Thursday, March 01, 2012

Pigging

Macam-macam istilah aku jumpa bila da masuk praktikal nie. Antaranya ialah pigging. Pigging? Apa kebendanya tu? Khinzir? Meng-khinzir? Mengkhinzir buta? Atau pengkhinziran?? Dulu pernah dengar masa lecture metallurgy pasal pig irons. Tapi kat sini mana ada buat metallurgy. Hm, confused la jugak....

Blurred, but still happy

So apalagi, kenalah tanya akak-akak wa abang-abang engineer, tak pun surf je la. Lepas mengorek info sana sini, dapatlah serba sedikit maklumat berguna tu. Huhu. For your info, pigging sebenarnya adalah satu proses menggunakan alat yang bernama pig a.k.a khinzir. Dah tu, dia guna khinzir ke dalam site? Najis kot! Adakah ia sekadar metafora? Bukan, ini kenyataan. Memang ‘babi’ yg digunakan. *oops maaf, pencarutan tak dapat dielakkan*

Pig atau B.A.B.I (eja je tau, jangan sebut) ialah alat yang digunakan untuk mencuci pipelines. Pipelines ni kan, bila dah lama digunakan untuk transfer liquid whatsoever, mesti akan ada scale (deposit). Ala, macam gigi kita gak, ada scale. Dah bertahun-tahun hidup macam-macam jenis makanan masuk ikut mulut so macam-macam benda dah terkumpul kat gigi lalu jadi scale (tahi gigi). Sebab tu kena selalu pegi jumpe dentist buat scaling nak buang tahik gigik, iye dop? Kalau tak, mau nye gigi kau busuk bersepai ngan tahi. Ew!


Okay back to business. Scale dalam piping systems ni pulak boleh akibatkan clot (proses penyumbatan) berlaku. Yang paling teruk sekali, scale ni berkemungkinan membawa kepada pengaratan. So sangatlah penting si pig ni digunapakai untuk tujuan mengeluarkan dan membersihkan sisa-sisa yang terlekat di bahagian dalam piping itu agar perjalanan fluid menjadi lancar. Once the scale is removed, maka akan terjaminlah integrity of pipelines (elak berkarat yang boleh membawa kepada failure). Faham anak-anakku sayang?


Kegunaan lain adalah untuk inspection of pipelines, yakni si pig ni akan digunakan untuk memeriksa keadaan pipelines samada dah berkarat atau tak. Pig ni gak berfungsi untuk mengukur ketebalan pipelines. Pipelines yang berbeza ketebalan nya boleh menahan pressure yang berbeza nilai. Kalau pipelines tu makin kurang ketebalannya, mestilah nak kena ganti menda tu. Hebat kan si KHINZIR, besar peranan dia dalam maintenance sistem paip dalam industri. Kekekeke.

Actually, orang bagi nama dia PIG sebab bila alat nie digunakan, dia keluarkan bunyi ala-ala khinzir menguak (betul ke tak perkataan menguak utk khinzir) hish susahlah eja khinzir!! Teori lain ada mengatakan bahawa alat ni digelar sebegitu rupa sebab ia merupakan singkatan kepada Pipeline Intervention Gadget. Nak tau camne rupa si Pig tu?




Ha, ambik kao!! Nampak tak menda warna putih tu? Besar gedabak PIG nie. 
Boleh sampai bertan-tan kot menda alah nie.




Aku bagi korang tengok PIG yang kecik plak. Ni ha...


Comey skit kan?


p/s: aku rasa aku dah pernah buat pigging nie, masa aku cuci bahagian dalam tube furnace yang tersumbat ngan activated carbon. Aku guna rod besi mase tu.



Tu lah dia, cerita pasal PIG. Harap perkongsian ini bermanfaat. Sekian assalamualaikum. Salam sayang dari Jannah

2 comments:

eencyweency said...

terigt cg zul pasal perkataan menganjing yg ptt tuko jd mengucing ble bace pigging ni..heehe

little ain said...

wush. kiranya smua kerja2 pigging ni non muslim la yang buat?

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers