Monday, September 03, 2012

the battle against myself

Di suatu malam yang hening, bergema satu suara hati yang bergetar dan sedikit menggelabah.

"Saya ingin mengurus...."

Suara dalamanku berkata. Lebih kepada monolog dalaman (sila buka buka Komsas pronto!). Namun si AlterEgo terus menyangkal kenyataan yang masih belum habis terungkap.

"Mengurus? Urus ape?"

Okay. Kau memang bodoh. AlterEgo selalunya bodoh. Why? Sebab dia suka menyampuk cakap orang.

"Hey, aku tak habis cakaplah! Aku cakap aku nak menguruskan BADAN!" 

Padan muka si AlterEgo sebab cuba menggugat semangat aku nak kembali kurus. Padan muka kau kena marah. Hahahahahaha.

"Pergh, nak kurus konon. Makan nasi hari-hari pagi petang siang malam. Ces!"

Kurang asam punya orang! Ops, anyway AlterEgo (kadang-kadang orang kenal dia sebagai doppelganger) bukannya orang, mahupun kucing apatah lagi anjing. Dia adalah sejenis mainan perasaan dan kadang-kadang dia suka take over diri kita bila mana dalaman kita lemah. So kuatkan diri anda sekarang agar si AlterEgo tidak dapat mengambil alih jiwa anda dulu kini dan selamanya barulah hidup aman sentosa bahagia dunia akhirat ameen!!

"Tak payah nak kurus sangat la. Berat badan kau tu dah okay dah Jannah oi."

Aku benci si AlterEgo. Dia suka mengganggu-gugat perasaan aku. Dia suka intervene bila aku nak buat keputusan. Dia jadikan aku serba-salah, serba tak kena, hingga haru biru hidup aku jadinya; porak peranda. Hey, AlterEgo, please be more friendly or at least be more supportive will you??!!!!!

"Kurus apa kepala hotak hengkau! Aku dah naik berat tau dak! Tengok seluar ni kalau dulu dia longgar je tapi skang nie da ketat. Aku stress ah kalau jadi macam nie. Tetibe rasa down giler. Kau ada paham?"

Aku memberontak dari dalam. Membentak. Mengamuk. Hati pun mula berkecamuk.

"Ala, still BMI kau okay kan?"

Ah, AlterEgo cuba masuk campur lagi. Cuba menggoyah semangat waja seorang aku untuk menguruskan badan at least 10 kg. Dia cuba sedaya upaya untuk menyedapkan hatiku yang sudahpun sarat dengan lemak dan kolesterol. Bukan itu sahaja, salur darah pun mula mengepam laju saat jantung berdebar-debar melawan nafsu tiap kali terjeling makanan sedap atas meja. Laju juga kerana toksin dan lemak makin galak menyumbat vena dan arteri malah salur limfa pun tak semena-mena jugak dah mula membengkak.

"BMI okay. Tapi susah nak cari baju dengan saiz aku skang nie."

Okay, aku rasa tu umpan paling berkesan untuk silence-kan si AlterEgo yang suka meracau. 

"Okay lah. Kau nak kuruskan badan sebab senang nak cari baju. Tapi, kau hepi ke? Seronok ke jaga makan semata-mata nak kuruskan badan untuk muat baju-baju tu? Penting ke semua tu? Macam mana ngan selera buaya kau selama nie? Kau hepi je kan bila kau makan ikut selera kau tu?"

Em. AlterEgo seakan memahami. Memang. Aku happy je selama nie. Sebab tu aku selalu berselera. Tak perlu pil vitamin C untuk naikkan selera makan aku. Tak perlu Appeton B untuk tingkatkan appetitos aku. Memang aku selalu berselera. Memang selalu meranggos time makan (er, meranggos di sini makan tanpa kira masa, bukan gelojos). 

"Yela. At least aku guna alasan nak muat baju tu sebab nak motivate diri aku. Aku takde care lain nak kurangkan selera makan. Kadang-kadang aku beli baju ketat pun sebab nak kasi diri sendiri motivasi, nak suruh diri sendiri kurus."

"Tapi, tak payah la sampai kau taknak makan. Tu menyeksa diri namanya."

"Ye aku tau la. Aku takde cara lain. Ha, ada satu lagi cara. Aku kalau down aku takkan ada selera makan. Memang zero percent selera akan datang. Emosi selalunya berjaya kekang selera makanku."

Tapi bukan senang nak jadi down. Hujung bulan je. Tu pun kalau impak emosi tu kurang ommph, memang takkan down sangat sampai hilang selera makan. Hmm... Susahnya nak kurus. 


Harap-harap AlterEgo akan bekerjasama ngan aku lepas nie. 


Minus 10 kilograms is my AIM!




1 comment:

dzilal said...

http://irinesweethouse.com/index.php?option=com_virtuemart&view=productdetails&virtuemart_product_id=86&virtuemart_category_id=12&Itemid=

Try tgok link kat atas. Mana taw nur liz 2 slimming dpt merealisasikan impian anda. Ak nk sgt try product ni, tp xcukup duet poket. Nantila..wuwu

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers