Friday, September 14, 2012

Meet Jessi the Amazing Kitteh

Firm friends: Lorcan Dillon with his cat Jessi who taught him to speak

Aku rasa sebak bila baca kisah budak 7 tahun ni dengan kucing kesayangannya, Jessi (ok now I'm getting all teary). Sebak sebab rasa terharu dan gembira dengan kisah Lorcan Dillon yang mengalami masalah selective mutism tapi berjaya diatasi dengan bantuan kucing comelnya itu (aww sweet kan?). Jessi, seekor kucing yang super duper cute peliharaan keluarganya telah menjadi kawan rapat Lorcan setelah ibunya merasa perlu bagi anak lelakinya itu mempunyai teman untuk dia meluahkan perasaan ataupun meluangkan masa bersama memandangkan Lorcan tidak pernah bercakap dengan sesiapapun setelah mencecah umur 4 tahun. 

Apa itu selective mutism? Fenomena ini dikatakan melanda seorang kanak-kanak daripada 1000 kanak-kanak di seluruh dunia (memang rare case la nih). Dikatakan selective mutism ini disebabkan oleh faktor stress (but still don't know what had made this seven-year-old boy feel so stressed till he remained silent). Penghidap selective mutism biasanya suka bersendiri and tend to lost in his/her own silent world. Bahaya dow penyakit nie. Diorang akan remain silent even when they experience pain. Mereka ni tak boleh nak espresikan perasaan diorang, tak kira perasaan suke ke, benci ke atau sakit. Memang menda ni sangat bahaya.  Bayangkan, kalau yang kena selective mutism tu budak perempuan. Kalau dia kena cabul pastu dia senyap je tak cakap apa-apa kat sape-sape. Kan naya? Macam mana mak ayah nak tolong kalau diorang tak cakap apa yang berlaku dan siapa pelakunya. Sedihnya kalau terjadi kes macam tu. Sob.

Okay back to Lorcan's story. Buat pertama kali, setelah beberapa bulan Lorcan bersama dengan Jessi, budak lelaki ini telah mula bercakap. "Saya sayang awak," itulah ucapan pertama Lorcan yang ditujukan kepada Jessi. Ibunya sungguh terharu dengan apa yang berlaku dan peristiwa itu merupakan satu keajaiban yang tak disangka-sangka. Sejak dari itu juga, Lorcan mula menunjukkan perubahan yang mengagumkan. Lorcan dikatakan mula membaca petikan di dalam kelas apabila gurunya menyuruhnya berbuat demikian. Seusai waktu persekolahannya, Lorcan akan segera pulang ke rumah lalu merangkul Jessi dan mula bermain dengannya. 

Jessi seakan-akan menyedari tugasnya adalah untuk menjaga dan membantu Lorcan yang mengalami masalah terperangkap dalam dunia tanpa suaranya itu. Kucing comel ini sentiasa berada di sisi Lorcan untuk menemaninya bermain mahupun tidur.

Memetik daripada kata-kata ibunya, Jayne:

"The other day, I found Lorcan reading to her. Her paw was resting on his hand, while her blue eyes were just gazing into his face in adoration."

Ya Allah, sweet giler!!


Dengan izin Allah, kucing ini telah berjaya mengeluarkan Lorcan daripada dunia senyapnya. Aku pernah dengar yang kucing ni memang boleh mengubat stress and kurangkan risiko sakit jantung (dengan izin Allah). That's why Nabi Muhammad suka kucing. Kucing nie boleh menenangkan manusia. Maka boleh sangat la kita namakan spesis kucing-kucing seantero dunia  The Cutest Living Healer ever. Hehehe.







For more, click this link (reference)

3 comments:

msredcheesecake said...

Ok... Malu nak tanya.... Camna nak follow blog awak?

msredcheesecake said...

Ok da follow...hehee

Jαnnαhツ said...

thanks for reading and following my blog yg tak seberapa ni. wuhuhu..

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers