Sunday, May 27, 2012

Makhluk kurang ajar


Penat jugak semalam. Pegi 2 buah kenduri kat kerteh and dungun. Memang meriah la kan, nama pun kenduri. Zaman-zaman cuti sekolah nie lah ramai yang nak buat kenduri nikah bagai. Senang. Ajak lah sedara-mara konpem datang walau seceruk jauh mana pun mereka berada.

Dalam pukul 10 malam camtu, aku sampai umah after makan dinner ngan dzegecko (whatde?) Aku pun landing la atas katil bercadar pink ku itu (ceh jiwang cam bapuk).

Dalam pada enak-enak ber-landing, tiba-tiba mata aku terpandang sesuatu yang sangat menyakitkan hati. Argh, tidak! Dia berak lagi! Selalu je dia berak atas katil aku. Geram nyer!!!!

Fgdfssbcvasxaegdghahgxjjxkayue!!!!!!!!!!!

Kucapai secebis tisu lalu menyapu cebisan tahi yang jijik lagi menjijikkan. Dahlah tahi tu lembik, sah-sah baru habis membuang. Kurang asam. Orang dahlah penat. Dia nak menambahkan penat aku pulak. Cadar pink kegemaran tu wajiblah dibasuh. Penat la. Selalu je jadikan katil aku tu jamban dia. Ya Allah, aku benci spesis cicak rumah camni. Memang patut lah sunat membunuh cicak-cicak bajingan ni. Hesh. Bikin panas jer.

Ko ingat ko comel ke?? Berak merata-rata. Cis!

p/s: tapi bestie aku pun cicak. Tapi dia tak macam cicak rumah. Dia cicak ada kelas (hahah!)



2 comments:

Ayuni said...

x suka cicak jugak...

Erma Fatiha said...

lawak ah ko ni

go gecko go !

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers