Sunday, January 22, 2012

Rahsiakah Resepimu

Makan untuk hidup. 

Itu prinsip orang ramai di luar sana. Tapi prinsip aku terbalik, hidup untuk makan! Wahahaha. So tanpa segan-silu, malam nie aku akan mengepost lagi entri pasal makanan. Makan, makan, makan. Makan je kerjanya. Well, bila lagi nak perabih duit kalau bukan sekarang. Lagipun, ni kiranya dah minggu terakhir kitorang bersama tempuhi segala onak duri ranjau berliku (eceh). So mestilah sama-sama bermurah hati mengosongkan poket sendiri untuk menggembirakan hati masing-masing. Kenyang perut suka hati. Okay, jangan banyak bunyi. Let's roll it!



Ini namanya Thai Seafood Spaghetti. Rege mahal. Rupa cantik. Namun aku hanya mampu mengeluh sebab rasenya tak se-vavavavoom harganya dan rupanya. Macam megi goreng je kot. Huhu. Tapi sebab ade seafood je lah aku order mende nie. Takpelah kan? At least kenyang. AT LEAST.


Ini Lasagna Beef. Sedap. Ade cheese and of course ade daging. 
Harga pulak lagi murah daripada aku punyer spaghetti seafood tuh. Beruntung Gecko. Cis.


Beverage ter'hebat' alaf ini. Haha. Sarcastic di situ. Aku punya kopi ialah Espresso with Macchiato. Gecko order Espresso con Panna. Ingatkan rege 5-6 ringgit dapat la cawan besau-besau, last-last dapat cawan kecik tueekkk. Pahit pulak tu. Mesti malam ni tak tido lah aku. Tobat dah lepas ni tak nak order espresso dah. Aku kalau latte atau cappucino okay la kot. Mocha pun boleh gak. Espresso? No more.

Bye bye espresso, bye bye...

Tadi kitorang keluar sebenarnya berhajat nak habiskan voucher buku RM200. Tapi buku-buku kat kedai buku Popular dekat Giant tu macam tak best je. Tak berselera pulak nak membeli buku walhal voucher beratus-ratus masih belum digunakan. Apakan daya kalau memang dah malas membaca buku macam tulah jadinya beribu batu alasan kau beri. Takpelah. Ade masa pegi MPH aku beli la buku.




No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers