Saturday, December 31, 2011

VIVA VOCE


Alhamdulillah. Selesai sudah viva voce yang sangat mendebarkan itu. Aku rasa lega sangat-sangat sebab nightmares aku tak menjadi kenyataan! Apakah nightmares tersebut? Jeng, jeng, jeng...

At first, I thought that I would be asked about the proximate analysis. Kalau macam Aisyah yang buat study pasal cellulose dari hampas kelapa, dia ada buat proximate analysis. Macam untuk aku punyer, proximate analysis sangatlah penting sebab barulah boleh compare end result of the synthesized products dengan initial values from the analysis. Wahahahaw, apa aku cakap nie?

Well, anyway, viva voce dah pun berakhir. Lega tak terhingga. Masa aku present, cam bese la kan, nak tak nak mesti kena hentam. Masa tu Dr Farah ngan Dr Siti yang evaluate aku. Dr Hafez selaku supervisor sekadar memerhati (tapi Dr Hafez ada jugak tanya soalan). Soalan Dr Farah memang agak susah. Dr Farah seakan ingin menduga aku. Kecut lah jugak rase time tu. Hewhew. Mana taknya, surface chemistry nie memang bidang Dr Farah. Hari tu pun masa aku nak interpret FTIR image pun aku pegi refer Dr Farah. And seriously, she really had helped me a lot. Thanks Dr.


Friday, December 30, 2011

SENTAP

Assalamualaikum.

Ehem.


Tadi kitorang ada bengkel latihan industri kat dewan DKU FPQS. Rasa macam berbaloi sangat-sangat coz ada banyak input yang berguna untuk kitorang semua menempuhi fasa baru, iaitu suatu fasa peralihan di mana seorang pelajar akan mula menempuhi alam pekerjaan. Serius tersangatlah nervous untuk pergi LI bulan dua nie. Excited tu ada jugak tapi perasaan nervous to 10 time fold lebih daripada excited. 



Dahlah tadi tak semena-mena aku kena panggil ke depan bagi ucapan. Fuh, siyes neves. Mana taknya tetibe je nama aku dipanggil oleh Prof yang masa tu ngah discuss pasal Ethics and Etiquette masa kat tempat kerja nanti. Entah pape la yang aku cakap tadi. Neves toksah cakap, terketar-ketar tangan. Nampak sangat aku ni takde keyakinan. Sedih ah cenggini. 

Memang sentap jugak lah tadi bile kena tegur tang cara aku berucap. Memang lah mende tu kira cam mock speech, but it felt like being in the real situation when I had to speak in front of other friends from FST and I was so very the nervous and afraid so much! Dah lah aku cakap sambil berjoget-joget makyong. What de...





Ah, biarlah. Biarlah aku kena cakap camtu pun. Biarlah aku kena tegur macam tu pun. Bagus jugak sebenarnya. Baru lah aku tau kelemahan aku and aku patut gunakan teguran itu untuk improve. Bak kata Dr Siti, TAKE CRITICISM TO IMPROVE YOURSELF. DON'T TO BE TOO SENSITIVE. Yes, lets take it from the bright side la kan. Kalau takde orang tegur mana silap aku, tak ke aku akan bawak semua tu masa aku duk kat sana nanti. Lagi lah naya kalau kena tegur ngan orang sana yang ada pengalaman bertahun-tahun keje kat industri. Lagi bertambah sentap. Huhu.

Speak with poise after this, will you?

Ok. Sekian. Selamat menghadapi final exam dan juga latihan industri bulan dua nie.

Thursday, December 29, 2011

MOTIF??

 DINNER AFTERMATH 

ceria-cerialah selalu *walau hati ngah kecut esok nak present thesis*

Monday, December 26, 2011

YAKSOK & YAKUSOKU

Yaksok (Korean) = Yakusoku (Japanese) = promise


"Mark my words, bebeyh!"


I promise to give my all during VIVA this Wednesday. Chayyokk! Ganbattte!! Ganbatte everybody!!!

Saturday, December 17, 2011

tadabbur

Ada satu cabaran untuk anda. Cuba bergerak dengan kelajuan 1670 kilometer per jam tanpa menaiki apa-apa kenderaan seperti kapal terbang, kereta lumba mahupun bullet train. Anda rasa mustahil? Fikirkan sekali lagi.



Aaaah, I don't think I can think

Kalau kita kaji pergerakan bumi pada paksinya, kita akan mengetahui bahawa kelajuan pergerakan bumi dalam sehari boleh mencapai kelajuan sehingga 1670 kilometer per jam. So, apa-apa yang ada di bumi kita nie, tak kiralah manusia ke, gunung ke, bangunan ke, haiwan ke, akan turut sama bergerak dengan halaju yang same. Anda sebenarnya sedang bergerak dengan kelajuan kira-kira 1670 kilometer per jam sekarang, walaupun anda hanyalah sekadar berbaring-baring atas katil sambil main Fesbuk. Kita tak dapat merasai halaju tersebut memandangkan bumi ini adalah satu makhluk yang sangat besar maka pergerakan selaju itu tidak mungkin kita sedari. Disebabkan pergerakan bumi jugalah kita merasai siang dan malam. 

Sebenarnya post kali nie nak cite pasal wonder of Quran. Salah satunya ialah tentang pergerakan gunung-ganang yang diceritakan dalam surah an-Naml ayat 88 yang bermaksud:

"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangka ia tetap membeku, padahal ia bergerak seperti bergeraknya awan (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan..."






Sebenarnya gunung-ganang yang kita sangka statik dan tidak bergerak itu sebenarnya bergerak laju selaju pergerakan awan. Seorang saintis German telah memberi teori tentang pergerakan kerak bumi ataupun benua-benua bumi yang berlaku satu masa dahulu. Kira-kira 500 juta tahun dahulu, benua-benua di muka bumi ini adalah bercantum dan merupakan jasad yang satu yang dinamakan Pangea. Lama-kelamaan, pergerakan kerak bumi menjadikan benua yang satu ini hanyut ke arah yang berbeza, lalu menghasilkan plak-plak yang lebih kecil dan terpisah. Benua-benua inilah yang dapat kita lihat sehingga sekarang. Namun sehingga kini, pergerakan plak bumi masih berlaku setiap tahun dan peristiwa ini menyebabkan perubahan nisbah luas kawasan daratan kepada luas lautan. Benarlah apa yang termaktub dalam Quran al Kareem. Benarlah Allah itu Maha Halus, Maha Bijaksana!

Ilmu yang ada dalam Quran sebenarnya cukup untuk membuat kita bertambah keimanan dengan kekuasaan Allahu azza wa jalla. Kita hanya tinggal mengkaji dan merenungi apa yang tertulis dalam kitab suci ini. Sudah banyak kajian sains yang dilakukan oleh saintis Barat yang telah membuktikan kebenaran dan mukjizat al-Quran. Sesetengah pengkaji malah memeluk Islam selepas mengetahui kebenaran al-Quran melalui kajian yang dibuat.


1) Penemuan sungai air tawar dalam lautan di Cenote Angelita, Mexico

Sungguh membingungkan apabila seorang penyelam menemui sebuah anak sungai yang segar dan tawar airnya di perairan Cenote Angelita, Mexico. Fenomena itu sangatlah menakjubkan kerana air laut yang masin dan air tawar itu langsung tidak bercampur. Seolah-olah ada batasan yang menghalangi mereka daripada bercampur.




“ Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Fenomena air laut dan air sungai yang tidak bercampur sudahpun diceritakan oleh al-Quran. Kajian ini telah membuktikan bahawa al-Quran adalah kitab yang benar. Pengkajinya iaitu Jean Jacques Costeau, seorang saintis Perancis terkenal yang juga seorang penyelam, dikatakan telah memeluk Islam selepas mendengar ayat ini.  Walaupun ada dakwaan yang menafikan beliau telah memeluk Islam, penemuannya tetap membuktikan kebenaran al-Quran dan ini merupakan sesuatu yang jelas lagi nyata. Bagi saya sendiri, ada kemungkinan besar beliau sudahpun memeluk Islam, dan dakwaan bahawa beliau tidak pernah memeluk Islam hanyalah sekadar propaganda yang direkayasa oleh pihak tertentu. Wallahuallam.


Cousteau.jpg


2) Kajian firaun Ramsess II membawa kepada pengislaman Prof Dr Maurice Bucaille




"Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." 
(Yunus: 92)

Dr Maurice Bucaille merasa takjub apabila kajiannya menunjukkan mumia Firaun Ramses mengandungi sisa garam yang banyak dalam tubuhnya. Namun, yang masih menjadi tanda tanya ialah bagaimana mayat Ramses tidak hancur dimamah usia berbanding dengan mumia-mumia yang lain. Apabila beliau merujuk kitab Injil dan Taurat, tidak pula disebutkan tentang bagaimana mayatnya diselamatkan. Namun apabila beliau merujuk kepada ilmuan Islam, beliau ditunjukkan ayat 92 Surah Yunus yang menunjukkan bagaimana Allah yang telah menyelamatkan tubuh Ramses untuk dijadikan pengajaran kepada manusia.

Dr Bucaille merasa takjub bagaimana Rasulullah saw mengetahui kisah yang berlaku ribuan tahun sebelum zaman baginda mengenai terselamatnya mayat Ramses, pemerintah Mesir yang kufur. Baginya, mustahil bagi seseorang yang berada pada zaman Rasulullah di mana tiada alat-alat yang canggih untuk mengetahui dan mendalami tentang perkara ini. Semestinya ayat itu datang dari sang Pencipta. Alhamdulillah, Dr Bucaille pun mengucap syahadah dan memeluk Islam.


3) Professor dari Thai masuk Islam selepas kaji kulit manusia

Daripada surah an-Nisa' ayat 56 yang bermaksud:

"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami, Kami akan campakkan mereka dalam api, berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. Kami akan ganti  kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka merasakan azab, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana..."



Mahu tahu macam mana pengkaji dari Thailand ni masuk Islam? Nantikan sambungannya.


Subhanallah, hebat kuasa Allah!

*tengok kucing pun tau nak memuji Allah. kite????*



Sunday, December 11, 2011

:: KISAH MALAM SERIBU GERHANA ::


Tersebutlah sabuah kisah lima sekawan yang tegar menikmati makan malam di sebuah tempat yang tidak asing lagi...


Sedang mereka melakukan adegan usik-mengusik, lain pula perihalnya dengan seorang makhluk Allah yang satu lagi nie


Hm, baru kusedar tahap keboringan melampau setelah 5 kali makan kat sini. Ngehe~




Foto setelah hampir 2 jam melantak





.
.
.
.
.
.
.
.
Serius semalam baru kami sedar yang kami bukan lagi pemakan steamboat tegar! 

*sila siapkan thesis sekarang jangan sampai termuntahkan sotong kiut*


K'BYE

Wednesday, December 07, 2011

cramped

cramped. jammed. cramped. 

jammed cramped!

yes. that may describe me the best right this moment. 




now, i got lotsa things in my mind. jeng kreng bak kata orang ganu la (entah dari mana datang perkataan jeng kreng pun aku tak tau. maybe gabungan jammed+crammed kot)

phuh *exhaling loudly*

banyak betul masalah sejak dua menjak nie. 2 bulan nie sangatlah mencabar dan akan jadi lebih mencabar dalam masa terdekat. 

aku pasti yang semua orang tengah struggle gila-gila punyelah nak siapkan thesis. it was very the hectic week. seme kerja pakat nak kena pulun dalam satu masa. aku lagilah. banyak benar problem-nye.

skang nie aku confuse camne nak interpret graf FTIR. dalah Dr Farah cakap aku kena pegi balik UKM dapatkan graf absorbance instead of transmittance. mende tu bukan masalah sangat kalau bukan kerna kekangan masa yang kami sedang hadapi skang nie. Dr pun cakap yang aku kene try guna KBr instead of ATR sebab aku punyer spectra is very the broad maka susahlah bagi seorang aku untuk meng-interpretnya. you got what i mean?

and at the same time, i have to deal with EMERY OLEOCHEMICALS for the industrial visit. surat permohonan lawatan da pun diluluskan tapi tarikh lawatan tak leh nak tetapkan lagi. Prof Norita da siap tanda dah kat notebook beliau yang lawatan tu on pada 7 hb 12 walhal sudah terang lagi bersuluh yang EMERY memang tak bagi pun lawatan on 7th disember. ngahaha. punyelah aku nyanyuk and serabai semalam sampai lupa nak cakap kat Prof Java kitorang tu yang 7 hb tu memang tak dapat. paling kaw-kaw pun lawatan tu bleh buat on 12th disember je lah kot. tu pun tak pasti gak. dan uncertainty inilah yang sedang menjerut aku skang nie. lemas rasenye.

maybe dalam 2-3 minggu akan datang akan ada lebih banyak test wa mid semester test. reactor design da ada test selasa depan. khamisnyer pulak ade test halaqah. minggu sekali lagi most probably ade test Dr Che Wan. ngaaaaa! meraung tak berirama lah jawabnye.

Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang lemah ini. Huhu *crying in vain*

Sunday, December 04, 2011

darah HIV dalam PEPSI

GEMPAR!!

Ini berita yang mengejutkan. Petang tadi masa aku blogwalking, aku terserempak dengan artikel yang duk cerita pasal air minuman bikarbonat yang dicampurkan dengan darah HIV! Aku agak kaget tapi masih dapat bertenang. Sebab bukannya aku selalu minum PEPSI ngan COCA-COLA, apatah lagi MIRINDA. Air-air cenggitu memang tak elok coz kandungan gula yang tinggi boleh bagi kau kencing manis. Lepas tu masa aku duduk-duduk time makan malam tadi depan TV, kawan aku ada keluarkan satu bunyi, 


"Eh, korang ada dapat tak mesej pasal air PEPSI ada darah HIV?" 

Aku pun geleng-geleng. Kawan-kawan aku yang lain pun same. Pastu perbincangan tiba-tiba je jadi hangat sebab cerita pasal darah HIV dalam air minuman sebenarnya dah disiarkan di berita NTV7. Aku pun teringat balik apa yang aku terbaca kat blog tadi. Oh, benar rupanya berita itu.Ingatkan rumours yang tidak berasas. Mujurlah aku tak suke minum mende-mende camtu. Alhamdulillah.

So, lepas ni, jangan minum PEPSI, COCA COLA, TROPICANA JUICE, SEVEN UP and lain-lain minuman yang sewaktu dengannya kerana apa? Kerana mereka sudah dicemari dengan kuman HIV. Nauzubillahiminzalik. Sebar-sebarkanlah berita nie. 




Say NO to PEPSI and COCA COLA!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pesanan ringkas dari Encik Nichkhun kite

Saturday, December 03, 2011

oh tulang

Krak, krak. Telingaku menangkap bunyi berkeriuk. Bunyi itu amat jelas sekali. Mendengarkan bunyi itu setiap kali aku menggerakkan tanganku, aku menjadi runsing. Aneh sungguh rasanye. Adakah tulang aku sudah jadi semakin lemah? Apakah tulang aku sedang mereput dimamah bahana kopi minuman harianku? Oh Tuhanku, aku tak nak reput tulang. Tolong aku Ya Allah. Looks like my bones are running out of time and most importantly, calcium! Umur 22 tapi badan cam orang umur 82 tahun. Malang sungguh rasenya. Hmmm...








p/s: bilalah agaknya kau nak stat minum susu instead of coffee??



of PD and Malacca

Hye and assalamualaikum my lovely readers.

Haha, tajuk pasal PD ngan Melaka tapi gambar semua kat Melaka je kot. Well, kita merancang, Allah yang menentukan iya dop? Mulanya, kitorang plan nak mandi laut kat PD sekali ngan naik banana boat. Namun apakan daya, cuaca tidak mengizinkan kami untuk main banana boat. Angin tersangatlah kuat dan air tersangatlah deras. So, takde sebab untuk kami turun ke laut. Alas, ruginya. Melepas lah aku nak merasa naik bot pisang tu. Dalah seme cakap seronok. Bukan rezeki kami la tuh. Alahai..... *lament*

Okay. Oleh sebab plan A tak jadi, maka ke plan B la kita jawabnya. Kami kemudian bersepakat untuk jalan-jalan ke Melaka. Woh, dari Nilai ke PD lalu ke Melaka. Memang berjalan sakan lah korang. 

Ada rase cam duk kat *obersea dop?? (*oversea)



Eh, silap la. Before jalan-jalan, kitorang sebenarnya singgah kat rumah auntie Athirah jap. Huhu.

Ni masa singgah kat umah Mak Long Athirah. Dapatlah minum petang sekali ngan makan kuih. Heaven woh. 


Bergambar kenangan dengan Mak Long Athirah yang tersangatlah peramah dan selamba


Then barulah kitorang pegi jalan-jalan di Bandaraya Melaka bersejarah. Happy moments with these happy peoples were captured for memories. Dang, you all are too delicious lah!



Camwhoring dengan keretapi zaman British *amboih, hepi bebenor*

Kami pramugari handalan sedia berkhidmat untuk anda!! *cuba cari ibu mengandung XD*

Water mill yang very the huge and very the beautiful lah

Hepinya engkau Jah


Please jangan ditiru aksi kami yang sempoi bersiar-siar sakan hanya dengan memakai selipar rumah je. Hahaha.


Masa kitorang lalu satu gerai yang jual topi, kitorang pandang-pandang je sambil bisik-bisik "Eh, jom amik gambar ngan topi," walaupun kitorang tahu mustahil la kan vendor tu nak bagi pinjam topi-topi tu untuk ambik gambar. Tapi dengan tak semena-mena dan tiba-tiba je, abang tu pun perasan pastu cakap "Nak amik gambar ke? Boleh je," Waaaaaaaaah, mestilah nak!! Apa lagi, seme pun cepat-cepat amik topi and laju je amik posisi masing-masing untuk bergambar. Hahaha, funny LOL.

Smile~

Gyeopta. Neomu yippo miinaahh!
(You are all beautiful ladies)


Menara Taming Sari. Rupa da macam Space Shot yang sangatlah terrifying and horrible kat Genting tu. Melepas nak merasa tengok pemandangan dari atas menara nie coz kitorang kejar masa nak makan malam pulak. Huhu. 

Punyelah ralit berjalan-jalan, sedar-sedar dah Maghrib. Tak elok anak-anak perempuan duduk luar time senja-senja ni. Banyak setan, bak kata orang tua-tua. Maka, ke suraulah kami semua untuk solat Maghrib.



Lepas solat Maghrib, kitorang plan nak gi naik cruise. Mulanya aku cam tak nak join tapi dah semua dah pakat nak ikut aku pun join je la skali *elemen consensus di situ*. Bak kata Ira, bila lagi nak merasa kan? Betul jugak ye.



Akhirnya dapatlah merasa naik cruise di sepanjang Sungai Melaka tu. Bayaran RM10 sekepala. Berbaloi la jugak sebab dia pusing 2 round. Dalam 40 minit cam tu la kitorang dapat enjoy pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Best lol. I tot at first macam bese-bese je cruise nie. Last-last kau sendiri yang takjub ngan view kat situ. Haha. Yang paling cantik aku rase la, bangunan yang bercat putih yang ade tangga berpusing tu. Memang nampak unik and classic. Dala dia punya lukisan cam real giler. Ternganga la sekejap. Ngehehe.

Cantik la gambar ni Ema. Give a clap peeps, give a clap.

Pemandangan malam kat Melaka River Cruise ni memang cantik. Dengan limpahan cahaya neon dan juga LED, suasana memang meriah sangat-sangat. Sukenye. I loikee (credit to Ema)



Kami yang di-compressed and di-squeezed


Best la jugak dapat naik cruise ngan kawan-kawan yang happening cam korang. Thanks korang. XOXO

Dah lepas naik daratan pun boleh pulak nak mintak abang bot tu tolong amikkan gambar kat jeti. 
Memang sempoi.

Lepas semua dah penat amik gambar dan jalan-jalan, perut semua dah berkeroncongan. Maka bermulalah satu misi dan ekspedisi untuk mencari makanan. Actually kitorang dah plan nak makan ikan bakar kat Melaka nie coz ramai yang cakap sodap. Disebabkan masa dah dihabiskan di cruise, kami makan malam pun memang agak lewat la. Perut pun da masuk angin da.


Menikmati makan malam (ikan bakar) di Restoran Muara Duyong 



Sedap betul ikan bakar tu. Meleleh air liur. Pergh!


Lepas makan-makan, kitorang pun bertolak pulang. Unexpectedly, pukul 1 pagi baru sampai rumah! Semua kepenatan. Semua cepat-cepat mandi pastu cepat-cepat masuk tidur. Berakhirlah sebuah perjalanan 10 gadis daripada Nilai ke PD lalu ke Melaka. Syukur dapat pergi dan pulang dengan selamat. Thanks to Dzilal dan Farah yang memandu dengan sabar. And thanks to Athirah and Ema for capturing such wonderful memories. And thanks also to Farahiyah for the sweet and sour asam that cured the queasy me along the way to Melaka. Thanks a lot for that really had controlled that squeamish nature of mine. Huhu. I heart you all bebeh. Muah!

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers