Thursday, September 06, 2012

Mencoba untuk setia

Cubalah setia. Cubalah jadi orang yang boleh fix pada satu benda sahaja (at least pada satu jangka masa yg agak panjang). Macam aku sendiri lah kan. Aku ni jenis setia sikit (sikit je??). Okay, certain barang, eh taklah yang, tak! Kebanyakan barang jugaklah aku akan setia. Aku ni jenis orang yang akan guna satu-satu menda tu untuk jangka masa yang lama. 

Contohnya beg. Once da beli satu beg ni, tak kira la shoulder bag ke, sling bag ke, tote bag ke, satchel au hobo bags (tak penah hado pun), aku akan pakai sampai dia buruk atau dah rosak. Kasut pun macam tu gak. Dulu lah. Hahahahahah! (gelak senget). Skang dah lain kalau tang kasut nie. Zaman da berubah beb. Kekeke. Sila bertanya kenapa. Kenapa tang kasut kau tak berapa nak loyal ha? Begini. Kasut ni cepat rosak. Ye lah  aku kan student so memang banyak berjalan-jalan ke kelas, ke shopping complex, tmpt makan steamboat blablabla lalu memang tak syak lagi kasut akan mengalami kehausan yang amat namun apakan daya kasut tak boleh kena air walau sedahaga mana pun dia. Kalu kau bagi air, rosak lah kasut. Iye dop? So aku cari solution untuk kurangkan kedahagaan kasut dengan menambah koleksi kasut supaya aku boleh bergilir-gilir pakai kasut-kasut tuh. Ha, amacam? Ada cerdik tak aku punya idea???

Kasut aku da stat banyak atas rak kasut tuh. Tapi semestinyalah bukan kasut berjenama Clark ataupun Sembonia, apatah lagi Jimmy Choo. Hatta jauh panggang dari api sangatlah untuk memiliki kasut Louboutin atau Kate Spade. Ngehehe. Berangan jelah. Kau kerja gaji 10 ribu hengget sebulan baru bleh nak beli tanpa rasa guilty whatsoevah! Aku pakai kasut Bata je kot (sobsob), brandless punya brand (sebab beli RM10 sepasang), Polo Brittania (beli masa discount ok?) and satu lagi Carlo Rino (kasut, eh bukan, sandal ala-ala gladiator). Tak suka sangat yang CR tu, sebab dia tapak licin. Kalau drive, maunya terbabas sebab licin time pijak clutch. Penah skali aku punye keta mampus tengah jalan gara-gara memakai sandal CR tu. Malu seh!!! Ces, langsung tak praktikal buat drive. Aku lagi suka Bata. Bata pun da mantop da skang. Banyak pilihan and design yang lawo-lawo. Harga pun dah hampir mencecah RM100. Lagipun Bata ni selesa and lasak. Suke tau kat Bata nie. Aku pakai sampai sekarang yang kaler coklat tu. Simply durable!!!! Hari tu masa jalan-jalan kat KLCC, aku termasuk kedai kasut. Gile lawo kasut. Rege pun boleh tahan mahal. Area RM100 kot. Belek punya belek, pusing punya pusing, rupanya BATA!!! Wargh!! (facepalm). Terkejut mak nok. Ok lets face it, BATA da advanced skang nie. Weeee!!

Bukan beg ngan kasut je. Kalau shampoo pun aku setia. Aku ni bukan jenis memilih kalau tang shampoo nie. Tapi ada sekali tu aku lupa bila, mak aku beli shampoo Feather Pudina Limau. Ya Allah, bau dia sungguh memukau and very the fresh!!! Stat daripada tu, aku pakai shampoo tu aje. Memang tak tukar. Rela tak basuh rambut kalau takde shampoo nie. Hehehe. Kalau aku mandi, everytime mesti kena apply shampoo. Wakaka. Gilo kekgi botok liccing palle mu Janah! Kahkahkahaakkakka!!! Don't worry, saya bukan botak. Walaupun everytime mandi mesti nak kena cuci rambut ngan shampu nie. Malah rambutku makin lebat. Itulah kehebatan Feather. Hehehe.

Ha, se lagi, se lagi. Perfume! Aku suke perfume, and aku ada signature smell yuollss!! Hahahaha. Aku suka pakai Bodyshop Neroli Jasmine essential oil yang baunya, ooommmphh, wallaaaaaaahh!!!!!! Suke giler bau nie. Dulu beli yang alkohol punye tapi dek kerana yang tu cepat sangat habis (dah hari-hari kau pakai duk umah pun nak sembur jugak) aku beli yang oil punye. Ehem, semestinyalah yang oil ni lagi mahal, tapi kalau tanya aku, baik yang oil sebab bau ye tahan lama. Hehehe. Yang alkohol tu harganya RM39 and yang minyak tu harganya RM69!!! Dua kali ganda harganya. Wargh!!! Takpelah, aku sanggup bayar (swallowing hard). Berwangi-wangian kan sunnah nabi. Aku berwangian untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain pun. Sebab tu kat umah pun nak kena pakai minyak wangi. Ha, ada berani???

Itulah kisah loyalty aku dalam dunia nie. I simply am a loyal person. Are you loyal? 


actually aku ada hajat nak shopping beg lagi. muahahahah! (ops kantoi)

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers