Wednesday, August 01, 2012

Perhaps the most Hapless Mishap


Hajat di hati mau menolong ibu memasak nasi ayam terbantut seketika disebabkan oleh satu kejadian yg tidak diingini. Masa tu aku tengah panaskan periuk nak buat sup ayam. Aku terlupa bahawa periuk itu tidak memerlukan api yang kuat untuk memasak. Cukup hanya dengan api saiz medium sahaja. Namun dek kerana mahu cepat, aku kuatkan api. Lalu, terjadilah bencana yang sangat dahsyat.

Sebelum aku tuangkan minyak untuk tumis bawang, periuk tu memang da stat buat hal. Dia bunyi mcam ‘lepom!’ beberapa kali, mungkin kerana api terlalu kuat. Maklumlah, bontotnya nipis. Mana nak tahan dengan suhu tinggi. Aku pulak memang jenis absent-minded dan keras kepala mau cepat siapkan nasi ayam itu. Lalu, dengan confidentnya, aku menuang minyak ke dalam periuk itu. Dengan tidak semena-mena, api kuat menyambar minyak! Ya Allah!!




Aku dah panic. Tak pernah mengalami kejadian aneh ini. Minyak dalam periuk seakan terbakar (memang terbakar pun). Pastu, aku dah kalut. Hah, sudoh!! AKu dengan bendulnya melulu kea rah sinki dan mengisi mangkuk dengan air paip. Lalu dengan langkah kaki yang cemas tangan pantas menuang air ke dalam periuk dengan harapan api akan padam. Subhanallah, bukan nye padam, malah merebak makin besar!!! Sampai nak sambar fume hood dapur tu. Aku makin panic dan kecut. Habis la aku.

“Rah, cepat panggil ma aboh! Kata periuk terbakar!!” Aku jerit kat adik aku yang masa tu baru sampai umah dari skulnya. Macamlah mak ayah aku bleh tolong. Maunya terbakar dulu satu dapur. Aku cepat-cepat cari kain buruk and basahkan bawah air paip. Aku gumpal-gumpal kain buruk tu lalu aku lempar masuk periuk yang tengah marak ngan api. Fuh, at last dia terpadam jugak. Lega….

It was so dangerous. So lame yaw! My father even scolded me for the mishap. 

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers