Monday, September 17, 2012

Arthropoda Bercili

Assalamualaikum peeps.



Bersempena dengan entri ke-500 blog ku yang tidak lapuk ditelan zaman ini, aku berbesar hati malah bersukacita untuk meraikannya dengan memasak hidangan arthropoda bercili. Arthropoda atau nama melayunya, ketam telah dibeli oleh ibuku di pasar Chabang 3 setelah aku beria-ia nak makan ketam nih lantaran diriku mengidam tak pasal-pasal mengalahkan ibu mengandung. Walhal tuan empunya badan sudah terang nyata lagi bersuluh mengidap penyakit sinus a.k.a resdung yang semi-kronik (okay sile bersedia untuk menggaru kulit gatal). Boleh pula hidangan ketam yang menjadi pilihannya. Malah ketam dibuktikan mempunyai kadar kolesterol yang tinggi yang mana penggemarnya berisiko besar mendapat obesiti dan tekanan darah tinggi jika tidak mengawal pengambilan makanan laut nie. Sila bersedia buat tekan tubi 100 kali sehari.



Okay back to the topic of cooking crabs. Em, sebenarnya aku tak pernah masak ketam (lols). Seumur hidup penah makan ketam je. Pegi makan steamboat kat MARDI Serdang pun tak pernah nak menjamah ketam. Cerewet sangat la nak makan ketam. Kau kena ada alat pahat dan penukul bagai baru senang nak extract isinya yang cekediput. Tak pun bersedia lah dengan ubat gigi Colgate ataupun Safi sebab gigi mesti haruslah kuat untuk menggigit cengkerangnya yang tebal tuh. Hahaha, ok tak lawak.



Mula-mula goreng la ketam nie. Goreng separa masak. Hewhew.



Kemudian, kumpulkan ketam atas pinggan nih. 



Nampak macam banyak, tapi bile makan tak puas pun. Isi sikit oh.Wuwuwuwu. Lepas tu, tumis la pes yang dah dibuat tadi (bawang merah + bawang putih +  halia + lada kering). Bila dah pocah minyak, masukkan sos tiram and sos cili. Masukkan garam and air asam jawa. Tunggu sekejap biar dia mereneh. Then aku masukkan air nak kasi dia berkuah sikit. Masukkan ketam tadi and gaul sampai sebati. Tada!! Siap la and boleh la hidang.


Siap! Makan ketam cili ni dengan nasi panas memang sedap la. Huhu.




Sekarang aku sedang menggaru-garu sebab kegatalan dek makan ketam tadi. Waaa!!! 

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers