Wednesday, May 23, 2012

aloeffect

Alahai perut...

Hari ni, perut aku meragam gila-gila. Daripada semalam aku dah stat rasa that slight bowel movement indicating the urge to go to toilet, tapi bleh relax lagi. Pastu bila bangun pagi, aku minum 5 sudu Aloegel. On the way nak pegi keja (dalam pukul 7.15), perut aku sakit. Argh, sakitnyer! Dahlah aku tengah drive. Pastu sakit tu hilang. Dalam beberapa saat je dia memulas. Mujur.

Selesai bab 1.

Then aku pegi breakfast makan roti kosong ngan roti bom. Sedap gila. Lupa sekejap perihal sakit perut. Lepas makan and bila nak masuk ofis, aku sampai terduduk sekejap sebab perut sakit lagi. Lebih violent daripada tadi. Lalu dengan cepat kaki melangkah ke toilet tanpa menoleh ke belakang lagi.

Selesai bab 2.


Kemudian, masuklah ofis. Lepas dah buat kerja sikit, sakit itu menyerang lagi! Argh tidak! Ke mana lagi harus kutuju jikalau bukan ke tempat syaitan suka. Terpaksalah bertemankan tempat yang kotor lagi jijik itu untuk hari ni dek kesakitan yang dialami (anyway toilet kat sini bersih bersinar okay?)

Selesai bab 3.


Aku pun duduk lah dekat kubikel aku tu sambil buat kerja-kerja yang diamanahkan supervisor. Tibe-tibe, sakit perut tu datang pulak. Kali ni menjalar sampai ke ulu hati. Sakit gile. Ya Allah, hanya Dia yang tau sakit tu macam mana. Sampai rasa cam nak balik rehat kat umah pun ada. Ingat nak amik emergency leave je. Tapi nak drive balik pun tak mampu rasanya. So, bertahan je lah.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, dah tengahari. Walaupun aku selalu lapar even before waktu tengahari, I didn't bother to eat today. Sebab kesakitan itu meragut nafsu kelaparan aku. Sampai tak boleh nak telan nasi time lunch. Gilo. Lepas tu aku beli lotion pati halia untuk redakan sakit ni. Harap2 berkesan lah.


Adomak, sakit nye perut!

p/s: aku rasa aloegel tu bagi efek la kat aku. harap-harap Allah izinkan aku sembuh dengan ubat nie. 


No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers