Friday, August 31, 2012

Mengapa tidak mesra pelanggan?

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cakap pasal attitude sesetengah orang Melayu yang meniaga. Sepanjang hidup aku selama 23 tahun atas muka bumi Allah swt ni, berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakan daripada peniaga-peniaga berbangsa Melayu ni tak berapa nak mesra bila melayan pelanggan. Aku anti betul dengan orang macam nie. Bagi aku, kalau nak meniaga, kau kena tau cara layan pelanggan dengan betul. Tanpa pelanggan, takkan ada peniaga. Without demands, there would be no supply. Got it? 

Kenapa ramai orang Melayu yang tidak mesra melayan pelanggan saat pelanggan singgah untuk beli barang atau dapatkan servis? Kenapa kalau kita bandingkan dengan orang Cina, mereka lagi mesra dan murah dengan senyuman? Orang Cina ni, bukan je pandai dan rajin meniaga, malah bila datang bab melayan orang ni memang tak celen ah ngan orang Melayu kita. Nape ek? Give me some answers that I can fathom in my thick head. 



Selalu je bila aku pegi kedai Melayu and Cina (same service), aku boleh compare. It just can't be helped coz it's easy to compare and it can be compared. Kalau orang Melayu, tak senyum pun kat aku. Kalau Cina, Ya Allah, baik gile kot. Dengan senyumnya, dengan layanan hebaknya. Isk isk. Orang Melayu? Hampeh.

I can't escape from being a judgmental person. Because they deserved such judgment. Sometimes, bila  aku tengok mak ayah aku singgah nak beli something kat gerai contohnya, tukang kedai tu macam endah tak endah je. Jawab tak jawab. Don't they know how to treat people nicely? Don't they know that customers are the ones who bring them money? Think, please!!

Kadang-kadang diorang suka menyindir pelanggan (aku pernah kena yang nie). Sumpah menyampah gile. Tak payah la nak sindir-sindir. Pui. Ada gak yang suka buat muka kat pelanggan, muka macam tak ikhlas layan orang. Bagi aku orang macam ni memang tak patut meniaga. Baik gulung tikar saje. Hahaha.

Bukannya susah nak bagi senyuman kat pelanggan. Bukannya kena bayar untuk senyum. Malah kau dapat pahala kalau senyum kat orang. Senyum kan sedekah. Senyum membawa kegembiraan dalam kehidupan. Maka senyumlah anda sebelum anda disenyumkan. Kekeke...

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers