah dengar tak kucing jantan makan anaknya sendiri? Kucing tu jealous kat anaknya sendiri sampai sanggup membunuh darah dagingnya. Dasyat kan kesan cemburu kucing?



Yang paling teruk sekali bile kucing tu jealous sampai lari dari rumah. Tu yang berlaku kat kucing kitorang. Goldie namanya. Goldie ni kucing jantan berbulu oren putih. Sudah berbulan-bulan Goldie tak balik rumah *sob sob*. Maybe sebab kitorang larang dia dan kucing-kucing  lain daripada masuk ke dalam rumah. Before ni, dia dilayan bak raja dalam rumah nie; tidur kat mana-mana dia suka, makan yang best-best and main ngan sofa-sofa sampai carik cokang cemaking jadinya. Dia bebas. Namun kami tidak mampu memberikan kebebasan total kepada kucing-kucing kami (yela takkan nak biar dia cakar sofa sampai hancur, tak beraya la nampak gayanya). That's why kucing tu dilarang keras dari masuk rumah. That's why dia menderhaka lalu terus lari dari rumah.







Ironinya, Goldie je yang lari. Bubu, AT, Kola ngan Didi tak de lah pulak lari-lari nie (Dido and Blackie dah meninggal sebab dibaham musang di malam hari *sob sob*). Dorang still setia ngan kami dan rumah kami. Sedih jugak la dengan keputusan Goldie untuk meninggalkan rumah. Hari tu adikku si Zikri bawak balik Goldie yang dijumpainya merayau-rayau tanpa arah tuju di kawasan kedai runcit kejiranan kami. Namun sampai sahaja di rumah, dia merengus setelah melihat kelibat Didi, anak kepada kakaknya si Bubu. Didi ni kucing jantan yang makin besar. Bulunya jugak oren macam Goldie. Goldie pun jantan. So ada perasaan tak puas hati kat situ. Macam ade pesaing.  Jiwa pun jadi kacau.






Kola yang selalu kool. Kola ni kucing pertama kat rumah nie.
Kira dia ni King of Cats ah walopun dia betina




Kola suka main henset (?) sampai enset tu hilang entah ke mana 
(eh tipu, enset tu adik aku yang hilangkan)



Bubu dan Goldie suatu ketika dulu




Bubu yang sangat comel dan manja. Sesal dengan tindakan aku yang mengakibatkan ekornya putus suatu ketika dulu (hujung ekor kucing ni terkepit pintu masa dia kecik. ouch!). Bubu ni mak orang dah pun. Ada 3 babies namely Didi, Dido wa Blackie. But sayang giler coz dua da arwah kena baham ngan musang berperisa pandan




Blackie dan Didi



Actually sebelum kelahiran kembar tiga tu (Didi, Dido and Blackie) dah ade penceroboh kat rumah kitorang nie. Well, rumah ni dah kira territory Goldie and the rest of the cats. Bila tetibe je ada kucing lain yang 'menyibuk' kat rumah nie, Goldie pun naik angin lah. Tu lah dia Badut si kucing ekor kontot budak penyibuk. Badut ni kucing jantan jugak. Dia ni minat kat Bubu. Kembar tiga tu anak dia lah rasenya. Rasenya lah. At first, Goldie got along well with Badut but at the end he ended being mad with Badut (over something I'm not sure about). That's why he left the house dengan hati yang lara.


The intruder punca Goldie merajuk. Pui!




Goldie yang sehingga kini enggan pulang ke rumah kerana sifat
territorial-nya yang wujud hasil daripada prasaan cemburu terlampau
Status kewarganegaraan terkini: REFUGEE 



So hingga sekarang nie Goldie still merajuk. Dia dilihat seakan mempunyai rasa benci kalau ade kucing lain yang dilihat menceroboh kawasannya. Yelah, just imagine yourself being in his shoes (walo kucing takde kasut, kih kih). Kita anak tunggal duduk senang-lenang kene layan macam raja and tetiba lahir adik baru mestilah mama and papa lebihkan perhatian pada adik baru yang buat kita rase jeles kan? Tipu ah kalau korang tak pernah jealous. Memang da nature Allah buat manusia ada feeling macam itu. Don't blame yourself. It's a common trait every human has.





I'm gonna kill this white cat. He's intruding me territoreh.....!


p/s: mujur Goldie tak jeles sampai berak/kencing merata-rata cam kucing lain.  wuhu.

we heart Goldie!

Ryan Higa and Negation

Lets get some fancy English lessons from Ryan Higa!


Ryan loves using negation in his sentences as a way of making humor. It was some kind of confusing at first but at the end you'll find yourself laughing over your own confusion.


Let's see...

The iNavigator

"With iNavigator, you'll never not get not lost never again!" 


Satisfied Customer
The Snuggo

"With the Snuggo, you’ll never not be cold again!"


         
Hook on Fonik



"I do not no longer not know how to not read,"


.
.
.
.
.
.
.
.



How to understand the REAL meaning:


Take a sentence for example:
 I DON'T DISLIKE YOU.
If we delete the two negations,
 which are DON'T and DIS in DISLIKE,
 the sentence will merely give the meaning of
 "I like you."


  Highlight the words that negate the
 sentence up to an even number, say it 2 or 4. 
Read the sentence again without the 
highlighted words.




1: "With iNavigator, you'll never not get not lost never again!" .


meaning you’re definitely going to get lost with this iNavigator




2:  "With the Snuggo, you’ll never not be cold again!"


it means you’re gonna get cold wearing the product



3: "I do not no longer not know how to not read,"


 this one is correct. Hook on fonik did teach you how to read.

 Now you know how to read coz you no longer know how to not read!






at the end, I still get confused...




Wednesday, August 24, 2011

wordless wednesday

When apples and blackberries are no longer ordinary fruits...

























...others also make their ways to fame and glory of cool gadget and devices' world



By the way my personal picks are LG's Cookie and LG's Lollipop.




They are just cute and adorable!







till then...

Tuesday, August 23, 2011

nice guys finish last


Who doesn't know Ryan Higa, the famous Asian Youtube celebrity? This guy is freaking hilarious. He currently posted another vid with Kevjumba on Youtube. The video is on how two dorky guys learn on how to pick up on girls which eventually turned them into nothing but two ultimate douches. Seriously, this is funny! And the song is catchy that it keeps banging inside my head. Check them out, peeps!


CHORUS – Chester See
Nice guys finish last,
That’s why I’ll treat you like trash,
It’s not what I really wanna do.
But, you only date bad guys so,
I’ll give it my best try to,
Treat you the way you want me to.
VERSE 1 – Kevin Wu Aka Kevjumba
I never open a door,
or pull out a chair.
You can tell me how your day was
but I don’t really care.
And if you ever get cold,
you’ll just have to hack it,
Cause I’d be cold too
If I gave you my jacket.
Like WHOA, you ain’t sittin up front,
Front is for the homies you can sit in the trunk.
I never answer my phone,
Whenever you call it
And when the waiter brings the bill
I never reach for my wallet.

CHORUS – Chester See
Nice guys finish last,
That’s why I’ll treat you like trash,
It’s not what I really wanna do.
But, you only date bad guys so,
I’ll give it my best try to,
Treat you the way you want me to.
VERSE 2 – Ryan Higa
And Ima BEAT you!
At every competition.
Going out with the girls
You better get my permission.
Wait no, i take that back, you can’t go,
House is on tonight
And that’s my favorite show!
Do I look fat in this dress?
Hell yeah you do!
Wait lemme speak your language
Cows go Moo!
Mooo Moooo Mooo MOOOO!
CHORUS – Chester See
Nice guys finish last,
That’s why I’ll treat you like trash,
It’s not what I really wanna do.
But, you only date bad guys so,
I’ll give it my best try to,
Treat you the way you want me to.
BRIDGE – Chester See
But behind the scenes she means the world to me.
Wanna tell her that she’s beautiful, and show her that she’s loved.
Hold her hand when she’s scared, tell her how much I care…
But that won’t win her heart BECAUSE….
CHORUS – Chester See
Nice guys finish last,
That’s why I’ll treat you like trash,
It’s not what I really wanna do.
But, you only date bad guys so,
I’ll give it my best try to,
Treat you the way you want me to.
Ho!
Yeah!


Remedy for bad days...

header untuk si budak lanun

I got so bored. Instead of doing nothing, I feel like helping my sister to change her blog banner (BELOG LANUN). And the result is as below:




Header number 1: Very the sempoi way to ask the readers what tyme is it now??? the answer is = masa untuk tengok belog kita yang tomey!


Header number 2: What do you say about unfolding my bloggeh?



Header number 3: A lil bit childish with that rainbow-ish colours. Are you into the colour?




Header number 4: Tak pun amik yang nie. I like it coz it's simple and looks just nice. Modesty is there. (fyi ni design last skali yang aku buat. betullah ape yang orang kata, last but not least. indeed, it's the best, kan? kan? kan?)
.
.
.
.
.
.
.
.
.


p/s: my sister is not a real 'lanun'. jangan salah faham babe. saya panggil dia lanun sebab nama belog dia ada trademark lanun. yeay, go go ahoyy!

p/s/s: sape-sape yang nak tempah banner bolehlah contact saya lepas nie. the fastest way nak order banner ialah dengan bagi komen untuk post nih. komen la banyak-banyak iye? ehehehe. 

Monday, August 22, 2011

curb your smoking habit

I suddenly feel like writing about something I've been holding in all this while. It concerns a topic on ETHICS. So what I'm gonna be talking about is an ethical issue. And as a member of the public, I presume I got the right to tell the tale so that those people involved shall be reminded that their actions can jeopardize other people (and I'm one of the people). I also hope that those 'convicted' people would realize that the world DOES NOT revolve around them. Don't be selfish.


When we speak of ethics, we must know that when one breaks an ethical rule, he/she will not be arrested by the police. Yela, just imagine sorang mak cik ni nak pegi shopping mall tapi dia cuma pakai kaftan/baju tidur. Mende tu tak salah dari segi undang-undang. Makcik tu just langgar etika berpakaian. So the action won't be seen as a crime and police can't take action, am I right folks? That's why ethical issue is a serious problem. It needs commitment from everyone so that we all can live in harmony. No police officer can arrest those who do not follow the ethics. 

Just like what happened to me so many years ago and until now. I'm a student. My hometown is in Terengganu and I studied somewhere in Negeri Sembilan. So to travel back and forth, I opt for bus transportation. Just so you know, every time I board the bus, I always experience annoying thing in a very annoying way. The bus driver smokes! Most bus I boarded, the bus driver will smoke all the way from one bus terminal to another and the journey always takes time between 6-7 hours! Just imagine how long do I and other passengers have to inhale the hazardous smokes from those cigarettes. Compared to the smokers, second-hand smokers are actually way more exposed to the risks of getting cancers and all those lethal diseases! So all these time I'd been travelling via buses, I'd already become a second-hand smoker! That is not a choice; it's a cruel fate. If only the act of smoking in public is made to be against the law, there will be nobody dares to smoke in public.

I hate smokers!

You don't know how irritated I get every time I had to inhale those suffocating smokes. Just imagine that you are inside the air-conditioned bus and you had no fresh air except the killer air mixed with those smokes coming from that bloody cigarettes, and at the same time you can see a signboard saying "DILARANG MEROKOK" or "NO SMOKING" at the front. Ironic isn't it?? It feels like they were making fun of everyone. WHY would you put the signboard which was so clear to read if you yourself don't follow what it says? It was outrage, it was too much! You ask people to follow the rule when at the same time you were the one who breaks the rule. I'm absolutely disgusted with this kind of attitude. It's DESPICABLE!

To all bus drivers out there, if you happen to read this entry, I beg of you. I'm begging! Please do not smoke inside the bus. There are so many people that can be influenced by the act of your reckless smoking. If you were so itchy to smoke, go find some place where no living thing can be found. Don't you realize that you were doing despicable things in the public? Don't you realize that you're putting us passengers in a big danger? There are not only me, there are also small children, pregnant women, and old folks who board the bus so please lah pakcik-pakcik bas sekalian. Tolong hentikan tabiat merokok anda di khalayak ramai! You are killing people. Yes, you are. You are killing me! 

ITS OKAY IF YOU DON'T CARE ABOUT YOUR OWN HEALTH BUT IT'S NOT OKAY WHEN YOU PUT OTHERS' IN DANGER


p/s: di bulan puase yang mulia ni pun diorang nak hisap rokok dalam bas. siang hari pulak tu. nampak sangat lah tak poser. masha-allah, bukakanlah hati hamba-Mu yang malas nak pose nie kasi diorang hidayah nak pose macam orang Islam yang lain.

Saturday, August 20, 2011

what shoes are you?


Wanita dan kasut ibarat isi dan kuku yang tak dapat dipisahkan. Kalau cuba dipisahkan jugak, maka meranalah diri mereka dan keluarga mereka. Begitulah metafora antara kasut dan perempuan.

Orait peeps. Memang tak dinafikan, perempuan memang sukakan kasut. Ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit bahkan ribuan ringgit untuk perbelanjaan kasut. Kebanyakan perempuan suka untuk mengumpul kasut dan percayalah cakap aku bahawa ada sesetengah perempuan yang mengumpul kasut sehingga boleh memenuhi sebuah bilik suite! Gile tu. Berapa ratus ribu duit habis untuk kasut semata. Tsk. No, not me! Aku tak seobses itu dalam mengumpul kasut. Pakai mana yang ada saje. Kalau dah lunyai baru aku beli yang baru. Hidup mesti berjimat, bak kata orang tua aku. Hehe.

Tahukah anda bahawa jenis kasut yang anda pilih sebenarnya menggambarkan siapa anda? Personaliti seseorang boleh dilihat dari jenis kasut yang biasa dipakainya. So, berhati-hati dalam memilih kasut agar personaliti anda tidak boleh diketahui orang. Haha, tipu! Tipu! Kau tipu aa. Mana boleh kau cuba nak sorok personaliti kau. Kita pakai kasut pun based on our own comfort kan? Mostly, even when someone wears heel for style, kalau mende tu tak sesuai ngan jiwa dan keselesaan dia, sure-sure lambat-laun dia akan tukar heel tu ke flat. Ha, tak caye? Lantak lah nak caya ke tak. Haha.

Heels:


Heels atau kasut tumit tinggi dikatakan terbahagi kepada 3 jenis yakni Stilettos, Platforms dan Wedges. Nak tau apa jenis personaliti wanita berkasut tumit tinggi? Sila scroll ke bawah.


Stillettos

Stiletto mempamerkan gaya yang ekstrem dan penuh glamor. Wanita yang suka memakai stiletto biasanya dikaitkan dengan keyakinan yang tinggi. Kebanyakan dari mereka suka melihat dan merasa dirinya  lebih 'tinggi' berbanding  orang lain (yelah da nama pun heels). Dalam erti kata lain mereka merasakan diri mereka lebih superior dalam banyak hal berbanding rakan-rakan atau teman sekerja (antara kelebihan memakai stiletto ialah anda boleh jadikannya sebagai satu senjata di kala anda mengalami keadaan yang berbahaya). Stiletto mempamerkan gaya yang penuh elegan dan moden bagi wanita yang memakainya. Adakah anda seorang Stiletto? 

Stiletto inspired car

Platforms

Seperti stiletto, platforms juga mempamerkan gaya ekstrem tapi dengan sedikit elemen keselesaan. Dikatakan gabungan antara wedges dan stilettos, platforms lebih selesa berbanding stilettos namun lebih bergaya berbanding wedges. Personaliti si pemakai bervariasi antara si pemakai wedges dan stilettos; selesa dan bergaya. So see you at Platform 9 and three quarters!

Wedges
Si pemakai wedges menampakkan personaliti seseorang yang sangat merendah diri. Mereka ini ialah orang yang mementingkan gaya dan bukannya status. Gaya itu memanglah penting bagi mereka, namun keselesaan didahulukan. Keselesaan memakai wedges tidak akan menghalang si pemakainya daripada melakukan apa jua aktiviti. Kesimpulannya, wedges ialah pelengkap gaya untuk mereka yang mementingkan keselesaan di samping penampilan yang  menawan.


Flats:
Mereka yang sukakan kasut jenis ini dikatakan mempunyai sifat merendah diri, produktif dan aktif. Kasut tumit rata atau flats adalah jenis kasut yang membolehkan si pemakai melakukan apa jua aktiviti lasak tanpa sebarang halangan. Mereka tidak perlu merasa bimbang akan keselamatan ankle (buku lali) semasa melakukan sebarang aktiviti dalam kehidupan seharian. So checkidout on people who love flats, folks!


Sneakers
Sneakers mempamerkan gaya sporty. Si pemakai akan kelihatan bergaya dan selesa dengannya. Wanita yang suka memakai sneakers dikatakan aktif dan suka bersukan. Selain itu, jenis kasut ini juga dikatakan sesuai untuk kaum Adam.



Rubber shoes




Kasut getah biasanya direka khas untuk sukan. Ia selesa dipakai dan sesuai untuk keperluan sukan tertentu (contohnya sukan bola sepak). Kasut getah adalah kuat dan tahan lama dan penggunanya boleh melakukan aktiviti lasak dengan memakai kasut getah. Tambahan pula, ia direka untuk kedua-dua jantina; lelaki dan wanita.


Doll shoes
Comel dan bergaya. Doll shoes atau flats biasanya dipakai oleh wanita yang feminin dan juga aktif. Ia dipakai oleh mereka yang mementingkan gaya dan juga keselesaan. Personaliti si pemakai jenis kasut ini adalah sama dengan si pemakai wedges, namun mereka punyai lebih keselesaan dan keyakinan.


Ha, pilih, pilih mana satu idaman kalbu (nak yang nombor 8!)


Namun, jenis kasut yang dipakai seseorang mungkin dipengaruhi oleh faktor persepsi orang ramai terhadap si pemakai. Dalam erti kata lainnya, seseorang mungkin memakai kasut tumit tinggi kerana dia mahu dilihat sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi. Jadi bukan senang untuk kita menilai seseorang berdasarkan pemakaian kasutnya melainkan kita mengenalinya dengan dekat ataupun kita selalu melihatnya di kawasan kejiranan kita.


And as for me, I am the flat type. Sometimes I opt for wedges if I look for some confidence. Stilettos? No stilettos for me coz I will be non-stable major wearing it. Haha!


That's all. Buh bye.


sumber

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers