Wednesday, July 25, 2012

SERIAU

Tadi masa ma aboh balik umah semayang Zuhur, aku duduk ngan ma kejap borak-borak kosong.  Eh, nak kata kosong tak jugak sebab topik yang dibincangkan memang berisi dan paling penting, bisa buat kamu rasa seriau.

Ma cite kat aku tadi, beliau cerita kat sorang ustaz pasal gangguan kat umah kitorang nie. Sebabnya kitorang dah beberapa kali mengalami peristiwa aneh selama mendiami rumah nie. Ayah aku pernah nampak 'ma' jemur kain malam-malam walhal ma cakap dia tak keluar pun malam tu. Adik aku Deyn tu, cakap pernah nampak orang berbulu kat pintu cengal umah kami. Pintu cengal tu lah yang pernah melukakan jari aku. Masa tu aku terkepit pintu time main bola sepak time kecik2 dulu (takde kaitan dengan gangguan rasanye).

Deyn pernah cakap, ye nampak ada lembaga hitam masuk bilik ma abah aku. Seriau nyer! Meremang bulu. Alhamdulillah, setakat ni aku tak pernah nampak la menda-menda tu. Maunya boleh pengsan 3 hari 3 malam. Ma ngan abah pun pernah cakap diorang macam kena kacau malam-malam. Macam-macam mimpi pelik time tidur (yelah mana ada mimpi time tak tidur). 

And as for me, aku memang akan rasa kehadiran menda tu bila aku sorang-sorang. Kadang-kadang dengar macam derapan kaki seseorang berjalan atas lantai kayu walhal aku sendirian time tu. Meremang bulu roma! Masa tu barulah ingat nak pasang ayat quran kuat-kuat kalau boleh nak kasi bergegar rumah. Adik aku si Koyah plak cakap pernah kena tindih. Macam-macam. Baru-baru ni, aboh cakap dia dengar macam ada sesuatu ketuk siling bilik air. Degang!! Kuat bunyinya. Atas dasar husnu zzon, ma aboh conclude tu bunyi musang. 

Hari tu masa sepupu aku datang umah, ada 'sesuatu' menarik tangan isteri sepupu aku masa diorang lalu kat pokok nyior depan rumah kitorang. Menjeritlah dia sebab tergezut. Aku takdop masa kejadian berlaku, and ni pun aboh yang citer. Seriau lagi!

Okay. Kita sambung balik cite pasal ma borak-borak ngan al-ustaz. Ma pun cakap la nama anak-anak dia satu demi satu. Pastu ustaz tu ambik tasbihnya and maybe dia baca sesuatu sebelum berkata, "Suami awak, dan dua orang anak awak yang terkena gangguan tu,"

Lebih kurang macam tu la. Aku paraphrase je. Ustaz tu cakap aboh kena sakit-sakit sendi. Dia cakap anak ma hok nama Nor Jannah tu sakit perut sokmo (seriau bila terpikir camne ustaz tu bleh tahu!!) Sorang lagi nama dia Noruddin. Babtu la adik aku tu sokmo nampak kelibat menda2 tu. Astaghfirullah!

Tak tahu la ilmu apa yang dia pakai, harap-harap ilmu yang benar la. Bila dengar ma cite gitu, aku pun rasa ada logiknya. Dah lama aku menderita sakit perut. Dan dah banyak cara aku buat demi nak ubati menda nie. Tak satu pun bertahan lama (kecuali aloegel tapi tak sanggup beli lagi coz mahal). Aku minum air banyak, makan buah, makan itu makan ini, memang susah nak betul-betul atasi masalah perut. Kalau orang lain, senang je nak ilang sakit perut. Aku? Hanya Allah yang tahu penderitaanku. Huhu.

Ma cakap ma nak cari ubat untuk gangguan ini. Insya-Allah akan selamat. Ameen.


takutnyer....

2 comments:

erma fatiha Muhammad said...

ye ke jannah?

skang mcm mane?

try berubat ngan ustaz syarhan

erma fatiha Muhammad said...

ye ke jannah?

skang mcm mane?

try berubat ngan ustaz syarhan

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers