Friday, September 07, 2012

Serangga Pilihan

Siapa serangga pilihan? Siapa serangga pilihan? Kambing? Lembu? Arnab? Rusa? Kucing?? (Whatde???!)

Pernah dengar dop lagu nie? Femes kot kat Youtube. Siap jadi viral lagi. Kalau tengokkan lirik tu, memang mengarut tahap gaban. Dahla guna perkataan siapa untuk serangga, pastu pilihan yang dia bagi tu sekor pun tak sebut serangga. Sape entah yang tulis lirik lagu nie. Kalau kata tak pandai sains kang terasa. Tapi aku rasa dia saje je buat lawak. Bukannya tak tahu kucing atau lembu tu bukan serangga. Iye dop. Common sense kot. Tsk. 

Ha, aku nak cakap pasal serangga kat umah aku ni. Tak tau la nape, banyak gile serangga nie kat laman umah aku. Nak kata musim mengawan pun, aku sendiri tak berapa pasti. Ade yang dah mati sampai kering garing, ada yang heaven je melekat kat dinding. Tapi once makhluk nie dah stat terbang, aku akan cabut punyelah sebab kalu dia hinggap kat baju engkau, mesti susah nak cabut. Kaki dia cekam kuat ooh. Seram aku. 

Kalau nama standard dia, kumbang. Orang Teganu panggil dia kabbo.

Ni versi kecik. Kurang intimidating babtu camera berani pegi dekat. kekeke

Dew dew dew dew dew~ (humming)

Ni sekor lagi kabbo. Aku snap masa ye terjelopok dalam longkang.

Ni sekor lagi. Tengah panjat longkang (ew ada kulat)

Kabbo ni da mati. RIP

Ni pun dah arwah. Once makhluk ni tergolek 180 degree, memang susah dia nak bangun balik sebab badan dia berat. Kaki-kaki dia tak kuat nak tujah badan dia ke atas. Kekekekeke. That's why ia berakhir ngan tragedi. Last-last mati lah si kabbo nie. 


Bubu dan anak sedaranye Oren plus kabbo

Bubu tak ikhlas je main ngan kabbo. Peh.

Bubu buat muka garang a.k.a bekkeng

Adikku si destroyer. Entah ape yang ditendangnya.

Edisi editan keji. Kakakaka

5 comments:

Yusro Abd Fatah said...

dlm bnyak2 insect kaabboo yg tnduk tinggi tu hensem. nway nie nk wat amal nie... haha, nk redesign blog? aku leh wat kn. since ak selalu gk bkk page ko. terase rjin plak.. :)

Che Rosliza Che mat said...

datang follow sini...

Jαnnαhツ said...

woah rajin pulok mu nak tolong design.. aku nengok blog mu pun lawa giler. bleh je lau rajin nak design. percume ke nie? hehehe

Yusro Abd Fatah said...

opkos lah percume. tee heee, ak nk cri bnyak pengalaman men ngn coding html. :D ko tinggal kan password and username kat PM fb k. Tpi aku kne tnye ko taste ko jugak.

Jαnnαhツ said...

aku da tinggal kat fb. cek le mesej. wuwu...

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers