Saturday, July 21, 2012

Of Bless and Alter Ego

*picture durian yang baru dibeli*

Ku teringat lagi peristiwa semalam apabila seorang aku mengeluh saat melabuhkan punggung di dalam kereta abah. "Busuknye bau durian!" sambil menekup hidung. Memang aku kurang suka durian. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab baunya yang terlalu kuat sehingga susah untuk mengelakkan diri daripada terhidu baunya yang kadang-kadang masih boleh dikesan hingga beribu batu  jauhnya! Persetankan exaggerating statement itu. 

Di rumah, aku melihat abangku memakan durian dengan penuh berselera. Dalam hati terdetik, "Eiii, sedap sangat ke durian? Dah lah busuk," Kejam betul judgment aku. Dah nak buat macam mana memang kenyataan la kan durian busuk. But the problem is it becomes wrong when you ridicule other's right to indulge the kelazatan of durian coz it's personal preference. If you tak suke, tak payah la nak makan. And pada masa yang sama, tak payah nak kutuk-kutuk kegemaran orang lain, kan??? Take it or leave it.

Namun, nak dijadikan cerita, petang tu aku rasa nak makan durian (tiba-tiba). Pastu ayahku mengoyok a.k.a mengopek durian tersebut. Pada santapan ulas yang pertama, aku terpesona. Wow, sedap jugak durian nih!! Lalu tangan kanan laju mencapai seulas lagi. Berselera tak pasal-pasal. Hahaha.


Then , aku try nak ambik ulas ketiga. Dah habis?? Argh!!!! Sebelum ni bukan main cakap tak suka durian, busuk la, ape lah. Last-last aku makan dua ulas pun tak cukup. Sedih lol. My alter ego suka durian rupenya. Tehee~

Lalu, aboh dengan inisiatif seorang bapa mithali, telah ke kebun kami di ceruk sana bersama spouse-nya. Tanpa disangka-sangka, berbondong-bondong motorsikal yang keluar dari kawasan kebun sambil membawa durian berbakul-bakul banyaknye. Daebak! Lalu ibu dan ayahku membeli durian dengan harga yang amat berpatutan and membawa balik ke rumah. Hepi rasa hati melihat longgokan durian yang gebu dan menggiurkan tersadai di dapur. Kecur air liur ramadhan ku. Ahaks!

Aboh siap panjat pokok durian kat kebun kami untuk memetik beberapa biji durian Bangkok yang hampir gugur. Mujur pohonnya rendang, kalau la pohon tu tinggi, naya nak kena panjat. Kalau jatuh, sakit. Menangis tak berlagu la nampak gayanya. Huhuhu.


Rezeki bulan puasa. 

4 comments:

pena rozie said...

Tahun ni tak tahu kenapa. Bagai mengiler makan durian....

Ayuni said...

Salam Ramadhan!

Yusro Abd Fatah said...

Sgt ske durian. haha.. tpi pantang a dgn org yg ske kutuk mkanan. tak ske diam je la.. -_-

Jαnnαhツ said...

sy kurang suka durian tp lau ada mkn jer... hehe


salam ramadhan juga!!!


betul tu, yus. aku pun kureng suke lau org kutuk mknn lagi2 masa tengah mkn. terasa woooo....

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers